Followers

Friday, February 28, 2014

Cinderella - Imej Sulaman Mesin

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI
 
 
Sudah lama cik azue tidak buat entry tentang sulaman mesin kan. Hari ini cik azue nak kongsi satu hasil sulaman mesin. Imej diambil dari koleksi google dan diguna pakai sebagai imej sulaman.
Namun cik azue masih tidak puas hati dengan hasil akhirnya, tambahan di bahagian perincian muka.
Hurm, apakah yang harus cik azue lakukan lagi? Mungkin cik azue kena lebih banyak belajar lepas ini bagaimana hendak membuat perincian muka bagi sesuatu imej sulaman.
Apa pun, bagi tidak menghampakan anda, saksikan lah dan sudi-sudikanlah beri tunjuk ajar ya wahai sifu-sifu sulaman imej.
 
Komen anda amatlah cik azue hargai.
 
Hingga itu, selamat berhujung minggu. Sesiapa yang terlibat dengan proses catuan air bermula ahad ini, sila pastikan anda telah pun menadah atau menakung sejumlah air bagi kegunaan diri dan keluarga. Nanti-nanti cik azue sambung lagi dengan projek jahitan tampal cantum dan seni sulaman tampal hias ya.
 
 
 
Wasalam
 
*********************************************
Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue

Koleksi Hidangan Bento Sepanjang Minggu # 2

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 



Salam Penghulu Hari buat para pengunjung setia blog cik azue. Bersambung balik kita dengan idea Bento sepanjang minggu. Bagi cik azue, koleksi bento hanya merangkumi 4 hari bekerja sahaja, bermula dari hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.
Hari Jumaat, chenta hati tidak mahu berbekal kerana katanya tidak sempat hendak menjamu selera kerana berkejaran pulang ambil jejaka berdua solat jumaat dan hantar ke sekolah kebangsaan lantas ke tempat kerja semula. 
Dan oleh sebab itu, koleksi cik azue hanya akan meliputi 4 hari sahaja.
Jadi bagi anda yang mencari-cari idea bahan-bahan bagi bento minggu hadapan, bolehlah guna pakai idea dari sini jika ia memberi manfaat buat anda para pembaca sekalian.

Mari kita lihat apa yang cik azue sediakan sepanjang minggu ini buat sang chenta hati


Menu Hari Isnin


Menu Hari Selasa

Menu hari Rabu

Menu Hari Khamis


Semoga lain minggu dapat cik azue berkongsi idea lagi koleksi bento sepanjang minggu. Setahun ada 52 minggu, apakah mampu cik azue menyediakan bento sepanjang minggu bekerja? Semoga kita semua diberi kesempatan dan kelapangan untuk terus berbakti.
Oleh itu, jom kongsi idea bersama. Sila komen ya. Terima Kasih


Wasalam


#notakakitangancik azue# blog bertukar wajah lagi.. 

*****************************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue

Wednesday, February 26, 2014

Rabu, 26 Februari 2014

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 


Apa khabar anda semua? sihat? cik azue sihat sahaja disini ditemani rutin kehidupan yang membuatkan kita seringkali berkejaran tidak kira tempat, masa dan dalam apa juga keadaan.

Baik, berbalik kepada situasi berkejaran tadi, saksikanlah hasil aktiviti kejar-mengejar cik azue dengan masa bermula malam tadi.

 Tempahan Nametag # KSN00046
Butir tempahan di sini: Keraih lengan Kuazue dan di Panduan Sulam Nametag
Terima kasih pada puan penempah. Nanti tempah lagi yer. Penghantaran / ambil boleh dilakukan hari ini.

Aktiviti pagi hari pula


Macam biasa, Bento buat chenta hati, tidak boleh berpisah nasi dan sambal belacan, buat makluman pada yang bertanya kenapa mesti ada sambal belacan.
menu hari ini adalah, Nasi Putih, sambal belacan dan kari daging kerisik. Resepi, tidak perlu barangkali, ini sudah pun menjadi resepi biasa-biasa sahaja.
Oh ya, nanti dikelapangan, cik azue masukkan koleksi gambar bento dari minggu ke minggu, semoga memberi idea buat anda juga diri cik azue yang selalu kepupusan idea nak masak apa.


Disebabkan kari daging kerisik, cik azue terus  buatkan roti canai segera tampal telur buat sarapan jejaka bertiga dirumah ini. "Allah huRabbi, dibahagian manakah hendak aku menidakkan akan kehebatan dan keagunganmu yang telah mengurniakan kami rezeki sedemikian ini.."

Oklah, cik azue nak gerak ke pejabat, hari-hari terakhir memegang jawatan disitu, namun, seperti dijangkakan, keputusan cik azue melepaskan jawatan sedia ada itu rupa-rupanya bukan sahaja memberi impak yang besar pada diri cik azue, malah juga kepada pihak pengurusan atasan. Namun, cik azue ada alasan yang tersendiri, walau seribu kali penyesalan yang diutarakan. Hidup perlu diteruskan. Perjuangan tidak akan pernah berakhir dalam konteks kehidupan cik azue. Berhenti di sana adalah demi memulakan satu PERMULAAN yang baharu yang man pasti lebih hebat cabaran  yang sedia menanti.

Allah, moga kawan-kawan, anda memberi sokongan di saat keyakinan berada di tahap genting suatu hari nanti yang kita tidak tahu entahkan jadi, entahkan tidak.

