Followers

Monday, March 17, 2014

Alfatihah

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Carian Google
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 

AL - FATIHAH !


Salam kasih sayang buat semua pengunung setia blog cik azue. Minta Ampun dan Maaf buat semua yang acap kali bertandang ke mari. Bukan lupa, namun kehilangan MH370 ini membuat semangat cik azue seakan terbang bersama dia. Tidah tahu kenapa. Kerana Kapal Terbang itu sendiri kah atau pun kerana PILOT itu sendiri. Diri sendiri pun tidak pasti. Kedua-dua nya ada signifikan tersendiri dalam hidup cik azue yang cik azue sendiri susah hendak ulaskan di sini. Yang pasti dan teramat pasti, semangat ciput yang ada dibawa pergi bersama.
Kalau keluarga mereka yang terlibat perlu sokongan physikologi, cik azue juga perlu mempersiapkan diri untuk segala kemungkinan. Perlukan sokongan emosi dari KITAB Allah. Semoga kejadian ini semakin mendekatkan hati cik azue dan hati anda semua kepada zat yang satu.
Dan semoga peristiwa ini membuka lembaran baru dalam kehidupan kita semua. Solat taubat diringi solat hajat. Semoga kita perolehi jawapan dalam masa yang hanya ALLAH mampu tentukan.
Yakinlah kita ini perancang, namun sebaik-baik perancang adlah ZAT ALLAH HU TAALA.

Baik, ini adalah terapi cik azue. Mungkin berguna juga buat anda.
Di dalam menangani kekusutan minda dan ketidak tenteraman jiwa, di dalam kecelaruan ummat dan di dalam segala macam keserabutan masyarakat sekarang ini (pesta dadah yang mengorbankan muda mudi kita itu di ketika kita bersedih dan bingung atas kehilangan MH370), marilah kita memahami dan meneliti kehebatan dan keistimewaan surah Al-Fatihah ini malahan, marilah kita bersama-sama mengamalkan ilmu yang dapat sedikit dikongsi bersama ini.

Sumber ilmu ini dikongsi oleh seorang kawan yang mengikuti kelas tafsir Al-Quran kelolaan Dr. Fatma Az Zahra suatu ketika dahulu. Terima kasih puan dan saya kongsi disini pula untuk rujukan saya dan pengunjung budiman.

1. Untuk membuatkan seseorang (suami anda, isteri anda, anak2 anda) supaya sentiasa ingat dan kasih pada anda : Bacalah surah al-Fatihah 14 kali sebelum tidur.

2. Untuk mengubati penyakit yang kritikal: Baca surah al-Fatihah 41 kali dan tiup pada air Minum air tersebut dan mandi menggunakan air tersebut.

3. Untuk merawat masalah sakit kepala / sakit yang berkaitan dengan otak: Baca surah al-Fatihah 7 kali sambil mengusapkan kepala orang yang sakit tersebut. Lakukannya 1 kali sebelah pagi dan 1 kali sebelah malam setiap hari tanpa gagal.

4. Untuk mengurangkan kesakitan yang melampau: Baca surah al-Fatihah 3 kali dan tiupkan dalam segelas air dan minum air tersebut. Kemudian, baca surah al-Fatihah sambil mengusap ditempat yang berasa sakit
tersebut.

5. Untuk menghentikan bayi / anak kecil yang sedang menangis (samaada menangis ditengah malam atau pada bila2 masa sekalipun): Baca surah al-Fatihah 7 kali sambil mengusapkan kepala bayi/anak kecil
tersebut.

6. Untuk merawat luka2 kecil: Contohnya luka terkena pisau, luka disengat tebuan, darah keluar tak berhenti, jari terkepit pintu dan sebagainya...) Baca surah al-Fatihah 3 atau 7 kali Kemudian, gunakan ibu jari, ambil sedikit air liur dari bahagian "langit-langit" dan gosokkannya pada kawasan
yang terluka tersebut. 

Semua cara yang diterangkan di atas, INSYAALLAH pasti akan mendatangkan kesan dengan beberapa syarat iaitu:
1) Percaya dan yakin bahawa Surah al-Fatihah ialah sebaik-baik penawar untuk
segala macam jenis penyakit (dengan kuasa Allah yang menjadikan surah
al-Fatihah penuh keistimewaan) 
2) Baca dengan penuh "khusyuk" dan "Tawadhu" -  baca dengan memahami maksud Al-Fatihah itu sendiri
3) Tawakal sepenuhnya pada Allah

Gunakan amalan tersebut dengan NIAT YANG BAIK saja  dan Mintalah yang baik-baik sahaja. Niat kita biarlah  baik. InsyaAllah akan dimakbulkan oleh Allah. Wallahualam.

Dan tahukan anda, surah ini juga perlu dibaca ketika solat dan surah ini merupakan surah pergantungan kita kepada ZAT ALLAH di dalam kehidupan ini. Bacalah dan fahamilah.
Dalam konteks MH370 ini, ada juga yang menyarankan agar kita membaca surah ini berulang kali dan disedekahkan bacaan ini pada kesemua mereka dengan niat, 
1) jika mereka masih hidup diberi keselamatan dan ditunjuk jalan pulang,
2) jika mereka ditahan, surah ini memberi kelembutan pada sipenaham mereka dan mereka ditunjuk jalan pulang
3) jika mereka telah tiada, semoga mereka diberi kesejahteraan di sisi zat ALLAH.

Wallahu'alam, hanya mereka dan selebihnya ZAT ALLAH yang tahu akan sebab musabab nya. Tidak perlu kita menulis sesuatu yang diluar bidang kita. Cukuplah kita melihat dan mendengar, membaca dan mentafsir baik buruknya. Bertaubatlah kita atas kealpaan kita selama ini. Bertaubat dan berdoalah kita agar kita dan mereka diberi JALAN YANG LURUS LAGI DIREDHAI dalam menghabiskan liku-liku hidup didunia ini. Semoga akhiran hidup kita semua dalam HUSNUL KHATIMAH lah hendak nya.

********************************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue

2 comments:

Mila@Rimbun said...

kekadangkan azue... bila nak makan pun saya terfikirkan nasib diorg. apalh nasib diorg, masih hidupkah? (sangat terkesan dihati sebab kami anak beranak memang selalu naik kapal terbang.. balik kg ler terutamanya)
InsyaAllah akan disedekahkan alfatihah untuk MH370, TQ for sharing

babYpose said...

InshaAllah ditemui mereka dengan selamatnya, thanks for sharing nikmat Al-fatihah.