Followers

Friday, December 25, 2015

Masih ber "Nametag"

Entri: #145
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Rabiul Awwal 13, 1437H
(25 Disember 2015)

Salam kasih sayang buat kalian yang masih sudi bertandang.

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد

Rasanya belum terlewat nak ucapkan Salam Maulidur Rasul.

Maaflah. Dah lama cik azue berdiam diri.
Permulaan baru.
In shaa Allah akan terus menulis di sini.

Seperti kebiasaan, apabila hujung tahun dan awal tahun, lambakan tempahan sulam tanda nama kan selalu berlaku.

Alhamdulillah, walau diri teruji, masih juga dapat bertahan demi mencari rezeki dan menunaikan amanah para penempah.



19 bungkusan terakhir pos laju yang telah selamat sampai ke tangan para penempah sekalian.
Terima kasih tidak terhingga.

Hari ini, setelah beberapa hari pulang ziarah mak di kampung encik chenta, cik azue menyambung tugasan bagi sulaman tanda nama untuk tempahan SRA.



Terima kasih ustazah atas tempahan tahun kedua.
In shaa Allah akan diusahakan siap seperti dijanjikan.

Hingga itu, maafkan cik azue, doakan cik azue.

Wasalam
posted from Bloggeroid

Tuesday, November 17, 2015

Hujung tahun dan Musim Nametag pun Bermula

Entri: #144
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Safar 5, 1437H
(17 November 2015)

Salam kasih sayang.

Sekejap sahaja musim berlalu. Terasa pekerjaan menyulam nametag ini tidak pernah selesai.
Sekarang musim bakal berganti.
Putaran tempahan nametag rumi mahu pun jawi kembali lagi dari pihak sekolah-sekolah.



Alhamdulillah atas nikmat rezeki.
Moga-moga cik azue mampu bertahan dan melupakan kisah episod kesakitan demi mencari rezeki serta memenuhi hajat para pelanggan yang dikasihi.

Terima kasih kerana memanjangkan rezeki kami melalui tempahan yang dibuat.

Hari ini kita mulakan dengan aktiviti sulam tanda nama di petang hari.

Berjujuh nama sudah berbaris. Rumi mahu pun Jawi.

Buat kawan-kawan geng sulam, bersiap siagalah, cik azur bakal memetik nama kalian bila tiba saat itu nanti.

Doakan moga Rezeki Allah buat kita diturunkan bersama Keberkatan agar kita beroleh Keredhaan dalam mencari Cinta Ilahi dan Cinta Rasul Junjungan.

Hingga itu, maafkan cik azue, doakan cik azue.

Wasalam.

*Nota kaki: Kalian yang berhajat untuk menempah bolehlah hubungi cik azue melalui applikasi whatsapp ke nombor 013-2700020*
posted from Bloggeroid

Monday, November 16, 2015

Bila diri teruji dan diuji

Entri: #143
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Safar 5, 1437H
(16 November 2015)

Salam kasih sayang buat kalian yang masih sudi bertandang.

Alhamdulillah, atas kesempatan bernyawa di bumi ini.

Terima kasih atas ingatan.

Cik azue tidak ke mana. Alhamdulillah dicabar ujian bencana badan.

Bermula Julai 2015 hingga kini dan Alhamdulillah semakin pulih, Bi iznillah.





Gambar di atas bertarikh 3 Julai 2015. Ramadhan yang sangat menguji keimanan diri dan keluarga.

Sungguh tidak menyangka, tarikh itu menjadi titik bermula.
Sungguh tidak menyangka ia memaksa diri menjadi hidup seperti 'zombi'.

Sakit umpama diri ditoreh belati hidup-hidup. Sakit umpama melalui lagi sekali fasa kelahiran anakanda Megat Hazim, 10 tahun yang lalu.
Sakit bila mana ubat bius ketika operasi pembedahan 'C-zer' tidak berfungsi.





Ogos 2015, kembali menghuni katil hospital.
Terapi ubatan mula diaktif. Cara ambilan pil penahan sakit mula dirombak.

Syukur Allah beri rasa sakit ini.
Syukur Allah hisab ketika hidup ini.
Sekurangnya masih ada insan buat mengadu rasa.

Tentu kalian tertanya, kenapakah cik azue?



Alhamdulillah cik azue hanya disahkan hadapi 'Adenomyosis' dan 'Endometriosis' dengan endometrioma bersaiz 4cm.
3 benda macam sama tapi tak serupa pada satu masa dan ketika.

Alhamdulillah. Jika itu takdir Ilahi, siapa kita untuk menghalanginya.

