Followers

Saturday, September 20, 2014

Entri # 82: "Selimut Mak Tok" @ Selimut Tampal Cantum

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam Kasih Sayang. Entri tengah hari rembang, kata orang tua-tua masa cik azue kecik-kecik dahulu.
Hari ini cuaca nampak tidak begitu bagus. Entahkan hujan, entahkan tidak. Kain basuhan, baru sahaja mesin berhenti basuhnya. Masih belum cik azue sidai ke ampaian. Tunggu sekejap lagilah, biar mentari tengahari bersinar galak dulu ya (oh, daku malas betul nak sidai jemuran sebenarnya).

Hari-hari mendung tak bererti hujan ni, mari jamu mata dengan selimut tampal cantum ni. Dah lama siap pun, baru ni sihat nak wat entrinya.
Sebelum terlupa, ini adalah kesinambungan dari entri yang  INI dan yang INI

 Tada!
Muka depan
Keseluruhan muka depan (macam yang mak suruh buat tu) segala tampal cantum itu dibuat dengan perca langsir. Aduhai, kalau nak tahu, sangat terbeban menjahit perca yang tak sama jenis kainnya. Satu kejung, satu senang memeri, tak tarik pun boleh memanjang, pulak tu dah namanya percakan, bukan boleh pilih nak potong ikut ira kain atau tidak, belasah aja ikut semaksima kain yang boleh. Alhamdulillah, siap juga. 
Masa cik azue 'basting' (jelujur) kain atas dan bawah ni, masa ni bulan puasa, tetiba terperasan macam mak duk atas sofa sedang pandang cik azue buat. Mula-mula cik azue buat tak tahu je, tapi bila macam tiap kali tunduk jahit, di ekor mata daku ternampak-nampak beliau, daku katup semua, ambil wuduk dan baca Al-Quran  terus dan sedekahkan buat mak. Oh sungguh satu perasaan yang tidak boleh kugambarkan tika dan waktu itu. Moga-moga itu hanyalah mainan emosi cik azue sahaja. Sudahlah daku seorang-seorang dirumah waktu itu (anak-anak sekolah dan chenta hati kerjakan, hari bekerja), sudahnya, dua hari selepas itu baru daku menyambung semula tugas yang terhenti. dan 'border' biru muda itu guna kain tetron jer dari nagoya. 

Muka belakang
Yang belakang pula, mak kata, tak kisah, kalau depan guna kain licin, belakang guna kain cotton atau kain panas. Disebabkan dirumah cik azue ada bergulung-gulung kain flannel @ kain panas ni, maka, cik azue pun guna kain ini sahajalah buat muka belakangnya. Sedap juga kalau kena ke kulitkan.

Sedang dijahit tindih
 Ini time jahit tindih depan dan belakang. Cik azue guna 2 lapis kain sahaja (kain muka depan dan muka belakang). Ini pun dah berat. Sakit bahu jugalah nak sudahkan jahitan tu. Alhamdulillah dengan pertolongan cik JACK, cepatlah juga berbanding kalau guna cik SINGER tu, mahu meraung dia jahit selimut ni.

Sedang dijahit "binding"
 Yang ni pula masa jahit bindingnya. Lupa lah nak ambil gambar penjurunya. Maaf ya. Moga-moga cik azue tidak lupa untuk projek akan datang. Dalam gambar ni boleh nampak la cik azue jahit lurus sahaja untuk lekatkan kain atas dan bawah tu. Oh kalau ada otai-otai patchwork yang baca, selain jahit lurus, jika guna mesin industri, ada paten apa lagi boleh kita jahit untuk lekatkan kain atas dan bawah ini ya? Terima kasih ya, jika sudi kongsi maklumat.

sudah dipek
Ini dah siap. Selimut ini dah dibasuh tapi malas digosok. Hahaha! Bertuah punya adik kan. Maaf lah abang chu ya. Ini anda yang punya. Minta mem anda gosok jika benci akan kedutan seribu yang ado yer.

Kata mak, "hang nanti tolong mak jahit untuk depa yang dah kawin, selimut tu muat untuk kelamin la, sat lagi depa bergaduh tak muat sat gi. Hat adik tak pa la, tapi buat juga lah kelamin, mana nak tau, sementara nak jahit, kawin pi dia pun.."

Tidak boleh lupa! tidak boleh lupa! kalau lah mak boleh baca, ADIK dah kawin pun mak, selimut dia belum lagi di potong pun perca-perca ikut paten yang mak suruh buat, huhuhu.

Jadi, selimut terhasil di atas bersaiz 66 inci X 80 inci. Moga-moga muat lah kut ya.

Sampai sini dululah ya entri tengahari ni. Nanti cik azue cuba buat totorial untuk macam mana cik azue jahit paten tampal cantum ini.

Berikut detail untuk selimut tampal cantum ini sebagai kesimpulan nya.

Selimut Mak Tok #:1 (Paten used: "The FLOCK")

Saiz: 66 inci x 80 inci 

Kain Top: Perca Langsir + Tetron

Kain Bottom: Kain Flannel 

Status: Sudah Berpunya




Sekian, wasalam


*ppsssttt.... senarai penempah untuk selimut tampal cantum juga sudah mula panjang. Sesiapa berminat, boleh masuk dalam status KIV ya. Nanti lepas selesai projek unfullfill wishes ini, cik azue hubungi anda semula. Harga bergantung saiz, paten, material tau. Harga bermula RM100 dan ke atas ya.

5 comments:

Nastyna said...

tak mudah jugak yer... saya baru berura2 nak ceburkan diri buat benda ni, tapi mesin pun takder lagi hihihi.

Kuazue Mohamad said...

@Nastynaoh ya ka.. boleh2 buat dengan jahit tangan ja sebab dulu cik azue ada tlg mak jahit 3 dan 6 segi ikut template, dan lepas tu cantum pun guna tangan. 100 % guna tangan, makan tahun juga lah nak siapnyer. apa pun all the best. dapat buat ni bes tau. Buat kat si montel comel tecik tu..

Aisy Nasiha said...

Patutla harganya mahal kan, memang bukan mudah nak buatnya.. tapi kagumla dengan cik azue, pandai buat ni. Kalau saya yang tak sabar ni , memang wajar beli jelah..

Kuazue Mohamad said...

@Aisy Nasiha ala cikgu.. bukan sabar sangat juga mula-mula tu.. tapi bila dah mcm nampak hasil bila dah cantum-cantum tu, jadi excited pula. cikgu pun boleh jait juga sbb cikgu boleh sabar dengan murid2 yang lagi byk pe'el nya tu kan..

Ain said...

Saya pun buat 100% guna tangan...bila dah start buat tu macam addict plak