Followers

Friday, November 28, 2014

Entri # 102 : Mesin Penyambung Nyawa; Cabaran RM1 Seorang

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam kasih sayang buat semua.
Satu malam tidur tak mahu nyenyak. Tidur malam serasa ada lagi benda yang belum selesai. Allah.. berat sungguh ujian kali ini. 
Apa sebab diberi ujian ini tidak lah ku tahu. Barangkali ini jawapan pada keluhan yang sering dirasa bila diuji dengan sakit tangan kejap, sakit kaki kejap, sakit perut kejap, sakit itu dan ini kebelakangan ini. Masa mula dapat, hati rasa " Alahai.. macam mana ni?"
Nak berdiam diri, memandang sepi atau bangkit untuk tolong diri sendiri? 
Allahurabbi, ini jawapan pada setiap munajatku lewat hari? Ini juga jawapan buat daku yang bercita-cita ingin berbakti, menginfaq membantu pada yang memerlukan.
Di saat terasa ada kekangan dalam kehidupan, Allah beri satu ujian kecil yang nampak kecil tapi berat dihati kalau dibiar sepi.
Lantak lah apa orang lain nak kata. Terasa ada bebanan tak terlaksana andai cik azue membiarkan kisah ini begitu sahaja. Gapailah, capailah, mungkin ada sebab dia diketemukan dengan cik azue tika dan waktu ini.

Mesti kalian bingungkan. Baik, ini ceritanya.
Suatu hari dek kerana cik azue menerima bertalu-talu pm dan pesanan di talifon tentang tempahan cenderahati yang tidak dapat dipenuhi, maka cik azue memuat naik tawaran pada satu 'group' karyawan yang cantik-cantik hasil kerja tangan mereka, meminta mereka menghubungi cik azue bagi melepaskan beberapa tawaran kepada yang bernasib baik.
Dipendekkan cerita, bila tawaran telah pun ditutup, tiba-tiba, cik azue menerima satu pesanan di aplikasi 'Whatsapp' yang berbunyi begini.
(maaf, tidak pandai 'screen shot' jadi cik azue salin semula ya)

"Tapi saya perlu bgtau akak awal2 ye sng nanti akak trgkn pd customer sy ni x mcm org lain. Jd sy buat kraf ni masa sy sihat. Sy selalu berulg ke hosp dan bg sesiapa yg menemph dgn sy perlu fhm keadaan sy kerana sy jrg dpt siapkn temphn yg urgent, Biasa customer akan order 3,4 bln awal sblm majlis. Bkn apa sakit nk dtg x tahu. Bila dah sakit terbaring jelah. ......"

Mula tu biasa la orang sakit.. tapi tergerak dihati utk tanya lebih lanjut... dan bila dah tahu..

Allahurabi... hebatnya dugaan...Masya Allah... boleh lagi dia minta kerja dari cik azue bagi menampung perbelanjaan untuk membeli keperluan bagi kelangsungan hidupnya, iaitu sebuah MESIN OKSIGEN, sebuah mesin penyambung nyawa lah kiranya.


Kalau nak tahu apa pekerjaan adik ini? Dia membuat barangan kraf di masa sengangnya. Beliau yang bernama Nadia ini boleh dihubungi melalui laman sosial FB: Nadieya Felt Craft

Pada mulanya, dia keberatan bila cik azue utarakan untuk menulis cerita tentang beliau, kerana dia masih boleh berusaha dan tidak mahu ada rakan-rakan yang tersalah anggap seolah dia menagih simpati mahupun ehsan. Sebab itu dia minta kerja, Tapi apalah sangat yang boleh dibuat oleh dia dalam keadaan nya yang sebegini kan.. mahu mengumpul DANA sebesar 5K buat membeli satu lagi unit mesin kerana mesin sedia ada sudah rosak (1 mesin dari hospital, satu lagi arwah kawan nadia bagi, tapi salah satu dah rosak). Jadi Nadia sekarang bergantung kepada hanya satu mesin sahaja yang kita tak tahu bilakah mesin ini akan terhenti. Membayangkan tiba-tiba mesin yang satu ini terhenti? apalah nasib adik malang ini? Cik azue pujuk-pujuk dan akhirnya dia bersetuju, itu pun hanya bagi mempercepatkan proses mendapatkan mesin oksigen itu sahaja. Lain-lain dia dan keluarga akan usahakan sendiri.
Nadia merupakan anak kedua dari 3 orang adik beradik yang mana mempunyai seorang abang yang baru tamat pengajian dan seorang adik yang masih lagi belajar. Ibu dan bapa hanya berpendapatan kira-kira RM1K sebulan. Jadi Nadia yang berumur 22 tahun ini mengambil inisiatif mengisi masa senggang dari duduk saja, membuat kerja kraf dan berjualan melalui alam maya.
Terpukul cik azue dengan situasi Nadia. Sesakit dia, masih lagi berusaha.. cik azue? Tanpa wayar oksigen pun, sikit sahaja demam pun.. kalau boleh seluruh kenalan di dunia ni nak diberitahukan.
Malu! Malu! Malu! Allah, hebat sungguh teguran Mu Ya Allah.

