Followers

Tuesday, March 25, 2014

Ku pujuk Hati yang lara

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 

Salam kasih sayang buat semua.
Kering sudah airmata ini. Sungguh! Cuma apa yang pasti sekarang ini, memujuk hati menerima ketentuan NYA. Pedih mata, pedih lagi hatiku.
Semoga cik azue redha walau agak susah untuk otak menafsir kebarangkalian kejadian.
Harapan satu sahaja dari lubuk hati ini, semoga segala kepedihan tomahan akan berakhir di ketika ini.

Dan bagi menenangkan hati yang rawan, cik azue kongsikan di sini, bait-bait kata dari orang bijak agama. Dan sesungguhnya, kata-kata tuan Habib ini telah mengubat hati ini. Semoga ia juga dapat mengubati hati mereka yang terlibat.



Akhir kalam, Al Fatihah buat semua yang beragama Islam walau dihati cik azue masih mengharapkan  suatu keajaiban dari NYA.

Wasalam



*Notakakitangan cik azue : Dan akan ku tunggu kamu sehingga genap 4 tahun bagi aku menyatakan yang kamu telah kembali ke pangkuan NYA*

*****************************************
Nak daftar KELAS ASAS URUS AKAUN


 Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue

Monday, March 24, 2014

Kelas Asas Urus Akaun Secara Online

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi ABDR
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 

Salam kasih sayang buat semua. Ampun dan maaf di pinta dari semua pengunjung setia. Emosi cik azue terganggu dek MH370. Harapan masih berbunga agar yang dirindui pulang dengan selamatnya. Dan jika sebaliknya, mohon Allah permudahkan segala urusan termasuklah dengan urusan hati cik azue. Baik, mari kita lupakan kepedihan hati ini. Yakin akan ujian Allah melalui Qadok dan Qadarnya dan kita kena bergerak juga walau apa pun takdir yang telah pun tertulis.

Saudara saudari para pengunjung budiman, Mac hampir sampai ke penghujungnya. Hari ini adalah hari pertama minggu terakhir bagi bulan Mac. Alhamdulillah, begitu cepat masa berlalu meninggalkan kita.
Ya begitu banyak yang terjadi dalam hidup kita sedar atau pun tidak, apa pun yang telah berlaku telah menjadi suatu sejarah dalam hidup kita semua.

Dan kerana ingin mengubah sejarah hidup di masa akan datang, cik azue ingin kongsikan di sini tentang kelas Asas Urus Akaun Secara Online. Kenapa ONLINE? Kelas ini berlangsung secara online kerana target kelas adalah untuk para ibu atau bapa (barangkali ada) untuk turut serta mempelajari secara sambilan, dimana kita belajar sambil melihat anak-anak atau pun membuat perkara lain pada masa yang sama, tanpa perlu keluar daripada rumah.
Kenapa perlu pula kelas asas urus akaun? Ilmu mengurus sesuatu akaun samada akaun perniagaan mahupun persendirian adalah penting tambahan pula dengan masa-masa sekarang ini dimana nilai RM menjadi agak besar untuk dibazirkan sebegitu sahaja tanpa mendapat sebarang faedah. Dengan mempelajari ilmu ini, sekurang-kurang nya kita dapat menapis sebanyak mungkin kebocoran RM daripada hal-hal yang tidak sepatutnya.

Kelas ini berlangsung selama 3 jam sahaja dimana setiap kelas ada 4 atau 5 orang pelajar sahaja dan diseliakan oleh seorang guru profesional.

Berikut adalah modul bagi kelas asas urus akaun


Di dalam kelas ini akan diajar tentang bagaimana merekod buku simpan kira-kira. 
Pengenalan Kepada Asas Perniagaan Dan Fungsinya

-Mengenal dan belajar kepentingan dokumen
-Invois, cash, bil, resit, purchase order

Peserta juga akan mendapat:
1. bonus ebook 101 Idea Homebased bisnes.
2. slot iklan di blog soho directory percuma selama setahun.

Proses merekod setiap transaksi secara harian BOOK KEEPING.... DAILY TRANSACTION RECORDING IN CHRONOLOGICAL ORDER Ini semua akan diajar di dalam modul asas kelas akaun yang kami anjurkan.

Tarikh terkini:
 31 Mac 2014 (9.30-12.30t/h) Pendaftaran di buka sekarang. Tinggal 3 kekosongan sahaja lagi.
Seterusnya, 7, 14, 21 dan 28 April .

