Followers

Tuesday, February 24, 2015

Tempahan Pukal Sulam Tanda Nama

Entri: #  125
Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam kasih sayang.
Syukur Alhamdulillah. Projek 3 ribu lebih kepingan sulaman tanda nama sudah siap dihantar ke tangan puan penyelaras sabtu lepas.


Syukur, walau terbabas sedikit, namun masih sempat kejar kembali dan masih berada dalam target sekolah.

Syukur juga kerana minggu ini juga dapat kita selesaikan 300 lebih kepingan tempahan sulaman tanda nama.

sebahagian tempahan personal


Alhamdulillah, berbaki 500 kepingan (tambah tolak) dari 2 tempahan pukal lagi yang harus cik azue selesaikan.

Maafkan cik azue dan rakan kongsi jika ada sedikit kelewatan.

Doakan cik azue agar dapat selesaikan semua tempahan tepat pada masanya.


Hingga itu, sebarang tempahan ditutup kecuali bagi tempahan pertengahan April ke atas sahaja.

In shaa Allah nanti cik azue dan rakan kongsi keluarkan 'design-design' bagi tempahan hari guru/hari ibu bapa.


Hingga itu,


Wasalam

Friday, February 13, 2015

Berubah demi Untuk Mengubah

Entri: #  124
Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Salam Kasih sayang.

Entri malam hari untuk kalian yang sudi bertandang.
Ya kalau kalian yang rajin bertandang, mesti rasa macam lain kan.
Ya cik azue dah menukar tajuk blog berdasarkan apa yang cik azue fokuskan sekarang ini.
Atas nasihat guru Online ABDR, berdasarkan isi kandungan blog cik azue, maka, lahirlah blog dengan tajuk blog seperti tertera.

Sempena menyambut ulang tahun pertama diri cik azue bergelar WAHM.

Sebenarnya, di sebelah ini, mesin sulam cik azue masih lagi menyanyi lagu sulaman. 
Sambil-sambil sahaja, siap juga blog dengan wajah baru. Alhamdulillah.

Pada kalian yang baru bertandang, ini rupa blog lama setahun yang lalu.


Dan yang bawah ini pula, wajah baru dengan semangat baru, In shaa Allah.


Cik azue suka dengan pembuat 'header' blog ini. Kartun makcik dengan mesin jahit SINGA dan LEKTOP itu adalah mimikan diri cik azue dari kaca mata pelukis. Terima kasih kerana berjaya membawa 'cik azue' dalam lukisan itu.

Apa kata kawan-kawan pula? Suka tak mimikan makcik kartun itu? Hihihi, yang pasti, nanti cik azue akan buat ulasan tentang pelukis ini ya. Bertabah lah menunggu ya.


Baiklah, sampai sini dulu ya. Maafkan cik azue dan doakan cik azue ya, selamat dunia dan akhirat, berjaya dunia dan akhirat. Terima kasih ya.


Wasalam


Thursday, February 12, 2015

Sulam Tanda Nama/Nametag



Entri: # 123
Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

12 Feb 2015,

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Salam kasih sayang, muah, muah, muah buat kalian yang rajin bertandang. Minta maaf, cik azue tidak sempat hendak menjengah ke blog kalian, membalas kunjungan. Berlari-lari mengurus masa bagi mempersiapkan tempahan sulam tanda nama yang masih berbaki dalam senarai.

Sakit tekak, telinga, tangan kanan urat membengkak kembali, perkara biasa. Demam, reda, batuk dan selsema pula menghampiri. Alah bisa, tegal biasa. Yang pelik nya, alhamdulillah, walau sedikit ujian sakit, MC nya tidak seperti tatkala kerja bermajikan dahulu kala. Lagi cepat sembuh dek kerana sembuhnya jiwa itu dahulu barangkali.


Pagi ini meneruskan kembali misi sulaman, bagi 'batch' ke berapa pun tak tahu buat pelanggan personal. In shaa Allah, Sabtu kita buat pengeposan.

Alhamdulillah, tempahan sulam tanda nama masih berkunjung tiba, namun, suka nak ingatkan kalian, tempahan yang masuk hanya bagi pengeposan/ambil pertengahan MAC sahaja ya. Mana-mana yang berminat boleh mula beratur ya.



Sambil-sambil cik azue menyulam, jeling-jeling laptop, sambil tangan memotong kepingan tanda nama yang dah bersulam mengikut nama sebelum hantar pada proses berikutnya - proses 'sealing' lebihan benang.