Sampai sini dulu.
Esok-esok cik azue sambung lagi.
Pening pula kepala ini.

Maafkan cik azue, doakan cik azue, terima kasih.

Wasalam
posted from Bloggeroid

Sunday, November 15, 2015

Thursday, November 12, 2015

Rindu Cik Azue Tak?

Entri: # 142
Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Muharram 30, 1437H
(11 Oktober 2015)


Oh lamanya cik azue bertapa.
Apa khabar kalian.
Terima kasih sudi bertandang.

Minta maaf lama menyepi.
Minta maaf dek diri dilanda ujian bencana badan.
Moga-moga hari mendatang lebih memberi makna.

Maafkan cik azue, doakan cik azue.

Wasalam

Friday, August 21, 2015

Al Fatihah !

Entri: # 141
Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Zulkaedah 5, 1436H
(21 Ogos 2015)

Salam kasih sayang tidak terhingga buat kalian yang sudi bertandang ke blog ini.
Masih ingatkah kalian akan imej ini?

Sepatutnya tempahan ini akan disiapkan paling lewat awal minggu hadapan.
Perbincang 'design' hasil akhir telah pun selesai. Dan hasil akhir akan lebih kurang menjadi seperti ini seperti permintaan cik penempah.

Ini sepatutnya menjadi satu selimut tampal cantum dengan imej sulam tampal di tengah-tengahnya.

Namun kita merancang, Allah jua merancang dan perancangan Allah lebih hebat berbanding kita. Tempahan ini tidak kesampaian.

Terharu cik azue. Menitik juga air mata walau setitik. Sungguh! Bukan kerana tempahan dibatal, namun sedih mengenangkan akan nasib cik penempah.



Kalian faham kan. Sesungguhnya mati itu pasti. Bersabar dan bertabahlah wahai cik penempah dan keluarga adik khairul arief. Allah lebih sayangkan dia.

Dan kerana itu, dikesempatan ini, cik azue nak meminta jasa baik kalian yang bertandang, sudilah kiranya sedekahkan Al Fatihah buat arwah adik khairul arief ini dan semoga dia dirahmati Ilahi serta keluarganya diberi kesembuhan hati dan ketabahan dalam menghadapi musibah ini.

Al- Fatihah



Terima kasih dan Wasalam

Wednesday, August 12, 2015

Kerja-kerja Sulam Belakang tabir

Entri: # 140
Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Carian Google

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Syawal 27, 1436H
(12 Ogos 2015)

Salam kasih sayang. Dah lama tak berkongsi aktiviti menyulam atau membuat selimut tampal cantum kan. Bukan apa, sibuk! Sibuk dek tempahan, sibuk dek masa yang semakin pendek perjalanan nya.

Hari ini cik azue nak kongsi beberapa imej sulam yang sedang menanti untuk kita muat naik ke mesin sulam lewat esok atau lusa.


Imej ini sepatutnya dah siap lama dah, tapi dek cik azue ditahan di hospital dan mengalami bengkak tangan dan jejari dek penangan jarum ubat, maka cik azue terpaksa tunda. Mulanya nak pulangkan duit pada cik puan penempah, namun dia tak mahu pula. Esok cik azue akan mula menyulam memandangkan tangan kiri ini dah boleh berfungsi dengan baik.

Imej kedua masih dalam tema hitam juga. Ada pasangan nya. Tapi tunjuk satu sahaja lah yer. 

Yang ini tempahan orang utara sana. Hihihi seronok pula melayan jiwa anak-anak sesekali.

Selain itu moga-moga kerja terbengkalai ini akan beransur siap bersama indahnya nikmat kesihatan. Selimut tampal cantum masih cik azue tidak buka tempahan ya.



Kemudian ada cabaran baru pula menanti, semuanya bagi menghasilkan sebuah hajat hati seseorang dengan menggunakan imej-imej berikut yang diberi pada cik azue. Nantikan dan doakan kesihatan cik azue ya.




Mampukah? 
Kpop tu. Moga-moga Allah beri ilham.

Hingga itu, maafkan cik azue dan doakan cik azue.

Wasalam

Monday, August 10, 2015

Semoga Panjang Umur Kawan

Entri: # 139
Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Syawal 25, 1436H
(10 Ogos 2015)

Selamat Hari Lahir Shamimah! Sayang awak ketat-ketat.

Maaf, kita selongkar ambil gambar kamu dari FB kamu

Sebelum itu cik azue nak minta maaf, cik azue lama tidak buat posting baru kat blog. Banyak sangat kejadian dugaan. In shaa Allah, cik azue akan kembali berblogging demi kawan-kawan.
Terima kasih yang sudi menjejak sehingga ke FB personal cik azue.