Jadi jangan lepaskan peluang ini. Siapa cepat dia akan dimasukkan kedalam kelas terdahulu.

Hubungi cik azue bagi yang berminat dengan kelas asas urus akaun ini ya.

Nantikan sambungan cik azue tentang ulasan kelas asas urus akaun yang telah cik azue ikuti.

Wasalam


*****************************************************
Nak daftar KELAS ASAS URUS AKAUN

 Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue

Thursday, March 20, 2014

Tok! Tok! Tok! Ada Orang tak?

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi & Carian Google
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 



Salam kasih sayang. Beberapa hari ini, ada sahaja yang mengetuk pintu kaca rumah ini. Pada mula nya cik azue ingat hanyalah disebabkan oleh goncangan angin sahaja, almaklumlah, di sini jika musim kering dan angin kencang, boleh tahan juga hebatnya tiupan angin itu. Habis bergegar pintu kaca gelongsor semua. Namun bunyi yang terhasil adalah amat berlainan sekali. Seolah-olah bagai ada tangan yang mengetuk kaca nya. Hairan, pintu ini di balkoni atas. Mana mungkin ada manusia yang boleh panjat dan ketuk pintunya memandangkan tiada tangga dari bahagian luar.
Jeng, jeng,jeng, misi mengendap cik azue lakukan. Dari hari ke hari masih tidak juga ku ketahui siapa yang mengetuk saban waktu. Akhirnya, semalam, cik azue bertemu juga jawapan nyer.
"Hahahahaha, sidia ni rupanya, ingatkan siapa".

Nak tahu siapa? Ya, dia yang dimaksudkan adalah si Burung Kunyit Besar atau "Black Nape Oriole" dan nama saintifik nya adalah "Oriolus Chinensis", mengikut kata abang cik azue yang hobinya mengambil gambar burung.
Nah lihat aksi nya dari lensa kamera talifon sahaja


ha, dapat pun si pengetuk cermin ku.Ni aksi nya. Bersiul lantas mengetuk cermin. Macam gaya orang datang ketuk rumah dan bagi salam pu n ada. Terhibur sebentar. Apa mahu dia ya? Makanan, air atau mahu bermanja?


 Ampun, pemandangan kabur dek jerebu dan hujan dan malas cuci cermin. Nanti cik azue buat tempat makan dan minum mereka disitu seperti saranan abang kesayangan.

Oh  ya, tidak jelaskan. Burung ini berwarna kuning raja, dengan sayap dan ekor ada garisan warna hitam serta sekitar matanya juga ada tompokan hitam, seperti gambar di bawah ini.


Subhanallah! Mereka datang kerana ada rezeki buah jambu batu yang berada di hujung dahan yang tinggi-tinggi. Riuh sangat. Dan pemandangan itu sangat menarik.
Nanti jika cik azue sudah siap tempat burung singgah hinggap, cik azue kongsikan dengan anda semua ya. Terima kasih Allah akan hiburan yang satu ini di kala hati agak tidak tenteram.


*notakakitangan cik azue*
~Solat taubat dan hajat buat warga MH370 dan keluarga serta umat Islam umumnya ~

*******************************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue

Monday, March 17, 2014

Alfatihah

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Carian Google
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 

AL - FATIHAH !


Salam kasih sayang buat semua pengunung setia blog cik azue. Minta Ampun dan Maaf buat semua yang acap kali bertandang ke mari. Bukan lupa, namun kehilangan MH370 ini membuat semangat cik azue seakan terbang bersama dia. Tidah tahu kenapa. Kerana Kapal Terbang itu sendiri kah atau pun kerana PILOT itu sendiri. Diri sendiri pun tidak pasti. Kedua-dua nya ada signifikan tersendiri dalam hidup cik azue yang cik azue sendiri susah hendak ulaskan di sini. Yang pasti dan teramat pasti, semangat ciput yang ada dibawa pergi bersama.
Kalau keluarga mereka yang terlibat perlu sokongan physikologi, cik azue juga perlu mempersiapkan diri untuk segala kemungkinan. Perlukan sokongan emosi dari KITAB Allah. Semoga kejadian ini semakin mendekatkan hati cik azue dan hati anda semua kepada zat yang satu.
Dan semoga peristiwa ini membuka lembaran baru dalam kehidupan kita semua. Solat taubat diringi solat hajat. Semoga kita perolehi jawapan dalam masa yang hanya ALLAH mampu tentukan.
Yakinlah kita ini perancang, namun sebaik-baik perancang adlah ZAT ALLAH HU TAALA.