Dan cik azue yakin, selagi nawaitu yang ditanam adalah kerana ALLAH, Allah tidak akan sama sekali melupakan diri kita, cuma kitalah yang sering melalaikan diri sendiri.

esok cik azue cerita lagi. Hari ini juga ada suatu perkara yang harus diperdebatkan dengan pihak pengurusan atasan. Bukan mencari kesalahan, tapi mencari di mana salah diri sendir sehingga mereka tidak nampak siapa diri ini sehinggalah surat perletakkan itu diletakkan di hadapan mereka.
Kata eksekutif Pengurusan sumber Manusia, kes cik azue dah jadi kes berprofil tinggi di tempat kerja dan mereka tidak dibenarkan sama sekali untuk turut campur tangan.
Dan kerana itu, nampak nya, cuti berbaki itu tidak lah dapat cik azue ambil ... huhuhuh..


Wasalam

********************************************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue

Tuesday, February 25, 2014

Sibuk dan disibukkan

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Carian Google

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 

Maaf pada yang sering berkunjung.
Tika dan saat ini, cik azue tersangat lah sibuk. Sibuk dengan aktiviti peralihan di pejabat dan dirumah, ditambah pula dengan keadaan kepala yang diserang migrain tahap sederhana.
Arghh.. perjuangan ini akan kuteruskan, walau pun terpaksa mengengsot dipermulaan nya, namun kelak pasti disuatu hari nanti cik azue kan pasti berlari. 

Sempena tahun KUDA, bagi yang mempercayainya, marilah kita menunggang kuda secara laju dan berhati-hati agar kita tidak tercampak ke hadapan atau ke bawah pabila sang kuda membuat kejutan henti ("mergency break").

Sumber: www.dreamstime.come

Akhir kalam, doakan cik azue diberi kelapangan masa untuk kembali menulis dan berkongsi kisah suka duka dalam mencapai misi yang satu ini.

Wasalam

********************************************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue

Friday, February 21, 2014

Bunga dalam hidup Kita

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Carian Google
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 


credit to: Minnesota Wildflower

Salam Kasih sayang buat semua dan semoga anda semua dalam kasih sayang Ilahi dan sejahtera selalu.

Cantikkan bunga itu? Putih warnanya dan sangat mendamaikan jiwa yang memandang. Subhanallah... dan terima kasih juga kepada jurufoto yang telah berjaya merakamkan sesuatu ciptaan Ilahi dengan begitu baik.

Hari ini cik azue nak menulis tentang Diri dan perkaitan nya dengan Bunga. Ada juga perkaitan diri yang dikaitkan dengan lain-lain benda. Namun dalam konteks sains psikologi yang dibelajar dulu (Subjek pemikiran kritis - 2 kredit markah), perkaitan ini digambarkan dengan Teori Bunga Empat Kelopak.

Pernah dengar teori ini? Belum pernah atau sudah selalu dengar, cik azue kongsikan juga sebagai ulangkaji diri cik azue sendiri dan semoga ianya memberi manfaat buat anda para pembaca.
Secara dasarnya, untuk kita mengenali diri kita sendiri, terdapat empat pembahagian atau pemecahan, iaitu

1) Kelopak 1 = Saya tahu dan anda juga tahu

Dalam konsep ini, apa sahaja yang berkaitan dengan sikap, perasaan, keinginan dan lain-lain, semuanya diketahui oleh orang lain. Kesediaan kita untuk berkongsi perkara-perkara asas tentang diri kita menunjukkan sikap kita yang bersedia menerima individu lain dalam hidup kita.Semakin banyak yang kenalan kita tahu tentang kita, semakin senang atau mudah kita akan didekati.

2) Kelopak 2 = Saya tahu dan and tidak tahu
Kelopak ini menggambarkan sikap atau sifat yang kita rahsiakan dari pengetahuan awam atas sebab-sebab yang tertentu.

3) Kelopak 3 = Anda tahu tetapi saya tidak tahu
Kelopak ini melambangkan bahawa sesetengah perkara atau sifat yang tidak kita sedari tetapi diketahui oleh orang awam. Kita mungkin tidak akan pernah menyangka bahawa kita memiliki sesuatu sikap yang baik atau buruk, namun hanya orang lain yang dapat melihat sikap tersebut. Oleh itu hanya orang yang tahu tetapi kita tidak dapat tahu tanpa diberitahu

4) Saya dan anda, dua-dua tidak tahu
Kelopak ini menyatakan kadang-kadang sesuatu perkara hanya dapat diketahui melalui sesuatu ujian atau saringan. Tanpa ujian atau saringan, kita atau sesiapa sahaja tidak akan dapat menilai atau mengetahui sifat dan sikap yang tersembunyi di dalam diri seseorang individu.

Persoalannya, Kenapa kita perlu kenali diri kita sendiri?
Ya, apabila kita mengetahui dan mengenali diri kita sendiri, kita tahu baik buruk sikap dan sifat yang kita warisi, dimana ini memberikan pengaruh yang cukup besar dalam membantu kejayaan diri sendiri, samada dalam kehidupan seharian mahupun kerjaya yang dimiliki.

Mengikut penulisan buku "Superwoman" oleh puan Mardiana Ishak, mengikut kajian, mana-mana orang yang berjaya kebanyakkannya tahu dan kenali diri sendiri. Mereka tahu siapa mereka, kekuatan dan kelemahan serta apa yang mereka inginkan. Kesan daripada mengenali diri sendiri dengan begitu baik, kita dapat merangka hala tuju kehidupan kita ke arah yang lebih baik.

