Followers

Wednesday, November 30, 2016

Donut gula merah doh masam

Entri: #186
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad



Minum petang buat dua jejaka yang sedang berehat dek aktiviti berkhatan.

Tanpa telur, tanpa tenusu dan juga tanpa sebarang bahan penaik mahu pun pelembut.

Alhamdulillah. Walau masa perapan tidak cukup lama dek sejuknya bumi Rawang hari ini, donut ini menjadi juga.

Jangan terpedaya dek banyaknya kuantiti. Ini semua adalah menggunakan acuan saiz mini donut. Cukup sekali masuk terus ke mulut anakanda. In shaa Allah tiada sepahan gula.

Tatkala donut sedang digoreng, seolah-olah berbau seakan-akan sedang menggoreng peneram.

Walau usai peraman, donut berbau seakan masam, namun Masya Allah, Tabarakallah, bila dikunyah, tiada langsung rasa masam dari yis doh masam tersebut. Hebat sungguh Allah yang menjadikan kejadian.

Semoga makanan ini menjadi berkat buat tubuh badan hendaknya.

Nanti cikazue sambung lagi cerita tentang doh masam serta 'clean eating'.

Wasalam

#traveloghati
#azuriyahmohamad
#bilacikazuememasak
#mysourdoughjourney
#mycleaneatingjourney

posted from Bloggeroid

Selamat Bercuti Sekolah

Entri: #185
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Safar 29, 1438H
(30 November 2016)


Salam kasih sayang.

Selamat bercuti buat anakanda yang bersekolah.
Selamat melayan anakanda yang bercuti buat sekalian teman alam maya.

Seronok kah bercuti? Anak-anak In shaa Allah seronok. Mak ayah pula? Ada yang gembira dan ada juga yang sebaliknya.

Pesan tuan guru, periksa balik niat kita jika ada rasa sesuatu tidak enak apabila berhubung kes ibu bapa dan anak.

Minta maaf, lama cik azue berdiam diri dari mengemaskini blog ini. Semangat hilang, tidak tahu ke mana dan sebab apa.

Sekarang ini, mari berdoa agar semangat kemaskini blog subur membara setiap hari.

Sepanjang tempoh berdiam diri, banyak juga yang telah cikazue lakukan untuk memastikan diri lebih sihat. Nanti cik azue cerita.

Untuk kali ini, cik azue nak kongsi aktiviti kami dulu sempena cuti sekolah hujung tahun ini.

Tara!


Selamat berkhatan anakanda.
Hari ini hari 2. Hari pun mendung awal pagi. Apa nak masak untuk mereka berdua ya?

Kari ikan merah lah memandangkan lukanya sudah kering. Alhamdulillah.

Oklah, cik azue nak bersiap kemas rumah. Nak cari tempat buat gantung jemuran dek langit sedang gerimis tika ini.

Hingga itu, wasalam
posted from Bloggeroid