Baik, ini adalah terapi cik azue. Mungkin berguna juga buat anda.
Di dalam menangani kekusutan minda dan ketidak tenteraman jiwa, di dalam kecelaruan ummat dan di dalam segala macam keserabutan masyarakat sekarang ini (pesta dadah yang mengorbankan muda mudi kita itu di ketika kita bersedih dan bingung atas kehilangan MH370), marilah kita memahami dan meneliti kehebatan dan keistimewaan surah Al-Fatihah ini malahan, marilah kita bersama-sama mengamalkan ilmu yang dapat sedikit dikongsi bersama ini.

Sumber ilmu ini dikongsi oleh seorang kawan yang mengikuti kelas tafsir Al-Quran kelolaan Dr. Fatma Az Zahra suatu ketika dahulu. Terima kasih puan dan saya kongsi disini pula untuk rujukan saya dan pengunjung budiman.

1. Untuk membuatkan seseorang (suami anda, isteri anda, anak2 anda) supaya sentiasa ingat dan kasih pada anda : Bacalah surah al-Fatihah 14 kali sebelum tidur.

2. Untuk mengubati penyakit yang kritikal: Baca surah al-Fatihah 41 kali dan tiup pada air Minum air tersebut dan mandi menggunakan air tersebut.

3. Untuk merawat masalah sakit kepala / sakit yang berkaitan dengan otak: Baca surah al-Fatihah 7 kali sambil mengusapkan kepala orang yang sakit tersebut. Lakukannya 1 kali sebelah pagi dan 1 kali sebelah malam setiap hari tanpa gagal.

4. Untuk mengurangkan kesakitan yang melampau: Baca surah al-Fatihah 3 kali dan tiupkan dalam segelas air dan minum air tersebut. Kemudian, baca surah al-Fatihah sambil mengusap ditempat yang berasa sakit
tersebut.

5. Untuk menghentikan bayi / anak kecil yang sedang menangis (samaada menangis ditengah malam atau pada bila2 masa sekalipun): Baca surah al-Fatihah 7 kali sambil mengusapkan kepala bayi/anak kecil
tersebut.

6. Untuk merawat luka2 kecil: Contohnya luka terkena pisau, luka disengat tebuan, darah keluar tak berhenti, jari terkepit pintu dan sebagainya...) Baca surah al-Fatihah 3 atau 7 kali Kemudian, gunakan ibu jari, ambil sedikit air liur dari bahagian "langit-langit" dan gosokkannya pada kawasan
yang terluka tersebut. 

Semua cara yang diterangkan di atas, INSYAALLAH pasti akan mendatangkan kesan dengan beberapa syarat iaitu:
1) Percaya dan yakin bahawa Surah al-Fatihah ialah sebaik-baik penawar untuk
segala macam jenis penyakit (dengan kuasa Allah yang menjadikan surah
al-Fatihah penuh keistimewaan) 
2) Baca dengan penuh "khusyuk" dan "Tawadhu" -  baca dengan memahami maksud Al-Fatihah itu sendiri
3) Tawakal sepenuhnya pada Allah

Gunakan amalan tersebut dengan NIAT YANG BAIK saja  dan Mintalah yang baik-baik sahaja. Niat kita biarlah  baik. InsyaAllah akan dimakbulkan oleh Allah. Wallahualam.

Dan tahukan anda, surah ini juga perlu dibaca ketika solat dan surah ini merupakan surah pergantungan kita kepada ZAT ALLAH di dalam kehidupan ini. Bacalah dan fahamilah.
Dalam konteks MH370 ini, ada juga yang menyarankan agar kita membaca surah ini berulang kali dan disedekahkan bacaan ini pada kesemua mereka dengan niat, 
1) jika mereka masih hidup diberi keselamatan dan ditunjuk jalan pulang,
2) jika mereka ditahan, surah ini memberi kelembutan pada sipenaham mereka dan mereka ditunjuk jalan pulang
3) jika mereka telah tiada, semoga mereka diberi kesejahteraan di sisi zat ALLAH.