Jika itu keperluan untuk mencapai suatu kejayaan, kita perlu dan boleh mengenali diri kita samada melalui Konsep bunga 4 kelopak di atas atau melalui beberapa cara seperti berikut:

1) Mendengar apa yang orang kata tentang diri kita - harus bersikap terbuka atas apa sahaja yang diperkatakan supaya kita boleh mengenali lantas memperbaiki diri kita

2) Mencari maklumat tambahan mengenai diri kita sendiri dengan sahaja bertanya kepada orang lain dengan meminta pandangan mereka mengenai apa tindakan yang kita lakukan. Namun disini, kita mesti tidak cepat melenting jika sesuatu komen diberi adalah bersifat negatif.

3) Berlatih melihat diri kita seperti mana orang lain lihat kita. Kita boleh bertanya atau berimaginasi menjadi orang lain dan melihat diri sendiri.

4) Mendedahkan lebih banyak maklumat yang bersesuaian tentang diri kita dari sudut pandangan diri kita sendiri. Cara ini mungkin secara tidak langsung boleh mencerna seberapa maklumat yang dahulunya kita pun mungkin tidak sedari memilikinya.

Nah, ini adalah intipati kejayaan bagi individu yang berjaya dalam kehidupan samada kehidupan berkeluarga mahu pun karier.

Dengan mengambil contoh kisah cik azue, untuk suatu kejayaan, cik azue kena belajar semula mengenali diri cik azue, apa kemahuan cik azue dan hala tuju pilihan cik azue.

Nampaknya, perkongsian kali ini menjadi agak panjang lebar. Sebenarnya, cik azue berkongsi tentang cara cik azue menghadapi permasalahan ini disamping sebenarnya cik azue mengumpul motivasi atas suatu pilihan yang telah dibuat.

Terima kasih atas pandangan anda semua dan terima kasih juga atas sokongan anda.
Nampaknya, cik azue lepas ini kena mula menjahit. Dah lama cik azue membiarkan mesin-mesin selain mesin sulam duduk menanti.
Nanti cik azue sambung semula kisah perjalanan cik azue ke arah WAHM.
Akhir kalam, selamat berhujung minggu dan senyum-senyum selalu.

Wasalam.



**********************************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazuek

Wednesday, February 19, 2014

Cik Azue BUNTU dan diBUNTUKAN

Teks: KUAZUE MOHD
 Foto: Koleksi Peribadi
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 



Hari ini mengikut notis perletakan jawatan cik azue, tinggal berbaki 8 hari lagi setelah dicampur tolak baki cuti tahunan. Hari ini juga, pihak pengurusan telah melibatkan campurtangan tuan punya kilang dalam misi menggagalkan rangcangan cik azue untuk meninggalkan kerjaya sekarang.
Buntu. Sesungguhnya cik azue buntu. Buntu dengan situasi. 

Menyerah salah, berserah juga terasa salahnya. 

Bagi para ibu yang telah berjaya melepasi halangan ini, tahniah dan sila beri tunjuk ajar. 
Untuk makluman, tawaran diberi sangat berbaloi, bukan dikira dari segi kewangan semata. Jika cik azue buta dan dibutakan, tawaran itu harus tidak mungkin ditolak, jika itu kejarannya makna suatu karier.
Tapi cik azue tahu, bukan itu semata yang cik azue kejar sekarang ini. Jika itu percaturannya, kenapa sanggup sampai sekarang cik azue masih menapak, bertapak di tempat yang sama.

Buntu!!!! Dan cik azue harus kembali kepada cik azue yang asal. Nawaitu yang satu, Berubah untuk mengubah!

Ya, bila diimbas tadi, sekembalinya cik azue ke pejabat dari perbincangan dengan pihak pengurusan syarikat tertinggi, cik azue terus rasa diri ini buntu. Hampir tidak kenal siapa azue yang dulu dan siapa azue yang sekarang.
Hampir juga misi cuci otak yang mereka katakan itu berjaya dan jika misi mereka berjaya, maka bergelak ketawalah pada yang tidak menyokong usaha murni cik azue untuk kembali fitrah sebagai IBU yang mengasuh serta berkerjaya dari rumah.

Sejujurnya, jika melihat prospek kerjaya, sangat sedih melepaskan jawatan itu. Impian yang dicitakan sedari dulu. Namun impian itu terlambat hadir dalam konteks pekerjaan sekarang. Alhamdulillah, pasti ada hikmah nya.

Berbalik kepada misi cik azue mencari azue yang dulu, yang penuh yakin, harus berubah untuk mengubah. Di sini, cik azue kongsikan salinan email yang cik azue hantarkan pada seorang rakan kerja yang bertanya kenapa cik azue mengambil keputusan berhenti kerja sedangkan cik azue sedang memasuki fasa kemuncak karier sebagai seorang jurutera kawalan mutu.


Disini cik azue salin semula buat tatapan anda serta moga ianya menguatkan semangat cik azue sendiri.

