Followers

Thursday, May 10, 2018

Inai Hitam dan Prosedur ditunda

Entri: # 231
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam kasih sayang.

Hari pertama buat Malaysia Baru.
Tahniah buat parti yang menang PRU14. Kalian silalah kotakan janji ya. Semoga Malaysia kita lebih sejahtera dan mendapat keberkatan hendaknya.

Cukup cerita pilihan raya sampai sini.



Jari cik azue pada jam 8pm lebih kurang. Warna ungu cair makin lama makin menghitam. Sudah serupa jari kena 'gangrene' rupa dia.

Itu satu hal. Satu hal lagi, jari itu sudah nampak semakin kering dan kulit macam berkedut. Apa jari itu sudah meningkat usia dan menjafi tua kah?

Mula-mula cik azue biarkan sahaja. 5 tahun sekali kan, apa ada hal.
Makin menginjak malam, makin kuat terasa denyutan di jari ini.

Bila ditelek, sudah mula nampak rekahan-rekahan dijari itu. Sakit, pedih dan berdenyut.

Rasa sakit pedih itu macam baru sahaja terkena pelarut syilek kayu. Mahu lelapkan mata pun tak mahu lena. Berdenyut-denyut.

Sudahnya, cik azue bangun dan cuba cuci menggunakan segala bahan sabun yang ada dalam simpanan.

Dari sabun 'Axion' membawa ke ubat gigi, membawa ke sabun pemutih baju, sabun cap kapak dan ke soda bikarbonat campur cuka. Satu pun tak berhasil. Makin berdenyut jari ini adalah.

Kemudian kebetulan kawan ada mesej tentang cara nak hilangkan inai ini samada rendam clorox dengan air suam atau guna veet.

Klorox? Tidak! Kulit cik azue sensitif. Veet? Macam pernah nampak dalam rumah ini. Jadi cik azue cari dan cari dan cari dan akhirnya jumpa. Tak tahu lah stok bila beli pun benda ini.



Mahal juga Veet ini rupanya. Baiklah mencuba sementelahan dah ada stok kat rumah ni.

Jadi, cik azue pun sapu dan gonyoh la jari tersebut.

TADA!


Macam tak percaya.

Boleh lah dari tiada. Bau veet ini boleh tahan juga bau tengit dia ya.

Habis tonyoh, keringkan dan sapu losen. Alhamdulillah. Allah izin selesai masalah jari berdenyut dek inai hitam. Siapalah yang beri cadangan guna inai ini. Katanya selamat. Kalau selamat, kenapa rasa pedih dan berdenyut? Kulit cik azue sensitif? Ya lah kut, kan.

Pagi ini, atas nasihat, cik azue dan encik chenta bersama dak megat kecik menapak ke hospital sungai buloh.

Sampai sana, diminta untuk ulang puasa malam ahad dan datang balik pada pagi isnin. Sebelum buat bayaran, terus datang ke bilik rawatan harian bagi pengesahan.

Letih betul rasa hati ini. Semoga cik azue bertahan dan tetap sabar.

Cuti empat hari, tapi dak megat besar, nampak gayanya tidak boleh balik bercuti dari asrama memandangkan ahad nanti ada majlis anugerah di sekolah beliau.

En chenta? Kerjalah, apa lagi, kerja swastakan.
Cik azue? Tulis blog dulu, siapkan kerja rumah dan sambung kembali aktiviti sulam tanda nama.

Sekian.

Wasalam
posted from Bloggeroid

Wednesday, May 9, 2018

Malaysia Memilih Ini Kalilah!

Entri: # 230
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam kasih sayang.

Hari ini May 09, 2018, merupakan hari bagi pilihan raya umum kali yang ke 14 buat Malaysia ku yang dicintai.

Ramai rakan-rakan cik azue yang pulang ke kampung halaman masing-masing bagi melaksanakan tanggungjawab untuk mengundi.

Yalah kan, tanggungjawab yang hanya perlu dilunaskan bagi setiap 5 tahun sekali (satu penggal pemerintahan parti politik yang menerajui pucuk pimpinan negara ini).

Hati-hati memandu tau kau orang untuk pulang semula ke tempat kalian mencari rezeki.