Wallahu'alam, hanya mereka dan selebihnya ZAT ALLAH yang tahu akan sebab musabab nya. Tidak perlu kita menulis sesuatu yang diluar bidang kita. Cukuplah kita melihat dan mendengar, membaca dan mentafsir baik buruknya. Bertaubatlah kita atas kealpaan kita selama ini. Bertaubat dan berdoalah kita agar kita dan mereka diberi JALAN YANG LURUS LAGI DIREDHAI dalam menghabiskan liku-liku hidup didunia ini. Semoga akhiran hidup kita semua dalam HUSNUL KHATIMAH lah hendak nya.

********************************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue

Wednesday, March 12, 2014

Hilangnya Dia, DOSA kitakah?

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Carian Google
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
 
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI
 
sumber gambar: http://mynewshub.my/2014/03/10/mh370-misteri-kehilangan-pesawat-mh370/
Sumber: Klik imej


Salam ceria buat pengunjung setia. Maaf, cik azue tidak bernafsu untuk menulis dan menulis.Namun hari ini cik azue memaksakan diri ini menulis, agar semua kegusaran yang berada di hati ini terungkai. Berat! Berat mata memandang, berat lagi hati yang memikul. 
Hilang nya dia MH370 bersama 239 orang membuatkan hati cik azue bagai dicarik-carik.Hilang nya dia seperti membawa semangat cik azue sekali. Hilang nya tanpa perkhabaran membuatkan hati ini walang. Allah Hurabbi. Bukti apakah yang ingin engkau tunjuki kami...

Seminggu yang lalu cik azue menulis, selepas itu cik azue tidak menulis, perasaan menjadi tidak enak untuk menulis, entah macam ada sesuatu yang bakal terjadi. Bawa-bawa baca Al-Quran, menenangkan hati, sudah nya malam jumaat, 7/3/2014, hampir jam 3am barulah mata ini mahu terlelap.. walau sebenarnya kepala pada ketika itu sangat sakit, mungkin kesan cuaca panas.
 Dan bangun paginya lalu mendapat perkhabaran yang MH370 ini hilang. Hilang dari radar dan tidak dapat dikesan. Allahuakbar, tetiba hati ini menjadi walang. Siapa mereka yang berada di atas sana yang mendapat tempat dihati cik azue. Sayu nya bila dah masuk hari ke-lima ini, tiada perkhabaran sahih yang diterima. Di mana dia dan di mana mereka semua. 
Hampir setiap ketika persoalan yang bermain di minda adalah kemanakah TERBANG nye mereka semua ini.

Benar, ketika entri ini cik azue taip, air mata bertubir, bergenang di kelopak mata. Cukup-cukup sudah airmata ini tumpah. Tidak tahu kenapa air mata ini murah sangat untuk ditumpahkan atas insiden ini. Siapa mereka yang terasa sangat dekat dengan hati cik azue ini? siapa dia diantara mereka yang berjaya sentuh hati ini pun tidak cik azue ketahui. Cuma mungkin pertalian saudara seagama menyebabkan naluri ini terkesan barangkali, Wallahu'alam.

Kawan-kawan, kita semua dijemput untuk berdoa. Berdoa agar mereka yang hilang ini dijumpai selamat, berdoa agar semua yang terlibat dengan usaha mencari ini diberi kekuatan dan inayah. Namun sebenarnya, disebalik jemputan berdoa ini, berapa ramaikah diantara kita yang benar-benar berdoa seikhlas hati ke hadrat ILAHI memohon bantuan sehingga menitiskan  airmata? Berapa ramaikah yang bertaubat atas dosa yang pernah kita lakukan hingga doa kita terhijab dan mereka juga terhijab dari pandangan kita? Pernah tak kita terfikir, mungkin yang terjadi ini adalah atas dosa kita, maka DIA lenyapkan mereka dari pandangan kita agar kita kembali ke pangkuan NYA?

Allahurabbi, besarnya dugaan Mu, hebatnya maghfirrahmu, tak terjangkau di akal kami dan tidak tergapai oleh usaha kami.