Nadia dgn wayar nya ketika pergi atas urusan temujanji rawatan

Nadia dengan mesin oksigen.

Maaf Nadia, terpaksa cik azue muat naik juga gambar yang kalau boleh anda tidak mahu dikongsi. Tapi demi kelangsungan nyawa itu, kita kongsi bersama.
Bayangkan Nadia memakai mesin itu 24/7. Ke mana sahaja dan buat apa sahaja.
Untuk makluman, Nadia menghadapi sakit pendarahan dalam paru-paru. Selalu alami batuk berdarah dan semput. Pernah koma selama 2 bulan dan pernah jalani kemo.
Nadia adalah penghidap Thalasemia dan dikesan pada umur 6 tahun. Menderita sakit paru-paru dari umor 12 tahun. Bermula dengan pakai topeng oksigen waktu malam sahaja sehingga lah sekarang ini kena pakai sentiasa. Pernah dirawat di hospital selama 3 tahun (duduk hospital 3 tahun sebab tidak boleh cabut oksigen). Dan di sinilah bermulanya Nadia kena pakai 24/7 topeng oksigen.
Nadia di bawah hospital Tunku Ampuan Afzan (HTAA), di bawah seliaan unit dada.

Nadia boleh dihubungi di talian 019-9352697 dan WhatsApp pada talian  011-39145517. Tapi cik azue ingatkan, masa cik azue berbalas pesanan pun, kadang Nadia ni minta diri, perlu rehat, kena tidur. Jadi jangan harap jawapan cepat dari Nadia, jika kalian ada yang mencuba menghubungi Nadia sendiri.

No akaun bagi saluran DANA ini adalah
Bank: CIMB 7053466392 - Nurul Nadia Nahyuddin

Manakala bagi yang berkesempatan untuk melawat, boleh singgah ke 
12933, Jalan Sri Jaya,
Kampung Gong Pauh,
24000 Kemaman,
Terengganu

Marilah kalian kita bantu adik ini yang kuat semangat nya dengan merealisasikan impian memiliki satu lagi mesin oksigen bagi penyambung nyawa.

Jutaan terima kasih buat kalian yang sudi membaca dan 'forward' sehingga DANA 5K cukup buat membeli mesin oksigen nya.
Semoga usaha kecil kita memberi seribu sinar buat Nadia dan keluarga dan semoga Nadia tidak putus asa atas rahmat Ilahi walau pun dia diuji dengan ujian yang berat di mata cik azue.

Tak tahu lagi nak kata apa dan nak tulis apa. 

Akhir kalam,

'Kalau kita rasa kita ni susah. sebenarnya dalam kehidupan ini ada lagi yang lebih susah dari kita'

Wasalam

Wednesday, November 26, 2014

Entri # 101 : Sulam design "Orang Lidi"

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Salam kasih sayang buat semua.
Minta maaf, cik azue menyepi diri. Bukan merajuk, tapi tangan ni mcm tak larat nak ketuk kekunci komputer riba ni dek pengangan sakit urat tangan. Sekarang alhamdulillah, berkat doa kalian, sihat sudah cik azue beransur-ansur.

Baik, kali ini cik azue nak share hasil sulaman dan jahitan yang ditempah oleh dua orang pelanggan menggunakan imej sulaman yang sama.
Teriima kasih buat kalian berdua.


