Followers

Friday, August 21, 2015

Al Fatihah !

Entri: # 141
Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Zulkaedah 5, 1436H
(21 Ogos 2015)

Salam kasih sayang tidak terhingga buat kalian yang sudi bertandang ke blog ini.
Masih ingatkah kalian akan imej ini?

Sepatutnya tempahan ini akan disiapkan paling lewat awal minggu hadapan.
Perbincang 'design' hasil akhir telah pun selesai. Dan hasil akhir akan lebih kurang menjadi seperti ini seperti permintaan cik penempah.

Ini sepatutnya menjadi satu selimut tampal cantum dengan imej sulam tampal di tengah-tengahnya.

Namun kita merancang, Allah jua merancang dan perancangan Allah lebih hebat berbanding kita. Tempahan ini tidak kesampaian.

Terharu cik azue. Menitik juga air mata walau setitik. Sungguh! Bukan kerana tempahan dibatal, namun sedih mengenangkan akan nasib cik penempah.



Kalian faham kan. Sesungguhnya mati itu pasti. Bersabar dan bertabahlah wahai cik penempah dan keluarga adik khairul arief. Allah lebih sayangkan dia.

Dan kerana itu, dikesempatan ini, cik azue nak meminta jasa baik kalian yang bertandang, sudilah kiranya sedekahkan Al Fatihah buat arwah adik khairul arief ini dan semoga dia dirahmati Ilahi serta keluarganya diberi kesembuhan hati dan ketabahan dalam menghadapi musibah ini.

Al- Fatihah



Terima kasih dan Wasalam

Wednesday, August 12, 2015

Kerja-kerja Sulam Belakang tabir

Entri: # 140
Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Carian Google

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Syawal 27, 1436H
(12 Ogos 2015)

Salam kasih sayang. Dah lama tak berkongsi aktiviti menyulam atau membuat selimut tampal cantum kan. Bukan apa, sibuk! Sibuk dek tempahan, sibuk dek masa yang semakin pendek perjalanan nya.

Hari ini cik azue nak kongsi beberapa imej sulam yang sedang menanti untuk kita muat naik ke mesin sulam lewat esok atau lusa.


Imej ini sepatutnya dah siap lama dah, tapi dek cik azue ditahan di hospital dan mengalami bengkak tangan dan jejari dek penangan jarum ubat, maka cik azue terpaksa tunda. Mulanya nak pulangkan duit pada cik puan penempah, namun dia tak mahu pula. Esok cik azue akan mula menyulam memandangkan tangan kiri ini dah boleh berfungsi dengan baik.

Imej kedua masih dalam tema hitam juga. Ada pasangan nya. Tapi tunjuk satu sahaja lah yer. 

Yang ini tempahan orang utara sana. Hihihi seronok pula melayan jiwa anak-anak sesekali.

Selain itu moga-moga kerja terbengkalai ini akan beransur siap bersama indahnya nikmat kesihatan. Selimut tampal cantum masih cik azue tidak buka tempahan ya.



Kemudian ada cabaran baru pula menanti, semuanya bagi menghasilkan sebuah hajat hati seseorang dengan menggunakan imej-imej berikut yang diberi pada cik azue. Nantikan dan doakan kesihatan cik azue ya.




Mampukah? 
Kpop tu. Moga-moga Allah beri ilham.

Hingga itu, maafkan cik azue dan doakan cik azue.

Wasalam

Monday, August 10, 2015

Semoga Panjang Umur Kawan

Entri: # 139
Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Syawal 25, 1436H
(10 Ogos 2015)

Selamat Hari Lahir Shamimah! Sayang awak ketat-ketat.

Maaf, kita selongkar ambil gambar kamu dari FB kamu

Sebelum itu cik azue nak minta maaf, cik azue lama tidak buat posting baru kat blog. Banyak sangat kejadian dugaan. In shaa Allah, cik azue akan kembali berblogging demi kawan-kawan.
Terima kasih yang sudi menjejak sehingga ke FB personal cik azue.

Baik, kembali kita pada entri hari ini. Shamimah ni kawan "kembar tapi tak serupa" masa belajar kat universiti dulu.

Kebetulan kami selalu bersama dan selalu tersama jenis pakaian yang dipakai. Dan macam biasa, mak dia mak cik azue juga. Oh alangkah rindunya pada tika dan waktu itu.

Untuk itu shamimah @ Yan.
Di doakan kamu semoga sihat senantiasa dalam peliharaan Ilahi. Menjadi muslimah sejati dan solehah buat Ilahi. Rindu kamu dan keluarga di sana. Ada umur, kita pasti bertemu lagi. Moga-moga kita dapat mengulang kisah kita di kampus lagi. Pusing pulau dengan motor skuter suzuki daku, pakai baju lebih kurang sama dan balik makan sambil dengar leter Mak!
Oh saya sangat rindu akan kenangan itu.

Oklah, hingga sampai sini. Lain kali cik azue cerita lagi.

Wasalam