Astagfirullahal'azim, Astagfirullahal'azim, Astagfirullahal'azim, ampunilah kami dan bantulah kami. Rungkaikan lah persoalan kami dan berilah petunjuk kepada kami akan permasalahan ini. Jika ini kerana dosa-dosa kami, ampunikan kami dan rahmati lah mereka (penghuni MH370 dan keluarga). 

marilah kita memohon ampun atas segala keterlanjuran kita. Bersangka baiklah kita dengan ZAT nya. Mungkin Allah sedang mendidik hati kita semua supaya kembali kepada ZAT nya yang satu. Mungkin usaha kita belum benar-benar usaha atau pun mungkin keyakinan kita akan kebesaran ZAT ALLAH belum benar-benar maka ALLAH turunkan ujian ini bagi menguji tahap keimanan kita. Dan ingatlah kita, Ujian atas keimanan itu adalah tanda kasih sayang ALLAH kepada hambanya.

Sujud syukurlah kita nanti bila mendapat berita tentang MH370, walau baik mahupun buruk tanda terima kasih kita atas pertolongan Ilahi. Allahurabbi.
Allahurabbi. Allahhurabi.

Buat keluarga yang terlibat, kami berkongsi hati dan perasaan anda. Dan semoga kita kuat dengan menggantungkan hati kita pada ZATnya melalui istikharah, taubat, dan hajat selain doa yang tidak putus-putus.

Buat pasukan pencari dan penyelamat, terima kasih atas usaha anda dan hanya ALLAH sahaja yang dapat membalas nya.

*notakakitangan: cik azue menulis dari hati kecil seorang insan berkongsi nama negara yang di bawa pesawat MH370*
 
 
 
 ******************************************************
Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue

Thursday, March 6, 2014

Cik Azue dan Akademi Bekerja Dari Rumah

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi & ADBR
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 


Salam Kasih sayang buat semua. Semoga anda dalam kesihatan dan kasih sayang Ilahi.
Sebenarnya cik azue sakit tekak tika dan waktu ini. Tetapi tidak mengapa, yang sakit itu tekak, dan yang lain masih seperti sediakala. Alhamdulillah, mungkin tekak itu disakitkan supaya cik azue tidak perlu bersuara lagi akan ketidakpuasan hati cik azue secara lantang. Barangkali ini adalah jawapan bagi ayat cik azue siang tadi di FB:


Alhamdulillah. Astagfirullah.

Kembali kepada AKADEMI BEKERJA DARI RUMAH (ABDR) pula. 

Cik azue kenal ABDR ini melalui blog penulisan puan MASAYU AHMAD, iaitu blog PANDUAN BEKERJA di RUMAH (WAHM,SAHM,SOHO)
Masa ini cik azue sedang berkira-kira untuk meletakkan jawatan, iaitu 6 bulan terdahulu dari hari perletakkan notis tempoh hari.

Secara kebetulan, cik azue merayau-rayau di laman sesawang mencari-cari teman seperjuangan apabila cik azue bergelar WAHM. Pada mulanya, nama MASAYU ini agak familiar di ingatan cik azue, namun cik azue tidak pernah menyangka yang beliau adalah orang yang sama yang menulis dalam majalah mingguan wanita yang suatu ketika dahulu pernah cik azue baca sambil lalu sahaja.
Bermula dari situ, bila cik azue mentelaah blog beliau dari awal penulisan bermula MAY, 2008, cik azue dapat input sedikit demi sedikit tentang aktiviti pekerjaan yang boleh dilakukan secara sambilan dirumah samada sebelum atau selepas melepaskan jawatan.

Walaupun pada hakikatnya, cik azue telah bermula berniaga atas talian secara sambilan dengan serius pada tahun 2010, cik azue masih lagi mencari dan membaca supaya cik azue tidak akan pernah menyesal akan keputusan yang cik azue telah pilih disamping mencari sebanyak mungkin ilmu supaya apa yang cik azue cuba lakukan berjaya sampai ke matlamat yang telah cik azue tetapkan.Di sini kita harus menyemai semangat, "alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan" dan tidak menjadi seperti "hangat-hangat tahi ayam". Cik azue yakin anda semua sedia maklumkan atas maksud simpulan bahasa itu.

Kalau mengikut teori yang telah disenaraikan oleh Puan Masayu, sedikit sebanyak cik azue telah pun bermula dan berada di atas landasan itu. Cuma sekarang ini, cik azue memberanikan diri untuk melibatkan diri secara serius dengan kumpulan ini bagi mendapatkan khidmat sokongan apabila telah benar-benar melepaskan jawatan, terutama diketika apabila kita berhadapan dengan sesuatu ujian. Siapa tahu apa yang akan terjadi suatu hari nanti. 