"In syaa allah kak… no turning back. 
Istikharah saya lebih 6 bulan dan sekarang hati saya rasa amat tenang dengan keputusan ini..
Masa 6 bulan dulu… saya 50 – 50… takut komitment yg sedia ada tak terlangsai.. yer la tiap bulan makan gaji… tetiba nak berenti.. mana nak cekau duit…
Hari2 saya piker… sebenar nya saya amik masa 3 tahun +++ piker nak kerja or nak berenti cari kerja lain… so sabar and sabar n tahan n tahan n hadap segala janji manis bagai dgn senyum n pasrah… n 6 bulan lepas saya terpikir sampai bila saya harus ada dlm situasi ini…
Bawa bincang dengan my hubby dah 3 tahun ++ dah tentang saya nak resign n nak kerja sendiri…
Dulu dia mcm tak yakin.. saya kumpul asset.. kalau tak berenti wat part time.. masa nak mula gerak… hubby pun mcm tak sure.. tak bagi memula.. tapi saya pujuk… kata nie ja la guna duit utk tunjuk hasil kerja saya n saya keluarkan seketul mesin tu + aksesori nya yg hamper cost me abaout 15K seriously…
Dah almost 2 tahun saya kerja secara part timer nie menyulam n menjahit… Alhamdulillah… 
Berbalik soal berenti nie.. at 1st saya marah dgn situasi ######(NAMA COMPANY).. janji2 manis n segala nya.. probation n mcm2 lagi.. saya bertenang n saya list kan sebab utama saya nak berenti kerja nie..
Lepas saya list n pikir2 saya buat solat hajat n solat istikharah sampai hati saya nie dapat petunjuk dgn diberi ketenangan dlm setiap pilihan yang dibuat..

So pilihan yg saya buat adalah untuk jadi working at home mom (WAHM) dan melepaskan jawatan sekarang  (walau pun saya dapat offer almost X K salary dari supplier n competitor #####(NAMA COMPANY) tanpa perlu pergi interview dan bila masa nak mula kerja boleh give them a call, they are willing to open the door for me..)
demi memastikan dua waris  bakal DA’I tu berjaya dunia dan akhirat…
susah sekarang ni nak cari pengasuh yang penuhi KPI yang diingini even nak capai 50% pun susah…

So the best is .. saya jaga sendiri la.. cukup2 lah saya terlepas peluang untuk 7 tahun pertama awal kehidupan mereka kerana mengejar konon nya sedikit kesenangan.. ends up.. saya lost juga something yg lebih valuable.. most precious moment in life.

Semoga saya diberi kesempatan untuk fasa kedua dan seterus nya dalam kehidupan mereka..

Mungkin saya akan kembali bekerja pada ketika itu jika saya jumpa pengasuh yang memenuhi 35% dari keseluruhan KPI… tapi kita hanya merancang… selebih nya.. ALLAH sebaik2 perancang dalam kehidupan saya..

Kalau di Tanya tak takut ker kalau jadi apa2 nanti… tak sayang ker dengan kerja sekarang dan dengan kerja yang orang offer….dengan tangga gaji sebanyak itu…seriously ada juga perasaan tu.. tapi bila saya meletakkan seluruh pergantungan hidup saya pada ALALH.. takut itu saya rasa boleh overcome… ALLAH kan ada… saya yang kena berusaha.. rezeki itu luas… so saya perlu menjemput rezeki itu dengan cara pendekatan yang lebih berbeza..

Kak ini bukan piker sehari dua untuk satu keputusan… ini fikiran 3 ++tahun yang lepas lagi… bukan atas sebab seseorang dalam #####(NAMA COMPANY) or atas sebab emosi dan sebagai nya.. ini atas keputusan atas maksud kepuasan diri… mencapai dan mencari KPI diri sendiri…

In syaa Allah… jika Allah dah tentukan perancangan ni yg terbaik Insyaa Allah.. ada jalan nya.. if tidak…Hanya Allah lah sebaik2 perancang…

Ohh dah panjang berjela pula… sorry ya kak nora… kikiki… saya masih beristikharah kak.. semoga saya istiqamah kak… semalam dah kantoi… demam tidor n tak sedaq sampai pagi dah.. kah kah kah…
“Mencuba yang baik untuk menjadi yang terbaik” .. moto lagi.. kikikiki… ampun…"

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Moga email ini buat cik azue tidak lupa tujuan asal cik azue mengundur diri. 
Moga cik azue tidak dibutakan dengan tawaran dunia yang belum pasti akhirannya.

In shaa Allah, semoga Allah membuka jalan penyelesaian dan sebaik-baik tempat mengadu adalah kepada NYA. dan jika ada kesempatan akan cik azue nukilkan semoga ianya dapat memberi panduan buat sesiapa yang berhajat.
Semoga jalan yang dipilih ini adalah sebaik-baik jalan dan semoga anda semua dapat memberi sokongan buat diri yang serba kekurangan. 
Besarlah harapan agar kesatuan WAHM/ SOHO yang cik azue didorongkan untuk bersama-sama melibatkan diri ini dapat saling memberi bantuan moral disaat diri ini berada dalam fasa transisi kehidupan yang sangat melelah dan menikam jiwa.

Akhir kalam, semooga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada yang memerlukan.

Nanti cik azue kongsikan lagi kisah perjalanan WAHM cik azue ya.

Hingga itu, WASALAM.

****************************************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue

Biarkan Aku Berbicara

Teks: KUAZUE MOHD
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 


Jangan dipersoalkan ketetapan itu. 
Hiduplah dalam satu kehidupan nyata. 
Jangan asik berbuai mimpi, sendakala hikayat sang penglipur lara. 
Hiduplah dengan berpijak jangan sampai dipijak.
Jangan jadi Lalang, jangan jadi Petualang.
Kau, Aku, dia.. sama.. tidak berbeza jika tidak membeza
hari ini kan pasti menjadi sejarah walau tanpa dijarah
siapa sudi, siapa peduli,
Berkesan, terkesan atau dikesan
Lalu semilir bertiup berlagu sayu
Membawa pesan gurindam rindu
lalu aku berlalu moga kau beradu
Dalam dakapan rindu...



Wasalam

************************************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue

Tuesday, February 18, 2014

Asam Pedas Memang Untuk Dia..

Teks: KUAZUE MOHD
 Foto: Koleksi Peribadi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 


Masih ingatkah dikau akan entri cik azue yang INI ??? Tika dan saat itu, Asam pedas itu, asam pedas dia.. tapi kali ini, betul-betul ASAM PEDAS milik diriku jua. "Jeng!..Jeng!..Jeng!...TADA!"


Ya, sila fokus kepada bekas oren itu ya. Ini Asam pedas diberi nama, 
ASAM PEDAS LADA HITAM IKAN SIAKAP. sumber resepi : Chef Hanaliza ..maaf jika salah ejaannya.
Bento diatas milik chenta hari. Anda mahukan resepinya? Baik cik azue tuliskan disini ya.

ASAM PEDAS LADA HITAM
Sumber: Chef Hanaliza (nanti cik azue masukkan buku resepinya)
Olahan: Kuazue Mohd (secukup rasa mengikut bahan yang ada dirumah)

Ikan (pilihan hati) dibasuh bersih dan ditos.
Lada hitam, bawang besar, bawang putih, bawang merah, halia, dikisar halus.
Serai diketuk-ketuk.
Masukkan dan panaskan minyak. Tumis bahan kisar bersama serai sehingga wangi.
Masukkan air atau air asam jawa. (Cik azue guna asam keping jer)
Biarkan mendidih. Masukkan ikan, biarkan mendidih, masukkan garam dan gula secukup rasa dan akhir sekali masukkan tomato (cik azue letak tomato ceri) dan hirisan daun bawang 
(tidak dimasukkan, tiada stok).
Siap.

Senangkan. Masuk dan rebuskan sahaja.
tempoh penyediaan: 30minit sahaja.

Oklah, selamat menjamu mata dan selamat mencuba. Sedap kata chenta.

Wasalam




*************************************************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue

Sorotan Makna; Sebuah Blog, Suatu Kehidupan...

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 


Hari ini mari kita berkenalan dengan seorang penulis blog; Sorotan Makna


Blog ini ditulis oleh puan Nur Syahidah Wan Mahassan. Siapa kah puan ini ya dan kenapa cik azue suka baca tulisan beliau. Melihat pada gambar blog ini, seperti biasa-biasa sahaja blog ini, namun bila dibaca akan isi kandungan blog ini, terasa satu demi satu pelajaran yang cuba disampaikan masuk menerobos ke minda cik azue. Bersesuaian dengan status seorang guru, penulisan dakwah santainya berjaya membuka mata seorang yang bernama cik azue.

Meloroti tulisan beliau dalam entri bertajuk: Pemimpin yang terpimpin, seorang yang bergelar pemimpin itu, 

"Andai seorang pemimpin tidak boleh dipimpin, dia bukanlah pemimpin yang baik." Sengaja saya memberikan pendapat sebegini. Tiada salahnya apabila seorang pemimpin itu mendengar pula apa-apa pandangan bersesuaian daripada orang bawahan. Selama ini boleh jadi tanpa disedari, orang yang di bawah ini mempunyai idea dan ilmu yang lebih baik.

Bagi menyelesaikan permasalahan bersama, sangat penting adanya semangat saling menasihati supaya seorang pemimpin itu tidak syok sendiri. Nama pun amanah, tidak boleh dipandang lekeh. Semua orang ada kelebihan dan kekurangan. Ada yang pandai berbicara tetapi gerak kerjanya sederhana. Ada pula yang gerak kerjanya cemerlang tetapi pengucapan awamnya masih perlu diperbaiki.  - petikan entri Pemimpin yang terpimpin.

Begitu juga dengan entri beliau Keadilan dan Kepedulian.
Atas sebab yang sama jugalah , cik azue nekad menjadikan diri untuk bergelar WAHM.

Jom kita sama-sama hayati dengan mata hati apa yang beliau cuba tulis dan cuba aplikasikan dalam kehidupan kita sehari.

Semoga Puan syahidah akan terus menulis dan semoga dengannya kita semua peroleh manfaat.


Salam sayang. 


Wasalam



*nota kaki tangan cik azue:
Baca, biarlah bertapis, Sudah baca, nilai-nilaikan baik buruknya. Yang baik jadikan ikutan, yang tidak berapa baik, jadikan ikhtibar*






***************************************************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue

Monday, February 17, 2014

Semalam yang ...

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI



16/02/2014, hari hujung minggu yang agak padat pada pemikiran cik azue. Tidak tahu kenapa, semua kerja yang dilakukan menjadi agak lambat perlakuannya. Adakah masa yang bergerak pantas atau cik azue yang sudah meniti usia, semua pekerjaan menjadi lambat.
Tinggalkan tentang perkara itu, barangkali pengurusan masa yang tidak cekap disitu. Dan semalam juga cik azue dan keluarga memenuhi undangan perkahwinan yang dilangsungkan di DEWAN CHEF HALIM, SELAYANG CAPITOL.
Kawasan ini dahulunya agak sibuk, tapi sekarang yang ada kebanyakkannya kedai-kedai tanpa penghuni. Barangkali semuanya telah berpindah kelokasi yang lebih canggih dan sering dikunjungi orang ramai.

