Followers

Friday, June 18, 2010

Aktiviti untuk sehat Cik Azue

 

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

IN THE NAME OF ALLAH AR RAHMAN AR RAHIM….

 

Lama tak bercerita tentang Geng Sehat Cik azue kan.. so kali ne cik azue wat entry tentang aktiviti untuk sehat cara cik azue lah…bukan apa .. untuk terus Berjaya dalam kehidupan dunia nie.. salah satu nya.. kita mesti pastikan yang kita nie sehat.. barulah kita nie dapat mengejar hal dunia dan hal di akhirat sana yer….

 

Dalam misi 'SEHAT' cik azue nie.. cik azue menjelajah la ke mana aja blog kenkawan yang dah Berjaya mengurangkan kilo dgn pelbagai cara.. ada yg guna low fat diet and protein diet.. mcm2 lah.. tapi yang pasti semua nya kena kembali kepada niat kita yang asal… kita nak kurus or kita nak sehat….. dan pasti bila kurus (ideal weight) … chances of sehat akan tinggi sebab kita bukan dalam risiko golongan yang mudah mendapat penyakit… Iskh2 jgn dapat penyakit mental cam ANEROXSIA dah ler…

 

So selain mengawal jumlah makanan dan minuman … pagi tadi melalui siaran AR RAYYAN saluran 106 – Astro Oasis, cik azue sempatlah dapatkan tips utk kekal sehat / penawar bagi segala penyakit selain MAUT dengan menggunakan ayat2 Al-Quran… sebagai amalan selepas solat or dibaca pada air dan dijadikan minuman… so boleh lah mencuba yer mengamalkan petua2 dari dr FATIMA El Zahra nie lagi yer…

  1. Surah Yunus Ayat 55
  2. Surah Taubah Ayat 14
  3. Surah Nahl Ayat 69
  4. Surah Al – Isra' Ayat 82
  5. Surah As Syaara ayat 80
  6. Surah Al Fusilat Ayat 44

Moga2 amalan2 ni menjadi penawar dan menjadi pendinding dari penyakit2 merbahaya… Wallahu'alam…

 

Berbalik kepada aktiviti sehat cik azue… cik azue sekarang nie tgk menyediakan jadual pemakanan… kawal kalori intake yg masuk… cik azue tak buat drastic.. biar lambat tapi ada kesan jangka masa panjang… ukan kurus menjadi UKURAN tapi kesihatan Yang Lebih cik azue utamakan…

 

Insya Allah.. nanti kita sambung lagi tentang Aktiviti untuk kekal sehat cik azue yer…

 

Hingga di lain kali n wasalam…

 

Kuazue

 

Monday, June 14, 2010

Keberkatan Yaasin utk di kongsi bersama dari Dr. Fatma El Zahraa…



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
IN THE NAME OF ALLAH AR RAHMAN AR RAHIM….

Kali ni cik azue nak kongsi sedikit ilmu yang Ntah tak pasti dari blog mana cik azue dapat.. tapi yang pasti cik azue memang pernah dengar petua nie tapi tak ingat dari siaran mana pulaks.. Alhamdulillah.. dalam pencarian penjejakan cik azue mencari blog ustazah nie… terjumpa lah koleksi petua2 nie … tapi sayang cik azue belum berjumpa dengan blog yang mengumpul kesemua nasihat/ceramah yang disiarkan menerusi siaran AR RAYYAN… melalui saluran 106 – Astro Oasis…so kepada sesiapa yg tahu.. dapatlah kiranya membantu penjejakan cik azue nie yer…. Terima kasih… Semoga Allah member balasan yang baik-baik buat anda semua.. Insya Allah…
So diharap santapan ini dapat menjadi makanan jiwa kita semua yer… Insya Allah… yang baik dari NYA dan yang sebalik nya adalah daripada kelemahan diri kita sendiri kan…..mudah – mudahan kita senantisa dibawah lindungan rahmat kasih sayang NYA…..

Untuk Keselamatan Diri Yang, Susah Menjadi Senang..

Ayat 1 - 9 - Untuk keselamatan diri

Ayat 9 - Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir.

Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.

Ayat 13 - 35 - Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.

Ayat 22 - 23 - Untuk menjaga aqidah memberi hidayah kepada anak.

Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut.

Ayat 29 - Utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.

Ayat 30 - Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allahs.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).

Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik... Caranya:
Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t, Kita umat Mu hammad, Kita orang Islam dll.

Ayat 33 - 35 - Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.

Ayat 36 - Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan.

Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di
pertemukan jodoh. Caranya: Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri... Hati yang kering akan hidup semula.

Ayat 38 - Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 39 - Mengisahkan ilmu falak.

Ayat 40 - Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 41 - Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal -Elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.

Ayat 44 - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.

Ayat 45 - 48 - Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.

Ayat 49 - Mencer itakan hari akhirat dan kehidupannya. Tiupan pertama - Datang dengan tiba-tiba
Tiupan ke-dua - Hancur
Tiupan ke-tiga - Semua orang di hidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar.

Ayat 50 - Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.

Ayat 58 - Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.

( amat mujarab buat sakit kepala dan flu amalkan insyallah baik, I've practiced this method subhanallah, effective)

Ayat 76 - Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan.

Ayat 76 - Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.

Ayat 78 - 79 - Dikhaskan untuk sakit urat , tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada Ayat yang bermaksud: "dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?"

(Ayat 78 dan 79) -
Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah. Doktor di hospital pun tanya dia utk rawatan patient mrk dan Dr Fatimah berikan ayat ini.

Ayat 79 - Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."

Ayat 82 - Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu, bacalah 100x. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari -boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari.

Caranya:
Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut, Baca pada air [100x) Dan berdoa apa sahaja hajat.

Wallahualam.

1. Selepas sembahyang subuh
2. 3 Jumaat berturut-turut
3. Ayat 1 - Yassin baca 7x
4. Ayat 38 - 12x
5. Ayat 58 - 7x
6. Ayat 82 - 14x
7. Habis, diulang semula step 3 hingga 6.
Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x.
8. Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yg dihajati dan selepas hajat dibaca semula Al- Fatihah.
9. Perlu yakin, isyallah dgn berkat Allah ianya termakbul.

Wallahualam.

Perlu Baca Dengan Penuh Keyakinan:

* Yasin is the jantung of Al-Quran
* Know the meaning of ayat-ayat in Al-Quran

Yasin memudahkan yang susah. As such read Yasin:

* Child is sick
* Feeling troubled.
* Memudahkan urusan
* Memudahkan perjalanan
* As selusoh (to ease pain when giving birth)
Read Yasin (3x) over water
Read 3 Qul (three times each)
* Fatihah
Baca Yasin sebelum tidur, seperti khatam Quran (10x)
* Jika baca Yasin sebelum tidur serta faham maksudnya sekali, sekira mati
dalam tidur, dosa diampunkan.

Ayat 9 - "Wajaalna...."
Lindungi rumah dari pencuri - baca dan tiup di tiap-tiap penjuru rumah..
Lindungi diri dari dianiaya
Bagi perlindungan diri dan rumah semasa tidur
Baca Ayat 9
Fatihah
Read 3 Qul (three times each)
Ayat Kursi

Ayat 29 - "In kanat illa...."
Untuk mendiamkan orang yang selalu melempar kata-kata buruk/tidak menyenangkan kepada anda.

Ayat 36 - "subhanallazi.."
Untuk cari jodoh * Tiup 7 kali dalam tangan dan sapu ke muka pada pagi hari
Ya Wadud (3x)

Ayat 58 - "Salamun..."
Jika sakit anggota
Tak tenang hati
Baca (7 x) dan gosok pada tempat sakit ( amat mujarab buat sakit kepala dan flu amalkan insyallah baik, I've practiced this method subhanallah, effective)

Ayat 76 - "Falayahzun.."
Bila rasa sedih
Untuk menenangkan hati
Gosok jantung sambil baca

Ayat 78 - 79 "dari Yuhyil Wahiya..."
Tulang patah
Sakit sendi
Sakit lutut

Ayat 82 - "Innama amruhu.."
Jika mandul
Untuk mengubati kanser atau tumbuhan dalam badan
Dry method
Sembahyang tahjud
Sembahyang hajat
Doa minta hajat
Baca ayat 100 x dengan yakin
Amalkan 41 malam Wet method (untuk menyembuh
penyakit dalam badan)
Seperti di atas
Bila baca ayat, tiup dalam air
Minum 1 cawan air pada pagi hari sebelum makan / minum benda lain
o Doa sambil minum
o Untuk 41 pagi
Wallahualam.
Yang penting sesuatu itu yang hendak kita lakukan dengan .. innamal
aa'maalu binniat.. dan ikhlas melakukannya.