Baik, apa yang cik azue dapat setelah cik azue mengenali kumpulan sokongan ini? Untuk pengetahuan para pembaca budiman, di dalam kumpulan ini terdapat pelbagai lapisan profesion yang telah pun mengundurkan diri dan telah juga berjaya dengan bekerja secara atas talian.
Untuk auro positif sahaja, kita akan melupakan segelintir yang belum lagi berjaya kerana boleh dikatakan kumpulan ini sebenarnya akan membimbing kita bersama-sama mengorak langkah menjadi surirumah berpendapatan.
Kenapa cik azue katakan sedemikian? Ini adalah kerana, di dalam kumpulan ini, para suri diberi latihan berdasarkan minat yang sedia ada dalam diri masing-masing. Di permulaan, para suri akan diajar untuk mengenalpasti tentang kemahiran atau minat diri kita sendiri. Selepas kita sudah kenal, maka kita bolehlah mula bergerak untuk mengumpul bahan-bahan yang kita suka dan minat menjadi satu olahan penulisan yang mana mungkin boleh menarik dan menjana kewangan. Di sini, para suri yang tidak biasa dengan medium teknologi internet akan mula berkenalan dengan gadjet serta blog dan fanpage. Mungkin pada mulanya para suri merasa agak janggal, namun dengan latihan 44 entri penulisan, cik azue yakin, para suri boleh mengatasi keadaan itu. Kenapa 44, mengikut yang cik azue ketahui daripada pesanan mak dan ayah, kalau hendak menjadikan suatu itu satu kelaziman, kita mesti memaksa diri berbuat sesuatu itu selama 40 hari atau 44 hari berturut-turut. Dan hal yang sama juga disyaratkan bagi para suri setelah memiliki sebuah blog atau fanpage atau kedua-duanya sekali.
Nah, bermula dari sini, para suri kemudiannya akan dibimbing untuk menjana kewangan tersendiri.
Pokok pangkal nya, usaha. Kalau sudi nak lihat contoh, mari kita berkenalan dengan pelatih di ABDR ini

Nama: Farhana Abdullah

Beliau telah pun dapat menjana kewangan dengan penjualan Nota Panduan Menjahit
Siapa sangka ya nota sebegini ada nilai nya jika beliau tidak bersama-sama dengan ADBR mengasah bakat menulis beliau. tahniah diucapkan.

Jadi kepada yang bertanya jika anda ingin merasai apa yang kami lalui, jom bersama-sama kami dalam kumpulan ini. Mana tahu anda boleh lebih maju kehadapan.

Jika anda berminat ingin sertai kami, mari bersama kami, PM atau email atau watsap cik azue ya untuk keterangan lanjut.

lain masa cik azue menulis lagi tentang apa yang ada dalam kumpulan sokongan ini. Semoga anda bersabar menanti ulasan cik azue yang seterusnya ya.


wasalam


*****************************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue

Nak tahu lebih lanjut tentang Akademi Bekerja Dari rumah, 
email: kuazue@gmail.com
watsap: 013-2700020

Tuesday, March 4, 2014

AKU MAHU JADI BOS !!!

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 

Dari petang semalam, bumi RAWANG yang lebih dikenali sebagai kawasan tadahan hujan bagi negeri selangor ini di hujani dengan hujan yang agak lebat. Ketika entri ini di taip pun hujan masih lagi turun dengan lebatnya. Alhamdulillah, semoga bekalan air di negeri selangor kembali ke asal. Tempat anda semua bagaimana pula? Hujan? Walau apa pun cuaca nya, bersyukurlah kita kepada Ilahi.
Dan kerana hujan ini juga teringat cik azue maksud ayat Al-Quran yang lebih kurang begini: .."setiap air hujan yang kami turunkan telah kami tentukan sukatannya bagi sekalian makhluk.."
Dan air hujan yang menjadi rezeki kita pada pagi ini sudah pasti sudah tersedia akan sukatannya. Dan berapa lama masa yang diambil untuk hujan ini turun pun tentu sudah telah disukat sebaiknya. Nikmat mana lagi yang harus kita sangkalkan ha kawan-kawan?


Berbalik kepada Tajuk entri di atas. Semua orang dari kita mesti pernah bercita-cita mahu menjadi BOS kan dalam kehidupan ini. Percaya atau tidak, kita adalah BOS dalam kehidupan kita sendiri.
Bos dalam keluarga (bagi sibapa dan siibu) juga Bos bagi perniagaan persendirian bagi yang menjalankan perniagaan.