Ini artwork yang diterima oleh pelanggan pertama. Mahukan artwork disulam pada dua bantal berasingan.
Ini pula hasil setelah disulam mengikut spesifikasi yang dikehendaki.


sama tak?? Alhamdulillah. set ini menggunakan kain kapas satin (cotton satin) dan disulam penuh dengan isian di dalam nya kekabu asli. Bukan "polyfiber fill" ya.
Set ini bersaiz sebesar kertas A4 dan dijual pada harga RM120 tidak termasuk cas pembungkusan dan penghantaran.

Mari jenguk lebih dekat hasil sulaman pada setiap bantal tersebut.




Cabaran nak siapkan tempahan ini adalah nak samakan garisan dari bantal A ke bantal B... nampak tak? Yang di bulatkan kuning tu.


Apa pun, Alhamdulillah, bantal dah sampai ke tangan tuan nya. Semoga berpuas hatilah hendaknya dengan hasil kerja tangan cik azue ini.

Tempahan seterusnya. Dari design sulaman orang lidi yang sama dimampatkan ke dalam satu "artwork" sulaman sahaja.

Berpeluh dahi juga bila mana nak kecilkan bagi muat kerana saiz bantal yang agak terhad.
Dan ini lah hasilnya


Saiz bantal ini 12 inci tepat dan dijual pada harga RM50 tidak termasuk kos pembungkusan dan pengeposan.
Terima kasih cik dan semoga cik yang menerima berpuas hati dengan hasil kerja tangan cik azue ya.

Sampai sini dulu ya untuk kali ini. Nanti ada lagi design orang lidi ni nak cik azue tunjukkan. Sedang menyusun imej untuk siap sedia bagi sulaman berikutnya.

Jika ada kalian yang berminat, selain melalui FB Page Keraih Lengan Kuazue, kalian juga boleh hubungi cik azue melalui applikasi WhatsApp ya melalui no 013-2700020.

Oppsss tempahan sulam nametag masih boleh kalau kalian nak selit-selit tempah.

Akhir kalam. Jaga diri, jaga perilaku.

Wasalam

Saturday, November 15, 2014

Entri # 100: Ros dilaman sendiri

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Salam kasih sayang buat semua.
Sabtu sudah. Pantas masa berlalu pergi meninggalkan kita.
Dalam pada sibuk itu dan ini, cik azue nak kongsi juga hobi yang diwarisi oleh bonda.
Menanam pokok bunga ROS. Kalau dulu cik azue tukang korek tanah bakar bubuh dalam pasu, tukang jirus dan baja (sebenarnya tukang kebun mak, tapi sebenarnya, mak sedang ajar cik azue bagaimana nak menanam dan membelai ros, tapi jiwa muda lebih kepada terasa menjadi tukang kebun), merumput dan segalanya. Kenapa cik azue yang kena buat? Sebab utama, mak cik azue tak boleh nak buat sendiri selepas kena demam panas, mak tak boleh bangun, berdiri atau berjalan tanpa tongkat saktinya. Jadinya, cik azu yang sebetulnya suka ros ni membantu lah mak menanam ros ini di laman mak. 
Bila mana cik azue dah keluar dari sarang, cik azue tak pernah lagi nak menanam ros, sampai tahun 2003, lepas berhenti kerja dan menjadi surirumah sekejap, masa inilah cik azue mula mengumpul pokok ros. Tanam sekejap, bila dah mula bekerja yang keluar pagi, balik pun hampir pagi, bila masa pula nak tengok-tengokkan ros itu, maka QOLU lah si ros dilaman ketika itu. Sehinggalah si adik bongsu suatu hari bawa pulang satu ranting ros kampung. Kita cucuk semai dalam pasu dan sungguh cik azue tak belek-belek ros itu sehinggalah cik azue berhenti dan menjadi WAHM Mac lalu.
Ros ini manja, perlu dibelai dan baja selalu. Sudahnya ranting semaian yang sebatang itu menjadi-jadi pula hasilnya. WANGI!