Sambil itu juga, minda sedar berfikir sejenak.
"Jika cik azue tawarkan kelas asas menyulam dan sebagainya mengikut permintaan, secara online atau offline, akan adakah nanti insan-insan yang sudi menjadi anak murid cik azue yang agak garang ini ha?"

Cakap-cakap kosong di batu jemala sahaja, moga-moga Allah rahmati dan berkati, mana tahu suatu hari nanti, cik azue tawarkan servis kelas pula kan?.


Oklah teman sekalian. Sikit masa lagi, anakanda haziq akan pulang dari sekolah agama sesi pagi dan bersiap pula ke sekolah kebangsaan sesi petang.
Bonda mahu selesaikan tugasan pagi menyulam, memotong, memanas lauk pauk, membentuk bento dan lain-lain.

Lijah Gedik hari ini merajuk kembali. Sedari jam 7 pagi memboikot tidak mahu bekerja. Alhamdulillah. Terima kasih Lijah. Jasamu ku kenang.


Hingga ini. Jaga diri, jaga Iman.


Wasalam

Tuesday, February 10, 2015

'Wrap' Roti untuk Bento Anakanda



Entri: # 122
Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Salam kasih sayang.
Entri laju-laju. Tidak boleh membuang masa, ada kali tempahan sulam tanda nama yang perlu cik azue selesaikan.

Tempahan personal juga tempahan pukal.
Alhamdulillah atas sokongan kalian. Semoga Allah melimpahkan rezeki yang melimpah ruah buat kalian kerana memanjangkan rezeki cik azue sekeluarga serta anak asnaf di bawah tanggungan cik azue.

Baik, berbalik kita pada tajuk entri hari ini. Dah lama cik azue tak berkongsi kisah-kisah bekal / bento anakanda dan chenta hati.

Hari ini cik azue kongsikan idea bento yang diambil dari rakan maya dari group bekal/bento malaysia, cik puan Zam Zariah


Bento ini menggunakan roti 'sandwich' sahaja. Intinya ikut suka hati - pilihan kita tentukan.

Orang kata nama menu ini 'wrap' tapi cik azue nampak macam ais krim calong sahaja.

Baik, bagaimana nak membuatnya?

Pertamanya, gelek kepingan roti sehingga betul-betul penyet. Kemudian, di 'gril' sehingga agak garing di permukaan.

Satu keping roti untuk 'wrap' dan satu keping lagi untuk dipotong memanjang menjadi tali pinggang.

Intinya, boleh kalian pelbagaikan. Untuk kali ini, cik azue guna daging masak lada hitam + karot + salad + mayonis + sos lada hitam. Gaul semua dan diletak di tengah roti.

Lipat roti pada sisi kiri dan kanan dan pakaikan gegelang roti sebagai tali pinggang, macam gambar. Boleh dicucuk dengan lidi atau tidak mengikut kesesuaian.

Ok, itu sahaja. Senangkan.

Terima kasih cik puan Zam Zariah atas perkongsian idea.

Selamat mencuba kawan-kawan ya.


Wasalam.



Monday, February 9, 2015

ABDR; Setahun Berlalu



Entri: # 121
Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi ABDR

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI



6 Februari 2015


Salam kasih sayang. 
Melewati 12 bulan bersama Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR), banyak sudah peluang tercipta dari kesempatan ruang yang diberi.



Terima kasih Allah kerana menjawap permohonan berskala panjang usai solat istikharah yang dilakukan. 
Terima kasih kerana memberkati pilihan yang dibuat ini atas nawaitu yang hanya DIKAU lebih mengerti..
Terima kasih juga buat pengasas ABDR atas inisiatif puan mencipta ruang buat kami berukhwah dan menjalin hubungan dua hala.
Terima kasih juga buat barisan guru yang setia bersama membantu.
Tidak lupa, terima kasih teman se ABDR yang menyokong dan saling memberi laluan traffic buat rakan sesama ahli.


Begitu cepat masa berlalu, masih banyak yang perlu dipelajari. Semakin banyak yang ingin diterokai.
Semakin hari bilangan suri dan sura yang bernaung di bawah payung ABDR (ABDR bukan MLM) semakin bertambah. Bertambahnya bilangan ahli, maka bertambahlah jugalah bilangan kenalan sesama kami. Kenalan alam maya yang mempunyai satu misi dan visi yang sama, bekerja dari rumah dan menjana pendapatan walau pun hanya berada dalam lingkungan rumah.

Bermula dengan mengikuti kelas blog asas penulisan, cik azue memasuki pula kelas asas blog bisnes dan seterusnya berpeluang menjadi rakan niaga dengan bertindak sebagai "Pengurus Online" Akademi.



Syukur alhamdulillah. Berkat sokongan (yang tidak nyata di mata kasar), banyak yang cik azue pelajari dari segi tatacara penulisan hingga lah ke tatacara pelan pemasaran dan pelan promosi produk.

Alhamdulillah, seperti mana hubungan mutualisme dalam simbiosis kehidupan, kami rakan bernaung di bawah ABDR saling mendapat manfaat bersilang di mana, setiap kami secara tidak langsung mempromosikan blog dan produk rakan-rakan sesama ahli melalui pautan yang ada di blog masing-masing.
Kami juga saling berkongsi ilmu dan tip-tip kehidupan melalui perkongsian pengalaman yang tercatat dalam blog masing-masing.


Kenapa memilih ABDR? Dari awal niat untuk bekerja dari rumah, cik azue mencari kumpulan sokongan yang mensasarkan para suri yang bekerja dari rumah. Iaitu kumpulan yang 100% memberi sokongan moral dengan kelas-kelas asas yang boleh diikuti secara maya. Dan kenapa memilih ABDR kerana cik azue tertarik dengan konsep yang diperkenalkan oleh puan pengasas, iaitu, meyediakan satu platform untuk bekerja keras dengan bijak ('work hard but smart') walau dari rumah dan keuntungan pendapatan yang diperolehi adalah dari diri sendiri kerana ABDR adalah kumpulan sokongan yang memberi latihan bukan kumpulan yang menawarkan wang dan ringgit sebagai imbuhan seperti mana-mana sistem perniagaan berkonsepkan MLM.

Menjadi Pengurus Online pula umpama imbuhan buat cik azue. Dari sini, banyak maklumat pemasaran yang dapat diperolehi. 
Yang penting, cik azue dah dapat membuka topeng "en Mimpi" (maaf yer tuan penyanyi - en Mimpi) selama bersama kumpulan pemasaran ABDR.

Kenapa memakai topeng "en Mimpi"? Cik azue sifatnya MALU. Melayu yang MALU, malu untuk menonjol diri dan malu untuk memperkenalkan diri serta kemahiran diri.
Sungguh MALU itu bagus. Walau cik azue tidak malu untuk mencuba, tetapi cik azue amat malu untuk menonjol.

Sejak bersama tim pemasaran ABDR, sedikit sebanyak perasaan MALU untuk tertonjol itu telah dapat cik azue hakis walau masih tersisa.
Sifat degil untuk mencuba semakin mekar dan sifat 'Katak Pekak' dan 'Pekak Badak' semakin menyerlah dalam memperkasakan produk yang dipasarkan baik untuk ABDR mahu pun untuk produk sendiri.

Alhamdulillah. Banyak manfaat yang boleh diperolehi jika kita buka mata dan hati serta minda bila mana kita menyertai sesuatu perkumpulan.


ABDR sekarang sudah menjangkau 1000 penyertaan dengan 900 lebih blog ahli yang saling berpaut antara satu sama lain.


ABDR menawarkan  kelas-kelas asas berikut sebagai platform bagi kalian yang ingin turut serta membina jaringan di alam maya ini, seperti cik azue.



Pendaftaran kelas-kelas ABDR berikut dibuka setiap hari.

1. Kelas Asas blog dan penulisan} - online & offline

2. Kelas asas blog, fan page, mula bisnes} - online & offline
-produk sendiri
-makanan sunnah
-telekung solat borong dan runcit 
-produk islamik
-projek raya

3. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif

4. Kelas belajar iklan mudah.my

5. Kelas asas urus akaun wahm/soho

6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline

8. Pendaftaran pengurus online - online dan offline

9. Kelas asas wordpress


Servis yang kami ada:
1. Tempahan blog bisnes - 5-7 hari siap
2. Beriklan di SOHO Directory juga bersama pautan kami lebih dari 900 blog.



Pendek kata, menjadi seorang WAHM ini nampak SENANG namun tidak MUDAH.

Tepuk dada, tanya MAHU diri sendiri. Cik azue dan ABDR hanyalah suatu pilihan dalam banyak-banyak pilihan yang ada. 

Dan cik azue hanya berkongsi apa yang cik azue rasa.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.


wasalam



Jika berminat untuk tahu lebih lanjut tentang ABDR, 
boleh PM cik azue ke FB cik azue (pautan di kanan blog) 
atau
WhatApps cik azue ke talian 013-2700020










Wednesday, February 4, 2015

Panduan Memulakan Bisnes Menjahit Sulaman



Entri: # 120
Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Carian Google

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Salam kasih sayang.