Apa itu BOS? Bos adalah gelaran tidak formal kepada pemimpin atau ketua bagi sesuatu organisasi yang mana dia bertanggung jawab mengeluarkan sebarang keputusan bagi sesuatu perkara.
Dan kenapa kita semua mahu jadi bos? Mengikut kajian, perasaan mahu menjadi bos ini telah wujud dalam diri seseorang individu itu sedari kecil lagi. Hal ini kerana kita suka menjadi dominan dikalangan orang lain.
Dan semua orang sebenarnya berpeluang untuk menjadi BOS apabila dia pandai menggabungkan konsep pengurus dan pemimpin dan dua konsep ini jika berjaya diterapkan akan menjadikan kita seseorang BOS yang berjaya, walau pun bukan pada syarikat namun untuk diri sendiri dan keluarga umumnya.

Apakah Peranan seorang BOS? Bos bertanggungjawab menentukan kejayaan jatuh bangun sesebuah organisasi. Bos juga bertanggungjawab untuk menjaga setiap pekerja dibawah seliaannya bagi memastikan hasil produktiviti yang maksimum. Oleh itu , bos haruslah 

1) tidak bersifat pilih bulu
2) Berupaya menjadi pendengar yang baik kepada pekerja
3) Ramah, mesra dan mudah didekati
4) sopan dan beradab
5) Boleh dipercayai
6) menghormati hak-hak pekerja
7) konsisten dalam membuat keputusan
8) menggalakkan luahan perasaan dan pandangan pekerja
9) Menyandarkan keputusan dengan alasan yang betul
10) bersedia membatalkan keputusan yang terbukti tidak akan berjaya

Manakala peranan khusus seorang bos pula adalah
1) mewujudkan suasana kerja yang baik bagi mencapai kejayaan organisasi dan ahli
2) memberi hala tuju yang jelas kepada pekerja bawahan
3) Memberi bimbinga yang secukupnya
4) Memberi kebebasan kepada pekerja bawahan dengan sedikit pengawasan
5) menghormati pekerja bawahan dan mewujudkan suasana hormat-menghormati

Dan untuk menjadi Bos yang hebat
1) jadilah bos yang dihormati
2) pelah\jari dari orang yang berjaya
3) tingkatkan kemahiran, pengetahuan dan pengalaman
4) punyai kemahiran perhubungan yang baik
5) selalu memkirkan kepentingan bersama
6) memberikan ganjaran kepada yang terbaik
7) bersikap terbuka kepada idea baru dan bernas
8) berkongsi

Mmm panjang sudah kesimpulan Bos yang ditaip. Kenapa cik azue bercerita tentang bos? Ya, sedikit masa lagi, cik azue adalah BOS kecil dalam keluarga ini dan anak-anak adalah orang-orang dibawah seliaan bos kecil ini. Bagi menghasilkan suatu kerukunan, cik azue kena belajar bagaimana menjadi BOS yang baik bagi dua anak kecil ini. Ibu adalah BOS dalam setiap perkara dalam rumah tangga.
Kenapa cik azue guna istilah BOS? Ya, kerana cik azue melangkah ke arah WAHM, cik azue haruslah semat semangat BOS bagi menjayakan misi WAHM ini.

Lain kali cik azue berkongsi lagi. Nampaknya hujan telah pun berhenti. Cik azue harus kena gerak ke pejabat.
Kalau anda mahu terus belajar menjadi BOS, boleh lah memiliki buku ini.

Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat buat anda. Lain kali cik azue kongsi lagi.
Salam kasih sayang.

Wasalam

****************************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue

Monday, March 3, 2014

Cik azue dan isu Berhenti kerja

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Carian Google
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Hari ini 4/3/2014, hurmmm, cik azue harus lagi menapak ke opis itu. Terasa sangat malas, malas melihat muka-muka manusia yang takut untuk menerima hakikat dan takut untuk membuat suatu keputusan.
Tiada kata noktah diterima, oleh sebab itu cik azue harus menamatkan situasi ini dengan cara yang terbaik dan sebaik-baiknya.
Memang akan ada hati yang terluka, terguris, tetapi nak buat macam mana lagi apabila mereka mengajak juga cik azue untuk berbicara.