Lenteran kisah ros kampung magenta ini yang suka berbunga, cik azue pun bertukar-tukar keratan dengan sahabat di alam maya. Mencari ros kampung putih dan pink.

semaian ros kiriman kak jannah

semaian ros kiriman Jebat

semaian ros dari kakak ipar
Sekarang ni pokok-pokok ros semaian ini dah membesar dan hasil dari ros kampung sedia ada juga cik azue buat keratan dan semai (cadangnyer nak bagi panjat pagar- boleh bikin pagar pokok ros, tengok ada tak yang berani nak panjat pagar lagi lepas ni)


ini ros semaian dari kakak ipar


semaian en jebat dah semakin tinggi, habis daun kena makan belalang

ini semaian kak jannah, cik azue dah ubah tempat, lambat pula nak membesar

ini semaian dari ros magenta sendiri

 Gambar yang bawah ini pula keadaan ros magenta tika dan saat ini. Penuh kudup-kudup bunga walau hujan hampir setiap hari.


walau masih kudup (ntah kenapa buruk pula kudupnya dimusim hujan) namun harum wanginya menusuk kalbu



Ini pula cerita ahad lepas. Chenta belikan hasil pilihan hati cik azue. Kami beli di Lot 57 - Sungai Buloh. Rm35 sepasu. Pokok induk nya keluarkan bunga yang sangat wangi, tapi sayang, lupa pula nak ambil gambar pokok induknya.




Ini gambar dari google rupa bunganya kerana cik azue lupa nak ambil gambar dari pokok induk
Kih..kih..kih... misi diteruskan pada hari isnin. Kebetulan lalu kat rumah India kat taman muhibbah. Dah lama cik azue nak menanya tuan rumah. Kebetulan hari itu ternampak tuan rumah mengemas halaman. Cik azue pun bertanya, dan mendapatlah seprti dibawah.

Pokok pertama - jenis shrub - bunga pink kecil-kecil





pokok kedua -  juga jenis shrub - bunga merah yang wangi 




Semuanya dah chenta tolong semaikan. Alhamdulillh, semaian tak pula nampak kecut. Daun asal kekal dan kudup bunga yang ada terus nampak nak mekar. Alhamdulillah.
Oh ya, sebahagian batang keratan telah cik azue pos pada adik cik azue yang dah lama minta.

Pada yang ada minta keratan magenta itu, kita tunggu ros habis berbunga dan baru cik azue buat keratan dan pos ya. (oh mereka ini berhubung mahu tukar keratan suka sama suka- terima kasih sebab nak tukar-tukar dengan cik azue)

Oklah sampai sini dulu. Lain kali kalau dah berbunga yang semaian itu, cik azue update lagi ya.
Macam biasa, jaga diri, jaga hati, jaga iman.

Cik azue nak bersiap untuk menyulam tempahan tanda nama.

Wasalam

*ppsssstttt... kalau ada kalangan pembaca yang ada ros kampung warna putih atau cream dan sudi nak menukar keratan dengan cik azue amatlah cik azue alu-alukan...*

Friday, November 14, 2014

Entri # 99: Tangan Kanan Kurang Beraksi

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Maaf ya, lama cik azue tak menulis. Tangan kanan, tangan bekerja ini tetiba sahaja sakitnya Allah yang tahu. Terus bengkak dan tak boleh nak pusing-pusing. Macam mana nak guna nak menaip dan menjahit.
Pegang gunting pun tak boleh, nak menaip apatah lagi. Harapkan satu jari telunjuk sahaja yang boleh. Boleh tidur sahaja la..
Tapi itu perihal dunia. Yang mencairkan hati bilamana nak angkat takbir solat pun serasa tangan ni tak sampai ke telinga. Nak tekan sujud pun masya Allah, sakit sungguh. Tetiba terfikir, bagaimanalah seorang yang kudung sebelah tangan solat dan sujudya. Allahurabbi! Baru sedikit nikmat yang ditarik, cik azue dah mengelupur tak ketahuan. Bukan tak redha.. tapi tak redha la kalau dalam hati boleh berkata kenapa la boleh sakit kan. Astaghfirullah.
Bila sakit kena lah ikhtiarkan. Pergi jumpa doktor perubatan, ubat penahan sakit sahaja yang diberi. Oh tak boleh jadi, cik azue mencari-cari si tukang urut taraf bidan kampung.
Alhamdulillah, Allah takdirkan cik azue berjumpa dan rupanya dia adalah kenalan selama ini yang dah memulakan kerjaya urutan secara sepenuh masa sekarang ini. Apa lagi hulur badan lah pada yang arif. Terjerit-jerit sakitlah cik azue. Sakit atas sakit. Alhamdulillah, sakit sudah beransur lega sikit. Tapi masih tidak dapat selincah dahulu. Berpada-pada dengan usia dan tahap kesihatan sekarang ini.
Tapikan dalam terhegeh-hegeh menahan sakit, cik azue bermula juga untuk memenuhi salah satu faktor yang menyumbang kepada traffic blog cik azue.