Beberapa minggu nan lalu, Cik Azue dihujani email dan 'whatsapp' pertanyaan tentang bagaimana untuk memulakan bisnes menjahit sulaman. Terima kasih atas pertanyaan kalian.


Baik, apa yang cik azue bakal kongsikan adalah panduan berdasarkan pengalaman cik azue sendiri.

Dari bagaimana bermula sehinggalah sekarang ini, semata-mata untuk memberi garis panduan secara kasar dan hanya akan memfokuskan kepada bekerja sambil berada di rumah sahaja dan menjalankan bisnes menjahit sulaman.


Terlebih dahulu, adalah baiknya kita pecahkan dahulu istilah bisnes menjahit sulaman itu kepada beberapa cabang atau bidang.

Bisnes Menjahit Sulaman terbahagi kepada dua.
Pertama, sulam manual atau sulam menggunakan khidmat dua tangan dan dua kaki serta sepasang mata sebagai aset TERBESAR.

Kedua, sulam AUTO atau sulam Mesin yang mana aset TERBESAR adalah MESIN sulam dan perisian komputer yang dipanggil 'digitizing software' sebagai bonus.


Untuk menjadi seorang penjahit sulaman yang mahir, sebaiknya kita bermula dari menyulam menggunakan tangan kerana disini terdapat beberapa perkara asas yang sebenarnya dirujuk semasa kita menyulam dengan teknologi, iaitu menggunakan mesin dan perisian.

Ini bagi membiasakan kita dengan jenis sulaman dan teknik jahitannya.
Contoh sulaman yang boleh dirujuk adalah jahitan sulaman applique atau sulam tampal hias.  

Walaubagaimana pun, jika kalian yang berhasrat untuk terus melompat ke dalam arena sulaman mesin berkomputer, aset terbesar yang kalian perlu ada adalah seperti mesin sulam berkomputer dan jika benar mahu menjadi penyulam tegar, disarankan agar memiliki satu perisian mengedit / membina imej sulaman sendiri.

Berikut dikongsikan senarai harga pasaran mesin sulam yang diambil dari perkongsian di Google.


Kalian boleh rujuk ke alamat web tertera di imej untuk maklumat lanjut.


Ok, secara ringkasnya di sini, apa yang kita perlu ada sebelum memulakan  bisnes Menjahit Sulaman adalah

1) minat dan kesungguhan
2) jenis sulaman yang ingin kita terokai
3) aset yang perlu untuk memulakan bisnes ini
4) peruntukan wang modal perniagaan


Dalam kontek cik azue dan pertanyaan kalian, bagi memulakan bisnes menjahit sulaman mesin berkomputer seperti cik azue, apa yang kita perlukan sebagai aset atau modal adalah seperti berikut.

1) Mesin Sulaman berkomputer
terdapat beberapa jenis dan modal ada dipasaran bermula dari RM3,000 hinggalah mencecah RM50,000 sama ada termasuk perisian membuat imej sulaman atau tidak. Pilihan adalah mengikut bajet dan pengkhususan yang bakal kalian pilih nanti.

2) Benang dan peralatan menyulam mesin

3) Fabrik

4) Design sulaman

5) Minat dan kesungguhan

6) tambahan - perisian membuat imej sulaman.


Bagi menentukan pilihan bagi aset no 1 di atas, iaitu mesin sulam berkomputer, terlebih dahulu, suka untuk mengingatkan, kalian harus menentukan hala tuju terakhir perjalanan bisnes menjahit sulaman ini. Adakah ianya bersifat suka-suka, memenuhi hobi atau pun bakal menjadi kerjaya tetap (walau secara sambilan) yang boleh menjana pendapatan.

Ini kerana setiap mesin yang kita laburkan akan sedikit sebanyak mempengaruhi hasil karya akhir nanti. Jika ingin bermula secara sambilan dengan modal yang sedikit kecil, carilah mesin-mesin sulam dalam lingkungan harga bawah RM5K sebagai permulaan. Cari juga jika boleh yang didatangkan dengan perisian memproses imej sulaman bagi menjimatkan kos modal permulaan.

Selepas menolak bajet bagi membeli aset paling besar, kita perlu sekarang ini memperuntukkan sebahagian modal untuk membeli benang-benang sulaman dan fabrik-fabrik termasuk tuala untuk mula membuat latihan sulaman sebelum bersedia menerima tempahan nanti.

Kemudian, bagi yang tidak ada perisian memproses imej untuk imej sulaman, kalian juga perlu mengeluarkan sebahagian modal untuk membeli design-design yang terdapat dipasaran atau bagi menempah design-design pilihan daripada pembuat imej sulaman. Harga design pula adalah bermula dari serendah RM10 dan ke atas, bergantung jenis design sulaman.