'Apakah susah sangat mereka nak paham yang cik azue menulis surat itu bagi menyatakan bahawa cik azue akan berhenti, bukan nya meminta mereka menyemak GAJI?

Musyikil cik azue ... cik azue pun tidak tahu apa yang mereka hendak. Cuma cik azue harap, cik azue boleh pergi dengan cepatnya dari situasi ini.

Dan kerana situasi itu, cik azue menjadi semakin sakit hati. Hendak habiskan cuti berbaki pun tidak boleh atau nak habiskan bekerja sepanjang tempoh notis ini pun tidak boleh. Mengikut kata pihak sumber manusia, mereka tidak boleh berbuat apa sebab tiada arahan daripada pihak atasan kecuali "BEKU'kan permohonan cik azue.


Dah sudah, diaorang ini kenapa? Karang cik azue amik cuti, dituduh sengaja lari, buruk rekod. Kalau bekerja hingga tamat notis, belum tentu cuti itu akan dibayar, tension lah !!!...


Ikutkan hati, ramai lah nanti yang kena seperti ini,

namun cik azue membawa ikon MUSLIMAH, cik azue harus belajar sabar dan berdoa. Berusaha dengan berjumpa tuan punya syarikat, dan jawapan yang dia beri adalah, 

"Saya kasi awak amik cuti berapa lama mahu cuti, 2 bulan, 3 bulan, ambil cuti dan kemudian masuk balik.."


huaarrrgghhhhh... tak paham ka? cik azue nak berenti lah..bukan nak bercuti atau minta semak gaji ..!!!


Baik, apa pandangan kawan-kawan? Bagaimana harus cik azue selesaikan perkara ini dengan sebaiknya dan secepatnya. Lagi lama disitu, lagi takut cik azue buat perkara sia-sia. Dan sekarang ini pun, setiap hari cik azue masuk kerja sengaja lewat 30 minit dari waktu yang sepatutnya sebagai tanda protes.


Tolonglah beri nasihat bernas sebelum cik azue lari macam itu sahaja dari syarikat tersebut.

Wasalam.


**************************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue

Sunday, March 2, 2014

Sulaman Tanda Nama Perseorangan

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 



Salam kasih sayang buat semua. Banyakkan minum air kosong didalam keadaan cuaca yang kering dan berdebu ini. Ujian atau balasan, marilah sama-sama kita muhasabah diri. 
Betullah kata orang-orang terdahulu, jika pagi itu sangat sejuk, maka nya seluruh siang dan awal malam nya akan menjadi tersangat panas.
Begitu juga yang kita alami suatu waktu terdahulu, suhu melampau sejuk dan sekarang kita alami musim panas yang agak panjang.
Allah, moga ada rahmat atas semua ini dan jadikan kami dikalangan hamba mu yang mensyukuri akan nikmat yang telah engkau kurniakan.


Baiklah, berbalik kepada tempahan nametag, disebalik kesibukkan menyelesaikan tempahan nametag sekolah yang masih berkunjung tiba mengharapkan sentuhan kami, terima kasih, cik azue selitkan satu dua order dari perseorangan.
Kali ini dari puan Izzati. terima kasih atas kesudian anda berurusan dengan pihak kami.


Sambil-sambil tadah air simpanan, sambil-sambil sulam nametag. dan terima kasih juga buat chenta hati kerana sanggup membantu menyulam sama.

Buat pelanggan yang dihormati, terima kasih kerana berurusan dengan kami. Semoga anda berpuas hati. 
Butiran tempahan adalah seperti berikut:
1) 4 keping sulam nama JAWI (sila rujuk disini untuk tempahan)
2) 4 keping sulam nama RUMI (sila rujuk disini untuk tempahan)
3) 6 keping sulam TAG NAMA (sila rujuk disini untuk tempahan)

dan kesemua tempahan ini menggunakan kain berwarna kuning beserta tulisan/border berwarna hijau.

Hingga itu, cik azue nak sambung jahit langsir dapur rumah sendiri, nanti chenta hati marah sudah lama sangat terperap walau sudah dipotong. Anda yang berminat inginkan perkhidmatan cik azue dan chenta hati, jangan segan silu. Sila PM di FB atau email cik azue ya di kuazue@gmail.com atau 
whatsapp sahaja di 013-2700020 

Wasalam


************************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue