Followers

Friday, June 19, 2015

Kosong

Entri: # 138
Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Ramadhan 2, 1436

Salam kasih sayang.
Seminggu berlalu tanpa alat mainan ini.
Oh terasa kosong seperti kosongnya tempat itu.


Maafkan cik azue, doakan cik azue dan terima kasih.

Wasalam

Thursday, June 18, 2015

Tangan Kanan Kejung dan Urutan

Entri: # 137
Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Ramadhan Kareem.
Ramadhan 1, 1436.

Salam kasih sayang.
Sepatutnya entri ini cik azue tulis beberapa minggu nan lalu. Maafkan cik azue atas kelewatan yang disebabkan oleh penyakit mahu menyepikan diri.

Masih ingatkah kalian akan produk sulaman ini?


Ini tempahan pukal dari seorang bakal pengantin. Fuh! Sangat mencabar menjahit sulaman kali ini.

Jumlah bilangan kali kain di 'hoop' adalah sebanyak 17 kali dan setiap sulaman memakan masa selama 1jam 30 minit. Lap peluh!

Selesai tempahan ini diambil oleh cik penempah, tangan kanan cik azue yang sedia sakit bertambah-tambah sakitnya. Hingga jari jemari pun tak dapat digerak.

Sudah, makan ubat tahan sakit pun tak berkesan. Lagi tercabar. Jumpa 'sin seh' (tabib cina), dan diberi ubat makan sakit urat yang halal.
Sebelum itu, jenuh jugalah menjawab soalan tabib cina tu, dan kesudahannya, ini kata tabib cina itu.

"Haiya, muda lagi. Ini ubat kasi lu untuk 3 kali makan saja. Baik tak baik, lu kena cari orang ulut sama itu urat. Tengok, hijau-hijau sudah itu ulat. Cari olang ulut, mesti."

Baik, saya berusaha, berikhtiar, dan selebihnya Allah yang menentukan. Cari punya cari, sudahnya jiran sebelah bagi tahu tentang tukang urut yang dia dapatkan perkhidmatannya.

Cik azue cuba. Alhamdulillah, ada kesan positifnya. Terima kasih Allah, terima kasih ida (jiran sebelah) dan terima kasih juga buat kak mie yang mengurut.

Untuk makluman, kak mie ni memang pandai bab-bab urutan urat yang salah.
Katanya, urat tangan cik azue dah tersimpul-simpul. Tak pa lah kak mie, selesai 3 hari pertama ni pun dah cukup bermakna buat cik azue. Ringan dah tangan yang bermasalah, walau kak mie kata baru 40% sembuh. Terima kasih kak mie.

Oh ya, kawan-kawan sekitar Rawang. Jika ada masalah sakit badan dan mencari tukang urut, bolehlah cuba perkhidmatan kak mie ini.

Serius, badan tak sakit lepas tu dan juga badan tak lebam-lebam. Cik azue nak ulang sesi rawatan kedua pula lepas ni.

Yang inginkan perkhidmatan kak mie, lokasi kakmie adalah di kawasan kedai Taman Tun Teja, Rawang.
'Landmark' adalah kedai Speed 99 Taman Tun Teja.

Kedai sederet ledai Speed 99 Taman Tun Teja
Nama kedai kak mie
Depan kedai ada 'banner' Tasha Shila ni.

Yang berminat, sebelum nak datang, boleh hubungi nombor talian berikut.
Talifon boleh, 'Whatsapp' pun boleh.


Harga perkhidmatan urutan bagi kes biasa adalah sebanyak RM60 sahaja. Kalian boleh hubungi kak mie nanti ya.

Oklah, cik azue gerak dulu. Banyak sungguh nak disiapkan.

Hingga itu, maafkan cik azue, doakan cik azue dan terima kasih.

Wasalam












Tuesday, June 16, 2015

Roti Ibu

Entri: # 136
Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam kasih sayang.
Sudah lama cik azue tidak menulis. Terima kasih buat kalian yang sudi bertandang.

Haiihs, masa yang melekakan kita atau kita kah yang dilekakan oleh masa.

Yang pasti, pengurusan masalah yang tidak begitu sistematik menyebabkan cik azue tenggelam timbul dalam arena berblogging.

Ini entri selingan.
Melayan tempahan anakanda Megat Hazim yang mahu berjualan kepada kawan-kawan satu sekolah.
Melayan sambil mengajar erti cari duit. Walau tak banyak mana, namun upah yang sedikit itu sudah dikira amat besar ertinya buat anakanda ini.


Roti sosej gedempul, roti stoberi gulung dan mini pizza.
Campur semua, 9 biji anakanda Megat Hazim bawa sekolah. 3 biji masuk perut sendiri dan selebihnya dijual kepada rakan.
Upah yang diperolehi selain dapat makan roti sebanyak RM2. Sengih!

Nanti kita sambung selepas sebulan berpuasa ya anakanda.

Megat Haziq pula buat masa sekarang ini, dunianya masih belum terdedah kepada dunia cari wang saku, masih lagi dalam dunia anak-anak kecil walau dah hampir separas dagu ibunda.

Malam ini, dek bulan puasa yang kian hampir, atas sebab nak cuba resepi roti arab, maka cik azue cuba-cuba juga buat roti arab.

Makan roti arab dicicah sambal sardin dan kari telur. Jilat jari anakanda.

Oklah, cik azue nak menyambung kerja-kerja hakiki cik azue sebagai penyulam.
Doakan cik azue sihat dan dapat menulis lagi ya.

Oh ya, entri tangan kejung pun belum cik azue tulis. Nanti ya.

Maafkan cik azue, doakan cik azue, terima kasih.

Wasalam