tengok yang barisan akhir tu, tutorial jahit beg sekolah. Ya cik azue sedang usahakan untuk menjahit kembali "backpack" atau beg galas belakang.


Sambil-sambil jahit, sambil-sambil ambil gambar. Tapi maaf la lambat sikit, gaya orang sakit tangan kan. Doakan tangan ini kembali sihat sepenuhnya.
Doakan cik azue selamat buat tutorial jahitan beg ini ya,
Pada yang email atau watsap tu, kalian nantikan lah ya.
Hingga itu, jaga diri, jaga iman

Wasalam

Wednesday, November 5, 2014

Entri # 98: Oh DUCATI dan Jawapan GA tergempar

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam kasih sayang buat semua. Maaf la cik azue tersibuk kebelakangan ini. 
Maaf juga kerana buat GA tergempar minggu yang lalu. Lain masa di kelapangan yang ada, cik azue buat lagi ya. Jangan risau ya. Senyum-senyum selalu, kan manis gitu.

Masihkah kau ingat akan gambar ini?


 dan entri ini? Kalau lupa, boleh ke PAUTAN ini.
Kesian kalian. Susah ker? Ada rezeki cik azue buat GA bulat-bulat pula ya. Kikikiki.

Dan ini pula jawapan bagi GA ini



Jadi hanya ada 2 orang yang berjaya meneka dek kerana ramai yang PM minta klu sebab katanya susah. Tahniah ya. Nanti cik azue siapkan hadiah secepat mungkin.

Kita tinggalkan Kisah di atas. Kalau kalian nak tahu, sebab sebenarnya kenapa cik azue buat GA ini adalah kerana cik azue dah habis idea nak membuat imej sulaman nya.
Kenapa yer boleh habis idea?
Ya, kerana imej yang diberi adalah imej sebenar, imej ini.


Nampak tak? Tidur tak lena cik azue. Namun kerana dah berjanji untuk menerima tempahan, cik azue gagahkan diri juga mohon pada yang punya ILHAM untuk beri sedikit ilham pada cik azue.
Dah hampir-hampir putus asa dah sebenarnya, sampai cik azue beri satu gambar imej lain sebagai pertukaran pada tuan punya. Dan kerana nak menaikkan semangat yang hampir luntur, cik azue buatkan lah GA tersebut.

Jadi, beginilah rupa imej sebenar dan hasil imej selepas disulam


Alhamdulillah atas ilham yang diberi ILAHI.

Dan ini pula hasil akhir tempahan pelanggan ini.


Saiz bantal 15 inci X 15 inci
Material: Soft Fleece & Fiber Fill
Warna: Light Blue bukan light purple ya.
Jenis sulaman: Sulaman Penuh

Status: Dah selamat sampai ke tangan yang menempah (terima kasih cik atas kepercayaan serta sudi menempah dengan cik azue ).

Dan mari intai sikit testimoni cik penempah. Maaf, nama nya cik azue hilangkan atas sebab-sebab peribadi.


Terima kasih cik atas testimoni yang diberi. Menaikkan semangat lagi cik azue untuk terus berkarya.

Dan jika kalian ada yang nak merasa hasil tangan cik azue, sudi-sudikan lah jenguk ke PAGE atau email cik azue di kuazue@gmail.com atau WA ke 013-2700020.

Oh ya, berikut adalah gambar profile PAGE yang telah cik azue 'update' dengan menambah no pendaftaran perniagaan.


Jadi, jika anda sampai ke PAGE ini, betul lah tu, itu adalah PAGE yang dikendalikan oleh cik azue.

Hingga itu, jaga diri, hiasi peribadi dan ingat-ingat ILAHI selalu.

Wasalam