Ok, mari lihat hasil tempahan tanda nama yang mana gambarnya masih ada dalam simpanan talipon bimbit ini.



Seperti biasa, untuk panduan tempahan nama RUMI, sila ke sini :

Tempahan Tanda Nama RUMI


dan untuk tempahan nama JAWI, sila ke sini:


Oklah, nampaknya cik azue pun dah lewat, cik azue gerak dulu ya.
Inshaa Allah, nanti cik azue sambung lagi ya.


Wasalam.


**********************************************************************
Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue

Saturday, February 15, 2014

Buat Sendiri: Penyiram Pokok

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Hari ini bersiaran agak lewat. Maaf, Cik azue agak sibuk dengan aktiviti waktu cuti. Sekarang semua orang sudah selesai santapan tengahari dan sudah selesai menunaikan solat zuhur, makanya sebelum cik azue memulakan aktiviti mengangkat dan melipat kain dari jemuran, cik azue berkarya sekejap di sini sambil berkongsi ilmu dan idea serba sedikit yang diilhamkan Ilahi. Si kecil (tak seberapa kecil sebenarnya) sedang elok berbaring dibawah putaran kipas syiling sambil menghadap televisyen saluran 637, slot kartun "Slugtera". Bercakap tentang kartun ini, ada permintaan daripada si kanak-kanak berdua dan rakan-rakannya untuk cik azue dan chenta hati menjadikan imej raksasa dalam kartun ini menjadi imej sulaman untuk disulam ke atas tuala mandian masing-masing. In shaa Allah wahai anak-anak, nanti Ibu dan Abah fikirkan dan usahakan.
Oh lupa nak bagi tahu, sepagi ini, chenta hati dan abang Hazim telah memproses kereta kancil kesayangan kami. Habis semua cerminnya chenta tanggalkan dan buang segala plastik tabir cahaya dan serta dicuci dengan peluntur gam. Agaknya chenta nak baiki sikit kereta antik kami itu. Selalunya cik azue pakai sahaja kereta itu diwaktu hari hujan ke pejabat. Mungkin disebab itu chenta baik pulih keadaan kereta itu. Terima kasih ya chenta. 

Sudah, panjang pula mukhadimah kali ini. Sebenarnya cik azue hendak berkongsi idea dengan rakan pembaca semua. Idea kitar semula barangan terbuang yang sentiasa ada dirumah kita.
Memandangkan hari-hari agak panas di RAWANG ketika ini, dua-dua jejaka kecil ini akan berebut menolong menyiram pokok menggunakan getah paip air. Akibat dari itu, habis tempat-tempat yang tidak patut basah pun akan basah dan becak serta membazir pula. Chenta ada belikan satu bekas penyiram lama dahulu. Kalau disuruh mereka guna benda ini pun akan menjadi masalah sebab yang ada hanyalah satu. 
Sebagai jalan penyelesaian, cik azue minta chenta potongkan bekas sabun ini yang telah pun cik azue basuh bersih menjadi penyiram pokok. Bezanya, dimuncung penyiram ini tiadalah lubang-lubang halus. Tetapi kalau anda nak buat pun boleh juga, cuma panaskan dawai dan cucuk ke atas tutup plastik itu. Kalau tebuk dengan paku, tutup itu akan pecah, mungkin cik azue tidak tahu caranya barangkali. Disebabkan itu, cik azue biarkan sahaja tanpa tutup dengan lubang-lubang halus itu.

Mari lihat gambar tutorial dibawah ini. Semoga ini dapat memberi manfaat.


Nampaknya sikecil haziq sudah mula membuat onar. Cik azue harus berhenti di sini. 

Hingga itu, 

Wasalam



 Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue

Friday, February 14, 2014

Koleksi Hidangan Bento Sepanjang Minggu # 1

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Hari ini cik azue hendak berkongsi dengan anda semua tentang menu hidangan tengahari buat chenta hati cik azue. Semoga anda semua dapat sedikit idea tentang menu pilihan yang boleh dimasak dalam tempoh 30 minit hingga 45 minit masa penyediaannya di kala waktu pagi yang kelam kabut dengan penyediaan menu sarapan dan sebagainya.

Hari Isnin


Hari Selasa


Hari Rabu




dan Hari Khamis


Masa agak mencemburui cik azue hari ini. Lain masa kita bertemu lagi. Jaga hati, perbaiki iman.


Wasalam



**************************************************************
Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue

Thursday, February 13, 2014

Cabang-cabang Kraf Seni Jahitan & Sulaman (Bahagian 1)

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Hari ini mari kita berkongsi maklumat tentang Kraft Seni Jahitan dan Sulaman lagi. Kalau semalam, cik azue menulis sebab-sebab kenapa cik azue memilih bidang ini sebagai hala tuju karier selepas bergelar WAHM, kali ini cik azue nak berkongsi tentang cabang-cabang yang ada didalam tajuk Kraf Seni Jahitan dan Sulaman.

Untuk makluman, bidang jahitan, samada jahitan mesin atau jahitan tangan, adalah sangat besar. Selain daripada menghasilkan pakaian, telekung mahupun pembuatan beg dan lain-lain, bidang jahitan ini boleh dikomersialkan dalam bentuk jahitan kreatif. Jahitan kreatif ini lah yang akan kita perhalusi satu persatu nanti, Inshaa Allah.