Bagi cik azue dan suami, kami hanya mengundi di kawasan tempat tinggal kami ini sahaja.

Ya, kami mengundi untuk N14 - dun Rawang dan P097 - Parlimen Selayang.

Seawal 8 pagi, inilah suasana di tempat mengundi cik azue.




Terima kasih jiran yang berkongsi gambar ini.

Sudahnya, encik chenta keluar membuang undi dahulu sekitar jam 11am dan hanya pulang ke rumah sekitar jam 1 petang. Lama juga kan.

Cik azue dan encik chenta membuang undi di dua pusat mengundi yang berlainan (jarak antara dua pusat ini dalam 1.5 km sahaja, dekat sahaja, hahaha) walau pun kami ini tinggal sebumbung dek kerana beliau masih menggunakan alamat rumah mak angkat beliau.

Sudahnya cik azue pergi semula ke pusat mengundi sekitar jam 2 petang dan sungguh tak disangka, kurang dari 15 minit, segalanya siap sempurna, Alhamdulillah.


Lagi 5 tahun, jika umur panjang, boleh cik azue menulis lagi catatan pengalaman ini.

Malam ini berdebar-debarlah kita semua ya menanti keputusan pilihan raya kali ini.

Semoga Allah membantu kita semua walau apa jua keputusan yang diumumkan nanti.

In shaa Allah, selepas itu kita ramai-ramai buat sujud syukur ke hadrat Ilahi walau pun keputusan tidak menyebelahi pilihan kita.

Sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang kita perlu melebihi kemahuan kita ini.

Oh ya, malam nanti, tepat jam 12 am, cik azue akan kena berpuasa kembali. Esok cik azue kena pergi ke hospital Sungai Buloh untuk dipasangkan alat pengukur pH perut.

Berdebar-debar pula rasa hati ini. Doakan yang terbaik ya.

Wasalam
posted from Bloggeroid

Tuesday, May 8, 2018

Tutorial Blok Tampal Cantum - 'Blok Ikut Suka'

Entri: # 229
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam kasih sayang.

Wah kemain tajuk blok tampal cantum cik azue kali ini kan. 
Kenapa begitu? 
Ini kerana kita main jahit sajalah petak-petak kain yang ada sehingga mendapat saiz yang kita mahu.


Lihat gambar di atas. Sila ikut turutan nombor tertera pada gambar di atas, ya.

Sediaan:
Kain pilihan dipotong selebar saiz 5.5 inci mengikut panjang meter kain.
(Contoh: 1meter kain pilihan dengan kelebaran bidang kain sebanyak 45 inci, apabila dipotong secara memanjang, akan menghasilkan 8 helaian memanjang kain bersaiz kelebaran 5.5 inci.)

No.1 (pada gambar)
Saiz blok pertama adalah bersaiz 5.5 inci X 5.5 inci.

No.2 (pada gambar)
Saiz blok kedua juga adalah bersaiz 5.5 inci X 5.5 inci. 
Jumlah blok diperlukan adalah sebanyak 2 keping.
Setiap satu blok ini dijahitkan di kiri dan di kanan blok berlabel no 1 dalam gambar.

No.3 (pada gambar)
Kemudian, ambil satu lembaran kain dan dijahit merentasi petak-petak bernombor 1 dan 2 pada sisi atas dan bawah blok. Potong lebihan kain sama panjang dengan blok tersedia.

No.4 (pada gambar)
Lembaran kain yang berikut pula kemudiannya dijahit pula pada sisi tepi kiri dan kanan blok tersedia. Selepas dijahit, potong lebihan kain sama selari dengan saiz blok tersedia.

No.5 (pada gambar)
Ulang menambah saiz blok tersedia dengan menjahit seperti item no 3.

Cara-cara jahitan blok ini:

1) Jahit setapak (1/4 inci) untuk basi jahitan

1a) Sambung kain jika tidak cukup panjang.

2) Kain selepas dijahit, terdapat lebihan kain di situ

3) Potong kain sama panjang dengan blok asal

4) Selepas dipotong selari dengan blok asal.


Langkah pada no 3 dan no 4 (pada gambar pertama) akan terus diulang-ulang sehingga mencapai saiz akhir produk.