Dalam YASSIN merangkum:
Ø Ilmu Pertanian
Ø Ilmu Falak
Ø Ilmu Laut
Ø Ilmu Kiamat
Ø Ilmu Ciptaan Manusia
Ø Ilmu Binatang
Ø Ilmu Kenabian

Surah Yassin ini hendaklah dibaca ketika orang sakit, tengah nazak nak mati atau sudah meninggal dunia. Baca disisi mereka dan bukannya di kubur.(terutama ayat 12) -- sebab kenapa kita perlu baca, agar orang yang sakit berada dalam kesenangan dan orang yang masih hidup insaf bahawa esok, lusa kita akan menyusul jua.
***** sekadar informasi *******
Kekuatan Buah-buahan yang diceritakan dari dalam
Al-Quran adalah:
Ø Buah Zaiton - Elok untuk kulit
Ø Kurma - Berkhasiat (memberi tenaga)
Ø Delima - Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat
yang mujarab.
Ø Ad Tin - Memberi kekuatan - tenaga, fikiran lemah, tidak boleh beranak.

Wallahua'lam...


Semoga apa yang baik menjadi amalan hidup dan ikutan ….. laen kali.. kalau cik azue terjumpa lagi sesuatu yang lain… yang dapat member manfaat… Insya Allah akan cik azue kongsikan disini…

*ketika nota ini di tulis… hati cik azue sgt tak tenang… mcm2 ada dlm fikiran n hati menjadi tak keruan… tapi dengan IZIN ILAHI.. berkat keyakinan akan kudrat n iradat nya.. Alhamdulillah.. selepas cik azue amalkan ayat 76 itue berulang kali.. hati ni agak sedikit lapang… n Insya Allah marilah kita bersama-sama mengamalkan nya…. Wallahu'alam…

Wasalam….
Kuazue Mohd

Nasi Ayam ….


In the name of Allah…Ar Rahman… Ar Rahim

Nak cerita.. hasil skodeng… punggah langgah dapur kak nor – secubit garam… cik azue jumpa lah resepi mudah nie… pergh… masak nasi ayam… 


Best tul… tak sia2 gie selongkar sana… tak caya… meh layan tengok gambar2 nie…
Best kan… 

 Ayam nye,,, sodap..

sesayur n kicap n cili nya... marvellos...

nasik n sup nya....

Apa pun... thanks kak nor sebab dari sana dapat ler cik azue ilham nak siapkan juadah anakanda terchenta nie.. any way.. siapa nak resepi asal.. moh le kiter ke dapur kak nor yer...

k lah.... hingga entry yang laen kali pulak yer....


Wasalam…
kuazue

Monday, June 7, 2010

Dinner Menu…


In the name of Allah…Ar Rahman… Ar Rahim… 



Nak share dengan semua… menu makan malam ringkas buat santapan keluarga terchenta… lama dah cik azue snap gambar nie.. tapi kurang punya masa mau update blog nyer.. ni lah baru dapat naikkan ke blog nie..

Tada… Lapau tak tengok makanan nie? Kalau lapau jom aaa wat resepi campak2 nie… tak yah buh resepi ler.. main campak2 jer apa2 yang ada dlm peti ais nun… apa pun mesti ada satu yang PEDAS menyengat.. baru kick.. n nie dibuat specially to beloved man…. Hehee…
LAYANZ….
Apa menu nya.. ikut pusingan jam ye…
  1. Sup tauhu jepun dgn kerot n cendawan tiram
  2. Ikan tongkol goreng kicap berlado (amik idea dar blog Ummi)
  3. Rendang ayam (semalam punya – tapi di panaskan sampai kering.. fuhs.. marvellos)
  4. Ikan tongkol goreng wat sikecik yang tak makan pedas…

Simple kan… but itu jer yang sempat di hari hari berkerja nie…
K lah.. sampai sini dulu yor..

Wasalam…
kuazue