Baik, kembali kita pada entri hari ini. Shamimah ni kawan "kembar tapi tak serupa" masa belajar kat universiti dulu.

Kebetulan kami selalu bersama dan selalu tersama jenis pakaian yang dipakai. Dan macam biasa, mak dia mak cik azue juga. Oh alangkah rindunya pada tika dan waktu itu.

Untuk itu shamimah @ Yan.
Di doakan kamu semoga sihat senantiasa dalam peliharaan Ilahi. Menjadi muslimah sejati dan solehah buat Ilahi. Rindu kamu dan keluarga di sana. Ada umur, kita pasti bertemu lagi. Moga-moga kita dapat mengulang kisah kita di kampus lagi. Pusing pulau dengan motor skuter suzuki daku, pakai baju lebih kurang sama dan balik makan sambil dengar leter Mak!
Oh saya sangat rindu akan kenangan itu.

Oklah, hingga sampai sini. Lain kali cik azue cerita lagi.

Wasalam




Friday, June 19, 2015

Kosong

Entri: # 138
Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Ramadhan 2, 1436

Salam kasih sayang.
Seminggu berlalu tanpa alat mainan ini.
Oh terasa kosong seperti kosongnya tempat itu.


Maafkan cik azue, doakan cik azue dan terima kasih.

Wasalam

Thursday, June 18, 2015

Tangan Kanan Kejung dan Urutan

Entri: # 137
Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Ramadhan Kareem.
Ramadhan 1, 1436.

Salam kasih sayang.
Sepatutnya entri ini cik azue tulis beberapa minggu nan lalu. Maafkan cik azue atas kelewatan yang disebabkan oleh penyakit mahu menyepikan diri.

Masih ingatkah kalian akan produk sulaman ini?


Ini tempahan pukal dari seorang bakal pengantin. Fuh! Sangat mencabar menjahit sulaman kali ini.

Jumlah bilangan kali kain di 'hoop' adalah sebanyak 17 kali dan setiap sulaman memakan masa selama 1jam 30 minit. Lap peluh!

Selesai tempahan ini diambil oleh cik penempah, tangan kanan cik azue yang sedia sakit bertambah-tambah sakitnya. Hingga jari jemari pun tak dapat digerak.

Sudah, makan ubat tahan sakit pun tak berkesan. Lagi tercabar. Jumpa 'sin seh' (tabib cina), dan diberi ubat makan sakit urat yang halal.
Sebelum itu, jenuh jugalah menjawab soalan tabib cina tu, dan kesudahannya, ini kata tabib cina itu.

"Haiya, muda lagi. Ini ubat kasi lu untuk 3 kali makan saja. Baik tak baik, lu kena cari orang ulut sama itu urat. Tengok, hijau-hijau sudah itu ulat. Cari olang ulut, mesti."

Baik, saya berusaha, berikhtiar, dan selebihnya Allah yang menentukan. Cari punya cari, sudahnya jiran sebelah bagi tahu tentang tukang urut yang dia dapatkan perkhidmatannya.

Cik azue cuba. Alhamdulillah, ada kesan positifnya. Terima kasih Allah, terima kasih ida (jiran sebelah) dan terima kasih juga buat kak mie yang mengurut.

Untuk makluman, kak mie ni memang pandai bab-bab urutan urat yang salah.
Katanya, urat tangan cik azue dah tersimpul-simpul. Tak pa lah kak mie, selesai 3 hari pertama ni pun dah cukup bermakna buat cik azue. Ringan dah tangan yang bermasalah, walau kak mie kata baru 40% sembuh. Terima kasih kak mie.

Oh ya, kawan-kawan sekitar Rawang. Jika ada masalah sakit badan dan mencari tukang urut, bolehlah cuba perkhidmatan kak mie ini.

Serius, badan tak sakit lepas tu dan juga badan tak lebam-lebam. Cik azue nak ulang sesi rawatan kedua pula lepas ni.

Yang inginkan perkhidmatan kak mie, lokasi kakmie adalah di kawasan kedai Taman Tun Teja, Rawang.
'Landmark' adalah kedai Speed 99 Taman Tun Teja.

Kedai sederet ledai Speed 99 Taman Tun Teja
Nama kedai kak mie
Depan kedai ada 'banner' Tasha Shila ni.

Yang berminat, sebelum nak datang, boleh hubungi nombor talian berikut.
Talifon boleh, 'Whatsapp' pun boleh.