Saiz akhir selimut ini


Senang tak tutorial kali ini cik puan Wasima Omar


Maaf ya puan, baru sekarang cik azue ada masa menulis, sedangkan dah lama siap dah selimut tampal cantum ini. 
Sudah sampai ke tangan tuan dia kira-kira setahun nan lalu. 
Dan diharapkan tutorial ini dapat membantu cik puan hendaknya.

Oh ya, ini muka belakang selimut tampal cantum no 2 yang cik azue buat. Nak tengok selimut pertama, sila ke pautan ini; SELIMUT MAK TOK NO 1

Nak ke tutorial blok pertama, sila ikut pautan; Blok Tampal Cantum - 'The Flock'.

Oh ya, Tutorial asal blok ini ada di 'page' Selimut Mak Tok. Kalian boleh ke pautan asal dengan menekan pautan; 'Blok Ikut Suka' ini.

Sampai sini dulu lah ya untuk kali ini.

Nanti cik azue sambung lagi.


Wasalam.









Monday, May 7, 2018

Cerita di belakang tabir tempahan

Entri: # 228
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam kasih sayang.

Hari ini cik azue tunjukkan serba sedikit apa yang berlaku di sebalik sebuah tempahan dan hasil kraf ya.




Ini proses sulaman tempahan sulaman tanda nama jawi yang secara pukal oleh sekolah. Berbaki 3 darjah lagi. Dan nampak gayanya, kena kerja lebih masa lah minggu ini untuk selesaikan segera tempahan ini. 

Selepas ini, ada satu lagi tempahan pukal tempahan sulaman tanda nama jawi dari sekolah agama juga. Cadangnya, mahu diselesaikan selewat-lewatnya minggu pertama Ramadhan ini.



Ini pula adalah kain lebihan atau perca kain yang dibuat sulaman tanda nama di atas. Hampir penuh sudah satu bekas ini. Nampaknya, ini juga akan menjadi kerja buat cik azue. 

Ya, selain menyulam, cik azue juga menjahit selimut tampal cantum. Cadangnya, mahu dijahit sebagai stok sedia jual bersaiz selimut bujang aka selimut saiz 'single'.

Namun, kita merancang, Allah juga merancang. Dan pastinya perancangan Allah itu lebih baik buat hambanya.

Jumaat minggu lepas, 4 Mei 2018, cik azue ada temujanji di klinik pakar bedah am hospital sungai buluh berkaitan perut dan gastrik cik azue. Nampaknya, cik azue kena buat kajian pH asid perut pula pada hari khamis dan jumaat nanti, in shaa Allah.

Nanti cik azue sambung kisahnya lagi ya.
Cik azue nak sambung potong dan bakar tepi nametag dulu ya.

Wasalam.

Thursday, May 3, 2018

Endometriosis dan Sakit Kepala

Entri: # 227
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam kasih sayang.

Ini kisah lontar belakang
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Disember 21, 2017

Sakit kepala.
Sakit kepala yang amat sangat. Dek kerana sudah selalu sangat rasa sakit kepala, maka, cik azue utarakan rasa ke group Endometriosis.



Sakit kepala ini pernah doktor bagi ubat migrain paling kuat bagi menyelesaikan masalah, alhamdulillah, bertahan 2 atau 3 hari, kemudian diuji lagi dengan sakit kepala ini.

Sakit kepala kemudian sakit perut hingga rasa nak berguling.

Macam ini lah kehidupan setiap hari. Hari ini sakit perut, esok sakit kepala dan sakit perut. Esoknya pagi ok, malam sakit pulak. Macam itu lah kehidupan penderita kronik adenomyosis dan endometriosis.

Memburukan lagi keadaan ketika itu, cik azue sedang menjalani 'medical menopause' iaitu sejenis keadaan putus haid disebabkan oleh penggunaan ubat.

Cik azue ketika ini doktor minta ambil pil Danazol (sejenis pil hormon dengan hormon lelaki) sebanyak 400mg setiap hari sebagai persediaan bagi menjalani prosedur bedah histerektomi.