Kraf Seni Jahitan dan Sulaman boleh dikomersialkan dalam bentuk seperti berikut:
1) Seni Jahitan Tampal Cantum
2) Seni Pembuatan Kuilt
3) Seni Pembuatan Bantal Hiasan
4) Seni Sulaman Benang
5) Seni Sulaman Manik 
dan sebagainya dari semasa ke semasa akan cik azue kemas kini.

Didalam bahagian satu, cik azue hanya akan menjurus kepada Seni Jahitan Tampal Cantum dan Seni Pembuatan Kuilt. Maaf, buat masa sekarang ini, cik azue hanya guna pakai gambar-gambar yang dah rakan-rakan lihat selalu. Lain masa cik azue cuba cari lain-lain gambar dari album ya.

Ini contoh Kuilts yang ada dalam simpanan cik azue

Ini contoh Seni jahiitan tampal cantum
Apa itu Seni Pembuatan Kuilt dan apakah kesinambungan nya dengan seni Jahitan tampal Cantum, serta Seni Sulaman Applique?

Kuilt adalah selembar kain yang dihasilkan dengan melapik 3 lapisan kain bersama-sama, iaitu kain muka atas, kain tengah (yang mana kebiasaannya menggunakan samada kain 'fleece' atau selapisan polyester yang lebih dikenali sebagai 'batting') dan kain terakhir sebagai kain muka bawah. In shaa Allah nanti kita perincikan bila masa sampai masanya.

Seni Jahitan Tampal Cantum pula adalah seni cantuman kepingan-kepingan kain kecil sehingga membentuk satu helai kain yang besar. Untuk pengetahuan anda yang belum arif dengan seni jahitan ini, terdapat beribu-ribu corak cantuman kain yang boleh kita dapati dan ikuti di alam maya ini. Ini juga akan cik azue kongsikan dengan anda sebahagian corak-corak cantuman dan tampalan yang cik azue sedang usahakan.

Dan yang terakhir untuk bahagian satu adalah Seni Sulaman Applique

Mengikut istilah teknik jahitan, applique bermaksud, kepingan atau cebisan kain kecil dengan menggunakan teknik jahitan sulaman benang, ditampal pada kain dasar lalu membentuk suatu imej atau lakaran. Dan Seni Sulaman Applique juga adalah banyak yang mana akan cik azue tunjukkan dalam sesi tutorial cik azue nanti in shaa Allah agar anda semua lebih faham.
Dengan merujuk kepada gambar "ELMO" di atas, cebisan kain berwarna merah telah dijahit menggunakan teknik sulaman satin yang mana pada dasarnya menggunakan teknik sulaman selang seli atau 'zigzag'.
Pada anda yang kurang mahir, harap boleh menunggu sehingga cik azue dapat membuat tutorial asas sulaman applique sikit masa lagi.

Ok, apa kaitan antara 3 cabang seni jahitan ini dalam satu kraft seni jahitan dan sulaman? Ketiga - tiga cabang seni ini boleh didapati dalam satu selimut, kuilt, beg atau pun bantal hiasan.

Mengambil contoh gambar kuilt yang cik azue tunjukkan tadi. Di dalam kuilt ini ada teknik tampal cantum serta sulaman applique. Selalunya dalam pembuatan kuilt, kain muka selalunya akan digabungkan diantara seni jahitan tampal cantum dengan seni sulaman applique bagi membentuk satu lembar kain yang besar. Kadang-kadang, terdapat juga hanya samada sulaman applique atau jahitan tampal cantum sahaja dalam satu-satu kuilt. Formula itu bukan mesti namun selalunya akan digabungkan bagi menghasilkan satu seni yang lebih kreatif dan menarik minat bakal pembeli.

Ok lah, cik azue harus berhenti dahulu. Entri akan datang, inshaa Allah akan cik azue sambung lagi dengan lain-lain cabang seni pembuatan dari jahitan dan sulaman ini.

Hingga itu, jaga kesihatan anda ya.

Wasalam






*********************************************************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue

Wednesday, February 12, 2014

Pilihanku: Kraf Seni Jahitan & Sulaman serta Ulasan Kelas BLOG PENULISAN

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi 


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI…. 


Sebagaimana para pembaca sedia maklum, dahulu, blog cik azue ini bertajuk; "Ini Cerita Kami" . Dan latar belakang blog itu ada komputer riba, nota bergantungan serta buih-buih warna warni memenuhi ruang. Itu adalah gambaran pekerjaan dan kehidupan cik azue diketika itu. Untuk tambahan makluman, blog seperti dibawah adalah blog terakhir yang cik azue kemaskini susunaturnya dari tahun 2011 kalau tidak silap.

Tapi kenapa ya cik azue memberi nama blog itu dengan nama "Ini Cerita Kami" ya? Ya, kalau anda ingin tahu, pada asalnya cik azue menulis blog ini pada tahun 2009 dengan nama blog pada ketika itu adalah "The little craft cotage". Tujuan asal adalah kerana hendak pamerkan hasil kerja tangan setelah menduduki kelas atas talian bagi pelajaran Seni Sulaman Reben kelolaan Puan Suzana.

