Followers

Sunday, October 1, 2017

Selamat Datang October 2017

Entri: #208
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

Assalamualaikum dan salam kasih sayang buat kesayangan semua.

Hari ini sudah bertarikh 01 October 2017 bersamaan Muharram 10, 1439H.

Hari ini cik azue kurang sihat sikit. Dari malam tadi, terasa kejang perut disusuli sakit kepala yang agak kuat.
Skala kesakitan berada pada 8/10.

Inilah liku-liku hidup pesakit endometriosis. Ada hari sihat, ada hari terus langsung tidak boleh bangun.

Disebabkan cik azue mengambil ubat penahan sakit yang agak kuat, maka lepas subuh tadi, terus sambung tidur. Sedar-sedar dah berkumandang azan zuhur.

Allah hu Rabbi.
Cik azue menulis bukan meminta simpati, sekadar meluah rasa hati, serta memberi makluman buat kalian di luar sana, bahawa endometriosis ini adalah penyakit yang tidak nampak namun sangat-sangat memberi impak pada kehidupan kami.

Alhamdulillah, Allah beri seorang suami yang dapat memahami buat hari ini. Namun jauh disudut hatinya, hanya Allah hu Rabbi yang Maha Mengetahui. Semoga Allah balas dengan sebaik-baiknya balasan di dunia dan di akhirat nanti atas ehsan yang diberi oleh encik suami sepanjang cik azue menjadi isteri beliau.



Terima kasih atas ingatan yang dikirimkan ini.
In shaa Allah cik azue cuba perbaiki mana yang kurang.
In shaa Allah cik azue cuba menjadi kuat macam kakak.

Nanti cik azue sambung lagi.

Wasalam.

posted from Bloggeroid

4 comments:

Rosilawati Wahid said...

Ya Allah, kasihanilah hambaMu ini, angkatlah sakitnya, berikanlah ganjaran pahala buat sahabatku ini. Aamiin.

OKje said...

Moga Azue cepat sembuh ye. Yelah kan sakit ni bahagian memasing. Yg melihat ni cuma mampu simpati. Tulah tu...moga suami jugak mampu terus redho dengan penyakit yg menimpa kita isterinya ye Azue

Azue pernah cerita ke pasal sakit ni kat blog. Kalau boleh berkongsi pun bagus jugak.

Kuazue Mohamad said...

Aameen.
Terima kasih kak sheila.

Kuazue Mohamad said...

Terima kasih hainom OKje.
Kita pernah tulis. Nanti cari kat label endometriosis dan adenomyosis ya.