Mengikut perubatan, pil hormon Danazol ini akan merencatkan pengeluaran hormon wanita dan mencetuskan keadaan putus haid bagi kebanyakkan wanita. Tetapi bagi cik azue, ia masih tidak diizin Ilahi untuk berfungsi sepatutnya macam yang telah diberitahu tuan doktor pakar.

Bertabahlah cik azue ketika itu menghadap ujian sakit kepala dan sakit perut macam nak meneran bersalin itu setiap hari. Belum lagi efek menopos yang dirasai.

Jadi, itulah dia sebahagian derita penderita adenomyosis dan endometriosis.

Kisah ini telah berlalu. Alhamdulillah. Cik azue semakin kuat hari ini.

Terima kasih atas doa kalian buat cik azue.



Hari ini cik azue sudah mula menyulam.
Membantu encik chenta menyulam menyiapkan baki tempahan sulaman tanda nama yang diterima dari sekolah-sekolah sepanjang cik azue cuti bedah tempoh hari.

Oklah. Sampai sini dulu.

Wasalam

posted from Bloggeroid

Wednesday, May 2, 2018

'Update' Tempahan Sulaman Tanda Nama

Entri: # 226
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam kasih sayang.

Hari ini cik azue muat naik dulu koleksi tempahan sulaman tanda nama yang belum sempat gambarnya dimuat naik sepanjang cik azue tidak begitu sihat.

Maaf ya tuan puan yang menempah, gambar baru hari ini dapat dimuat naik ke sini.

Ini fasa 1 dulu ya.


Tempahan sulaman: Personal tag nama (RUMI)
Kain: Putih
Benang: hitam
Jumlah nama: 2 nama
Jumlah kuantiti: 24 keping (12keping ×2nama)


Tempahan sulaman: Personal tanda nama (RUMI)
Kain: Kuning
Benang: hitam
Jumlah nama: 2 nama
Jumlah kuantiti: 8 keping


Tempahan sulaman: Personal tanda nama (RUMI)
Kain: Kuning
Benang: hitam
Jumlah nama: 2 nama
Jumlah kuantiti: 6keping (3keping ×2nama)


Tempahan sulaman: Personal tanda nama (RUMI)
Kain: Kuning
Benang: hitam
Jumlah nama: 1 nama
Jumlah kuantiti: 10 keping


Tempahan sulaman: Personal tanda nama (RUMI)
Kain: Ungu cair
Benang: hitam
Jumlah nama: 1nama
Jumlah kuantiti: 3 keping


Tempahan sulaman: Personal tanda nama (RUMI)
Kain: Merah
Benang: Putih
Jumlah nama: 1 nama
Jumlah kuantiti: 3 keping


Tempahan sulaman: Personal tag nama (RUMI)
Kain: Putih
Benang: Biru (kod benang 1154)
Jumlah nama: 1 nama
Jumlah kuantiti: 15 keping


Tempahan sulaman: Personal tag nama (RUMI)
Kain: Kuning
Benang: hitam
Jumlah nama: 1 nama
Jumlah kuantiti: 9 keping


Tempahan sulaman: Personal tanda nama (RUMI)
Kain: Putih
Benang: hitam
Jumlah nama: 1 nama
Jumlah kuantiti: 10 keping


Tempahan sulaman: Pukal tanda nama (JAWI)
Kain: ikut darjah
Benang: ikut darjah
Jumlah kuantiti: 872 keping

Terima kasih Ya Allah. Terima kasih buat para penempah yang sudi menyokong cik azue dan suami.

Yang mana nak tahu apa beza antara tanda nama dengan tag nama, mohon rujuk gambar di bawah ini.


Saiz A adalah saiz standard tanda nama manakala saiz B pula adalah saiz bagi tag nama.

Tag nama ini selalunya mak-mak tempah untuk dijahit macam label pada pakaian atau peralatan anakanda.

Bagi yang berhajat untuk menempah, kalian boleh berkunjung ke kedai blog cik azue, KERAIH LENGAN KUAZUE bagi mendapatkan sebut harga tempahan sulaman tanda nama atau lain-lain produk.

Sekian. Nanti cik azue sambung fasa 2.

Wasalam
posted from Bloggeroid