Selepas itu adalah minat kalian. Tanpa minat, kadang kala apa yang kita hendak buat akan berakhir di tengah jalan. 

Bisnes menjahit sulaman mesin berkomputer adalah satu bisnes yang memerlukan modal yang agak besar untuk memulakannya.
Walaubagaimana pun, jika kalian memang mempunyai minat, kalian boleh berhubung dengan pihak EPAL dan boleh bekerjasama dengan TEKUN bagi mendapatkan pinjaman mesin.

MARA juga ada membuat pinjaman bagi memulakan perniagaan. Tetapi dua-dua pinjaman ini ada pra syarat nya.

Cik azue tidak boleh kongsi di sini kerana cik azue menabung bagi membeli aset mesin jahit cik azue.

Cik azue bermula secara manual, menghasilkan produk sulaman secara manual, kemudian barulah memiliki mesin sulam secara berkomputer.


Nanti kita sambung lagi.

Cik azue nak siapkan tempahan berbaki.

Jika ada sebarang pertanyaan, boleh berhubung dengan cik azue melalui applikasi 

WhatsApp: 013-2700020


Bagi yang nak mendapatkan makluman tentang tempahan sulaman juga boleh WA ke nombor di atas.


Oh ya, beberapa hari lagi cukuplah setahun cik azue bersama ABDR, nanti cik azue kongsikan ya pengalaman dan perasaan.

Mana-mana kalian yang ingin tahu lebih lanjut tentang ABDR, jemput ke FB Azuriyah Mohamad



Akhir kalam, semoga entri ini memberi sedikit info dan manfaat buat kalian yang bertanya.

Entri ini akan cik azue sambung tentang cabang-cabang bisnes menjahit sulaman nanti.



Hingga itu,


Wasalam





Tuesday, February 3, 2015

Tempahan Pukal Sulam Tanda Nama Jawi

Entri: # 119
Teks: KUAZUE MOHD 
Foto: Koleksi Peribadi 


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Salam keceriaan buat kalian pengunjung setia blog cik azue.

Tarik nafas dan mari kita regangkan badan. Esok lusa, cik azue mendiamkan diri semula. Tempahan belum selesai sebenarnya. Sehingga membawa ke mimpi di malam hari. Argh, penangan 'hutang' tempahan.


Terima Kasih Allah kerana mengutuskan kalian yang sudi berurusan dengan cik azue.

Hari ini dan kala ini, tempahan berbaki tinggal lagi sikit untuk diselesaikan aktiviti sulamannya.


Nanti malam atau esok siang bakal disambung semula. Terasa agak lelah berkejaran dengan masa.

Hari ini juga, cik azue semak semula status tempahan yang masuk dari pertengahan Januari yang lalu. Status tempahan dalam pada menepis dan mengelak dan menghala kepada rakan penyulam yang lain, masih ada juga tersinggah menjadi rezeki cik azue sekeluarga serta anak di bawah tanggungan cik azue.

Allahu, sedar tak sedar, banyak juga bila dibuat perhitungan. Allah hu, umpama berlari menyiapkan satu tempahan pukal juga walau pada dasarnya, tempahan personal sahaja.

In shaa Allah akan cik azue siapkan sesegera yang mungkin, sebelum bermula dengan tempahan pukal berikutnya.


Terima kasih Allah.

Jom semak warna-warni tempahan pukal yang sangat besar buat cik azu kali ini. 



Tahun 1 - kombinasi merah dan benang hitam


Tahun 2 - kombinasi oren dan benang hitam


Tahun 3 - kombinasi hujau dan benang putih

Tahun 4 - kombinasi biru cair dan benang hitam

Tahun 51 - kombinasi kuning dan benang hitam

dan 

Tahun 6 - kombinasi hitam dan benang pucuk pisang


Banyak kejadian dalam pada menyiapkan tempahan sulam tanda nama ini.

Nanti kita sambung lagi ya.

Macam biasa, mana-mana berhajat, semua tempahan hanya dibuka untuk bulan MAC dan ke atas sahaja.

Kalian boleh PM atau WhatsApp ke 013-2700020


Akhir kalam, senyum itu adalah MAGNET REZEKI.

Oleh itu, jom SENYUM se IKHLAS hati buat menarik agar bisa menarik rezeki yang berada di sekeliling kita.

kalian yang mahu belajar bagaimana untuk menguasai rezeki boleh dapatkan ebook Formula Rezeki menerusi pautan ini  http://bit.ly/KuasaiRezeki


Wasalam