Harga perkhidmatan urutan bagi kes biasa adalah sebanyak RM60 sahaja. Kalian boleh hubungi kak mie nanti ya.

Oklah, cik azue gerak dulu. Banyak sungguh nak disiapkan.

Hingga itu, maafkan cik azue, doakan cik azue dan terima kasih.

Wasalam












Tuesday, June 16, 2015

Roti Ibu

Entri: # 136
Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam kasih sayang.
Sudah lama cik azue tidak menulis. Terima kasih buat kalian yang sudi bertandang.

Haiihs, masa yang melekakan kita atau kita kah yang dilekakan oleh masa.

Yang pasti, pengurusan masalah yang tidak begitu sistematik menyebabkan cik azue tenggelam timbul dalam arena berblogging.

Ini entri selingan.
Melayan tempahan anakanda Megat Hazim yang mahu berjualan kepada kawan-kawan satu sekolah.
Melayan sambil mengajar erti cari duit. Walau tak banyak mana, namun upah yang sedikit itu sudah dikira amat besar ertinya buat anakanda ini.


Roti sosej gedempul, roti stoberi gulung dan mini pizza.
Campur semua, 9 biji anakanda Megat Hazim bawa sekolah. 3 biji masuk perut sendiri dan selebihnya dijual kepada rakan.
Upah yang diperolehi selain dapat makan roti sebanyak RM2. Sengih!

Nanti kita sambung selepas sebulan berpuasa ya anakanda.

Megat Haziq pula buat masa sekarang ini, dunianya masih belum terdedah kepada dunia cari wang saku, masih lagi dalam dunia anak-anak kecil walau dah hampir separas dagu ibunda.

Malam ini, dek bulan puasa yang kian hampir, atas sebab nak cuba resepi roti arab, maka cik azue cuba-cuba juga buat roti arab.

Makan roti arab dicicah sambal sardin dan kari telur. Jilat jari anakanda.

Oklah, cik azue nak menyambung kerja-kerja hakiki cik azue sebagai penyulam.
Doakan cik azue sihat dan dapat menulis lagi ya.

Oh ya, entri tangan kejung pun belum cik azue tulis. Nanti ya.

Maafkan cik azue, doakan cik azue, terima kasih.

Wasalam


Wednesday, May 27, 2015

Bangun dan bermula kembali

Entri: # 135
Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Lama tersepi dari blog kesayangan ini.
Wah, wah, wah, penuh sudah habuk dan bersawang-sawang jadinya.
Hacumm!
Kih, kih, kih. Adatlah ya, rumah dah lama tinggal.

Baik, cik azue tidak kemana pun. Ada di sini menyelesaikan tugasan yang kian sarat. Memilih menjadi WAHM, nampak mudah, tapi tidak sesenang seperti tergambar di mata.

Selama bertapa ini, jom lihat selain sulam tanda nama, apa lagi yang telah cik azue sulam dan hasilkan.

Maaf pada yang ikuti diblog. Ulang tayang buat kalian, namun tayangan perdana buat kalian yang sudi bertandang ke sini.


Pertamanya, sibuk membangunkan blog sulaman dan seni kreatif, blog cik azue yang bersifat ilmiah ini. Kalian boleh layari melalui link berikut: http://azuriyahmohamad.blogspot.com

Kemudian, menyelit-selit di celahan tempahan sulam tanda nama, adalah tempahan berikut






Yang ini pula adalah kisah cik azue belajar dari rakan seperjuangan, bagaimana menyulam di atas sekeping felt. Berikut adalah yang terhasil setelah berlajar dari cik puan berdua.





Bolehlah kan.

Nanti cik azue kongsi lagi yer.

Maafkan cikazue, doakan cik zue, terima kasih

Wasalam

Thursday, April 23, 2015

40 kata carian popular mengenai blog

Entri: # 134
Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
Sumber: Google Statistik, Nuffnang, SEObook 

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Salam kasih sayang.

Hari ini cik azue menulis tentang tugasan kelas online blog penulisan yang cik azue ikuti sekarang ini.
Blog penulisan cik azue itu, seperti yang dimaklumkan sebelum ini, merupakan blog yang mengkhususkan hanya kepada sulaman dan seni kreatif yang cik azue lakukan saban hari semenjak bergelar WAHM. 
Kalian yang berminat dengan sulaman bolehlah mengikuti blog tersebut melalui pautan di bawah ini.


Di bawah ini adalah gambar yang mana kata carian itu boleh diambil daripada statistik carian google.


Selain itu, bagi memudahkan cik azue merujuk, cik azue juga menulis ke dalam buku nota khas pembelajaran cik azue di kelas online tersebut.


