Foto: Koleksi Peribadi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI
Ini kisah lama dah.. baru nak muat naik sini. Si abang minta buatkan kek blueberry untuk hari lahirnya. Jadi, entri kali ini, nak cerita tentang kek je, hihihi, jangan marah ya.
Kek terhasil adalah kek kombinasi kek coklat dan kek oren dengan kream coklat dan bluberi.
kek coklat |
kek oren sunquick |
Kedua-dua kek ini cik azue gunakan resepi kek span ya dan di belah dua bahagian bagi kek coklat, dan 3 bahagian bagi kek oren yang mana menjadikan 5 lapisan kek yang berselang-seli pada akhir nanti.
Resepi kek, Allah, terlupa sudah mana letak resepinya. Nanti dah jumpa cik azue salin semula ke sini ya.
Sesi Deco-deco untuk penuhi impian jejaka tersebut
lapisan pertama, kek coklat di lapisi dengan fresh cream dan coklat ganache
Lapisan kedua & ketiga, kek oren dan dilapisi dengan fresh cream dan blueberi
Lapisan 4 kek oren dengan fresh cream dan coklat ganache dan kemudian dilapisi dgn kek coklat akhir sekali
disalut dengan fresh cream keseluruhannya dan hasil akhir seperti ini
Selepas di potong, menjadi sebegini.
heheehe.. gini lah rupa kejadiannya. Tapi anak-anak suka dan buatkan ibu gembira.
Apa pun air tangan ibu.
Oklah, sampai sini dulu. Nak menyulam tempahan nametag pula sekarang ini.
Wasalam
2 comments:
wow happy bday
wahhh...
Post a Comment