Cuma setelah cuba beberapa kali, jari jemari cik azue tidak dapat menjalankan tugasnya dengan sempurna, berikutan kemalangan yang dialami pada tahun 2008. Sayang tetapi tidak mengapa, segala ilmu akan diguna pakai semula suatu hari nanti. Oh ya, Cik azue belajar untuk mak sebenarnya. Mak teringin nak menyulam guna reben, tapi mak tak boleh lagi menjahit sulam tangan kerana selepas melahirkan adik yang terakhir, mak mengalami kebas-kebas jari, dimana mak tidak dapat merasa benda-benda halus seperti jarum jahit itu. Dan kerana sering mendengar mak bercerita tentang ketaksuban mak melihat orang-orang yang pandai dengan seni sulaman reben itu, makanya cik azue mengambil peluang memuaskan hati mak. Dan memang mak sangat gembira bila cik azue dan adik bongsu tunjukkan hasil yang telah dipelajari dan itulah yang membuatkan mak tersenyum bahagia.


Selepas itu, cik azue menukar kembali nama blog menjadi seperti gambar diatas. "Ini Cerita Kami" adalah sebenarnya cerita yang cik azue dan keluarga di sini alami untuk tatapan mak di kampung. Mak akan lihat blog ini bila mana adik bongsu buka blog ini dan biarkan mak lihat dan baca sendiri. Semuanya adalah untuk  tatapan mak.

Selepas cik azue berfikir untuk berubah haluan, banyak yang cik azue buat demi untuk berubah kerana ingin mengubah. Nanti kita kongsi bersama ya di entri akan datang, In shaa Allah.
Bertemu dengan blog Puan Masayu membawa cik azue mengenali GURU ONLINE ini. Setelah beberapa bulan mengkaji, cik azue mengambil keputusan untuk melabur bagi mencari sedikit ilmu dan selebihnya berhajat agar kumpulan sokongan ini dapat memberikan sokongan pada cik azue disaat-saat keperluaan emosi agak menjunam setelah bergelar WAHM. Siapa tahu akan ujian yang bakal kita hadapikan. Sekurang-kurangnya, kumpulan ini ada untuk saling sokong menyokong antara satu sama lain.

Baik, kenapa blog ini ditukar nama seperti hari ini. Ya, pada mulanya cik azue mahu kekalkan sahaj nama asal blog ini kerana mengenangkan memori bersama mak. Tetapi setelah berfikir secara rasional, cik azue tidak boleh selamanya hidup dalam kenangan itu. Ya, cik azue kena keluar demi kenangan itu. Dan atas kenangan itu, cik azue memilih nama blog ini seperti ini supaya cik azue lebih fokus dengan suatu benda yang asalnya kenangan yang mungkin boleh memberi dan menjana kewangan pada cik azue dan keluarga dikemudian hari. Dan semoga dengan lebih fokus cik azue lebih produktif dan punya hala tuju yang lebih menjaminkan.

Bercerita tentang Kelas Blog Penulisan, disini, cik azue diajar menjadi lebih fokus untuk menulis berdasarkan nama blog yang dipilih. Untuk cik azue, ianya nanti akan lebih menjurus kepada kecenderungan cik azue dengan kraft seni jahitan dan sulaman ini. 

Hasil Seni Sulaman Benang tahun 1990/1991 (projek SRT- SRP)

Projek yang sama tapi bunga nya dilukis almarhum BONDA dan disulam benang atas tunjuk ajar beliau

In shaa Allah, selepas bergelah WAHM, dapatlah kiranya cik azue membuat beberapa tutorial berkaitan sebagai perkongsian kita bersama. 

Totorial sulaman seni tampal cantum ATAU

Tutorial sulaman mesin, sulaman applique.

Apa lagi yang diperolehi dari kelas ini adalah disiplin untuk selalu menulis berdasarkan format blog yang kita pilih sendiri. Selain berpeluang belajar bagaimana menghasilkan sesuatu blog yang in shaa Allah memberi manfaat buat ramai orang dan juga tentang bagaimana menarik lebih ramai pelawat ke blog kita. Dengan perkongsiaan capaian blog rakan-rakan sealiran, cik azue juga selain mendapat informasi, boleh juga menjadi salah satu sumber untuk menarik traffik ke blog rakan-rakan yang lain.

Secara ringkasan, Kelas Blog Penulisan kelolaan guru online yang di asaskan oleh Puan Masayu ini telah membantu cik azue menjadi seorang yang lebih fokus, in shaa Allah serta sebenarnya lebih banyak kita belajar, lebih banyak juga yang kita tidak tahu.

Semoga Akademi ini dapat membantu lebih rami suri diluar sana.

Akhir Kalam, tidak salah belajar sesuatu yang kita sedia tahu keran lain guru, lain pula pengalamannya. Lain pengalaman, lain pula ilmunya. Semakin ramai guru, semakin banyak ilmunya, cuma tapis-tapiskan setiap satu ilmu yang diperolehi. Pilih yang betul-betul dapat memberikan manfaat ya.


Hingga itu,

Wasalam


**********************************************************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue

Tuesday, February 11, 2014

HUJAN ... Aku rindu!!!

Teks : KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI




Tetiba aku rindukan HUJAN.. 

Hujan Pagi, Hujan Tengahari, Hujan Petang, 

Hujan malam atau Hujan sepanjang hari... 

Tetiba aku terdengar bunyi rintikan hujan, 

Tetiba baru kusedar, itu cuma titisan air ekon...

Tetiba baru kusedar semua itu nikmat....

Tetiba baru kuakui, manusia itu...kuat nya 

mengeluh...

Aarrgghhh...dan tetiba baru aku sedari....

Manusia itu adalah AKU dan diriku sendiri....



***********************************************************************
Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue