Followers

Thursday, April 26, 2018

Endometriosis dan Supplemen Kecantikan

Entri: # 224
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

*ini kisah lontar belakang lagi yer*

------------------------------------------------------

Disember 08, 2017

Dalam Group Endometriosis Malaysia, kami ada berbincang tentang makanan tambahan atau pun supplemen yang sesuai untuk para penderita endometriosis.

Ya lah, semua wanita termasuk lelaki mahukan kulit yang cantik, wajah yang cantik, tegang serta anjal.

Namun, bagi kami penderita semua, semua supplemen ini bukan boleh sesuka hati diambil.

Ada yang boleh ambil tanpa sebarang masalah, dan kebanyakkannya pula bila mengambil, samada darjah skala kesakitan menjadi semakin teruk, atau ketumbuhan endo atau cyst atau fibroid menjadi semakin besar dan terus mendatangkan kesakitan melampau.



Kasihan kan.
Bertabah sajalah wahai diri dan rakan-rakan sekalian.
Allah tidak saja-saja menguji kita yang seringmengaku beriman ini.

Firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 155-156:

“Dan kami pasti akan menguji kamu dgn sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar”
"Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata "inna lillahi wa inna ilaihi raji'un" (Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami kembali)

Pernah juga cik azue guna sabun muka atas saranan kawan, dengan niat untuk menghilangkan jeragat dan mencerahkan kulit. Namun Allah tidak izin, selepas beberapa kali guna, terus rasa sakit meneran menjadi bertambah hebat.

Pada mulanya, tidak pula terfikir, sabun muka boleh bagi kesan langsung pada sistem badan.

Berhenti beberapa hari, skala sakit kembali ke asal. Mula semula beberapa kali, sakit kembali menyengat. Sudah! Ini memang kesan dari sabun.

Bila ditanya dan dikaji semula, rupanya, di dalam sabun itu terdapatnya kolagen rumpai laut untuk efek menegangkan kulit.

Sejak dari kes itu, cik azue tidak lagi menggunakan atau memakan sebarang benda yang ada kolagen atau yang boleh beri efek tegang, ketat atau rapat.

Ini disebabkan oleh bahan-bahan tersebut menambahkan jumlah kandungan hormon wanita yang sedia kacau bilau.

Satu lagi, dulu lah..masa cik azue di diagnos mengalami DUB, cik azue pernah cuba ambil s***l*, berbiji-biji dan berwarna warni pil nya.

Ambil hari pertama, rasa lain macam, dikatanya 'healing proses'.
Ambil hari kedua, rasa semakin lain macam, dikatanya badan banyak toksik dan sila ambil air putih banyak.
Ambil hari ketiga, sangat lain macam, katanya sedang proses membongkar penyakit, tapi cik azue terus pergi ke klinik, tekanan darah sangat tinggi dengan simptom ketat dada. Terus doktor perubatan minta hentikan supplemen dan minta minum air putih banyak hingga urin jernih.

Dua minggu terus diletakkan bawah pemantauan tekanan darah walau selepas hari ke tiga, telah kembali normal.

Bila diberitahu kepada sikonsultan, katanya mahu beri supplemen paling mahal (v***k)secara FOC..sampai hari ni krik krik krik.

Tak pa lah..betul lah kata dia, cik azue tak sesuai..sejenis manusia pelik sebab rata-rata pelanggan dia yang ambil sesuai dan tanpa masalah. Hurmmm...tak mahu komen panjang lagi. Katup buku.

Berbalik kepada endometriosis ini. Tak tahu lah nak salahkan hormon mana satu; estrogen atau progestron, yang pasti, pesakit endometriosis memang paras hormon ini kacau bilau.

Selama beberapa tahun ini, cik azue tinggalkan segala yang tidak alami sebanyak mungkin bagi memungkinkan dapat hidup tanpa kesakitan.

Lantas nasihat dan pandangan cik azue pada perbincangan tempoh hari seperti berikut:



Ini pun hasil kesimpulan pembacaan selama cik azue sakit kuat. Jadi digabungkan dan cik azue usaha sebaik mungkin untuk patuh pada pendapat ini selain mengikut saranan doktor.

Terpulanglah pada individu. Masing-masing berhak atas diri masing-masing.

Cik azue dah rasa. Cukuplah 'natural beauty' kata orang. Janji tidak nampak selekeh sangat di mata orang.

Lagi pun, nak melawa sangat ni untuk apa? Macam kata encik chenta, lawa pun kalau dah tua, kerepot juga. Kalau melawa pula, boleh jamin kah hanya untuk melawa dalam rumah? Tak upload gambar ke mana-mana sosial media?

Huhuhu...padan muka cik azue kena setepuk.

Tepuk dada tanya iman.
Tepuk dada tanya kesakitan.

Kau pilih lah sendiri.

Wasalam
posted from Bloggeroid

4 comments:

mrhanafi said...

sakit itu betul betul uji iman..

hanya mereka yang sedar dan faham hakikat iman boleh mengatasinya ..

in shaa Allah.

saya share info ini..mudah mudahan bermanfaat :

• Sakit bahagian kepala sperti migrain, pening, sakit kepala, pitam.

Sila kenakan atau pakai warna biru di kepala seperti pakai tudung biru or songkok biru/purple.

Sbb tu BN sbuah prti yg ckup2 licik prmainn politiknya..crdas pemikiran dan pndai mangemnt..krn mreka tlh mendominasi kkuatan fikiran..

• Sakit bahagian muka..seperti sakit giginor kerangka muka or sakit bhagian pipi..

Sila kenakan warna biru tua..sperti sapu nila biru.

• Sakit bahagian tengkuk..batuk..kering..tiroid..kahak.. suara serak dsbgainya bhgian tengkuk..

Sila lilit tengkuk dgn kain wrna biru laut

Uiam bnyk mggunkn cat warna biru pd bngunnnya..

That y..uia bnyk memenangi prtndgn debat..bnyk cakap..

Pkr juga pkai wrna biru muda mlmbgkn..kepetahan brckp..

• Jika sakit bahagian dada..semput..asma..lelah ..
jantung..paru2 ..prnafasan..bahu..dan tangn..

Sila pakai atau lekatkan warna hijau didada.

Begitu juga demm..sila pkai baju hijau mcm dkt hospital2 besar..peskt dpkaikn baju hijau..

Adkh kebetulan..

Pas adlh prti hijau yg bnyk mmprjuangkn keislamn..n smstinya hjau adalh wrna aura ksih syg n klmbutan..

• sakit bhagian perut..apendik..usus..pghadaman..gastrik dan angin.

Sila knekn pkaian brwrna kuning dbhgian perut.

Lihat shj wrna bengkung pinggang guru2 silat yg mengnkn wrn kuning.

Kuning merupkn lmbg pnccrnaan ..

That y warna t**i brwrna kuning..

• bagi penyakit bhagian seksual..lmh syahwat..kncing xtos..prostat..

Sila lilit or pkai sp**de oren.

• utk sakit blkg..bhgian pnggang pakai or duduk atad krusi merah.

paridah said...

SETIAP KITA ADA KELEBIHN N KEKURANGN MASING2 REDA INSYAA ALLAH KECANTIKN IMAN MNYERI WAJAH

Dunia Zumal said...

Semoga segalanya dipermudahkan, zumal pun tak boleh guna sebarangan produk, selain saraf zumal ni kulit sensitif sangat2...

fizalinolie said...

Semoga urusan akak dipermudahkan. Betul tu lebih baik ambik makanan berkhasiat dan semukajadi dalam diet harian.