Bila menghadiri kelas penulisan ini, banyak juga perkara baru yang perlu cik azue semak. Banyak juga tabiat lama yang dibaik pulih oleh puan guru.
Terima kasih guru.
Apa pun, yang lebih utama, cik azue nak berterima kasih pada kalian yang mencari maklumat diblog ini.
Tanpa bantuan kalian, cik azue tidak dapat merealisasikan impian cik azue untuk membina satu blog yang khusus pada sulaman seperti sekarang.

Cik azue nak bergerak sekarang.
Ada kerja menanti di bilik sulam Keraih Lengan Kuazue


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ABDR menawarkan bantuan baik pulih penjenamaan diri di alam maya dengan menawarkan kelas-kelas asas blog penulisan atau asas blog bisnes.

Berminat untuk mendapatkan keterangan, boleh hubungi cik azue melalui 
FB: Azuriyah Mohamad 
atau 
Whatsapp ke no 013-2700020

Thursday, April 16, 2015

Blog Untuk Sulaman

Entri: # 133
Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam Kasih Sayang.

Dah lama menyepi. Sepi sambil-sambil berfikir semula hala tuju WAHM. Pejam celik, pejam celik, sudah setahun pun bergelar WAHM. 
Semak semula tujuan blog dan semak juga hala tuju perniagaan. Fikir punya fikir punya fikir, cik azue pun memulakan blog baru demi untuk memfokuskan sahaja kepada kecintaan kepada Sulaman dan Seni Kreatif.
Bukan apa, di dalam blog ini, nampak sarat sangat dengan aktiviti kehidupan yang dilalui.
Jadi kawan-kawan yang ingin tahu tentang sulaman seperti yang cik azue lakukan boleh terus ke blog tersebut.
Di blog ini kita akan menjurus terus kepada sulaman dan seni kreatif. In shaa Allah, tiada diselang seli dengan aktiviti lain.

Semoga dengan kemunculan blog baru ini, kawan-kawan yang berminat atau yang mempunyai sama minat dapat memperolehi sedikit sebanyak manfaat.

Jemput datang dan bertandang sambil membaca dan memberi buah fikiran. Kalian boleh ikut pautan di bawah ya.




Walau bagaimana pun, blog utama ini akan terus kekal. Semoga ukhwah terjalin di alam maya ini akan kekal selamanya.

Wasalam

Wednesday, April 8, 2015

Sulaman Tuala - Tempahan KST00020

Entri: # 132
Teks: KUAZUE MOHD
Foto: KUAZUE MOHD

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam kasih sayang. Semoga kalian sihat dan sejahtera dalam rahmat kasih sayang Ilahi.

Hari ini cik azue berkongsi hasil sulaman bagi tempahan sulaman di tuala anak.

Terima kasih puan kerana menalifon bertanya dan sanggup menanti giliran.

Ini imej sulaman yang cik azue buat selepas terima gambar cadar / alas baby yang bertemakan itek. Mahu buat sedondon katanya. 



Yang ini pula hasil sulamannya. 



Yang di bawah ni pula adalah lokasi sulaman pada tuala bayi / anak (saiz tuala 20 inci X 40 inci).



Disamping itu, puan ini juga ada menyelit sulaman tag nama untuk di jahit pada pakaian bayi.




Tag nama ini bersaiz lebih kecil dari saiz standard tanda nama.

Oh ya, tempahan ini sebenarnya adalah dari puan dan keluarga buat anakanda yang baru lahir pada 20 March yang lalu.

Cik azue tumpang gembira dengan kehadiran orang baru serta kesetiaan puan menanti. 
Ada hadiah dari cik azue buat tuan putera kecil itu, tapi, tunggu cik azue siap sepenuhnya selepas cik azue sembuh betul-betul (Sengih nampak gigi!).

Tempahan ini sudah pun sampai ke tangan puan penempah. 
Terima kasih puan dan anakanda yang sudi ber 'whatsapp' dengan cik azue.

Bagi kalian yang mahu menempah sulaman dengan pilihan imej sulaman sendiri seperti ini



Kalian bolehlah menghubungi cik azue melalui sumber berikut:

Email: kuazue@gmail.com
whatsapp: 013-2700020

Harga sulaman berdasarkan saiz sulaman.
Tempahan di atas menggunakan saiz sulaman bersaiz L dan sulaman applique pada imej itek tersebut.

Hubungi cik azue ya, jika ada hajat di hati.

Terima kasih kerana sudi bertandang.

Maafkan cik azue, doakan cik azue.

Wasalam