Followers

Monday, September 29, 2014

Entri # 86: 26 September - 7 tahun sudah!

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Salam kasih sayang buat semua. 26/9 yang lalu adalah hari lahir adik Haziq. Cepat betul masa berlalu, sekarang sudah menjangkau 7 tahun usianya.
Selamat Hari Lahir buat kamu, anak. 


"Daku lah HANG JEBAT!"  katanya sambil memakai tengkolok dari manila kad.

Semoga kamu menjadi hamba Allah yang berada di dalam kalangan kekasihNYA.


Kikikiki. Macam biasa, si ibu yang konon nya "the perfect baker" akan diminta untuk membuat kek sesuka hati ibu beserta hiasan kek ikut dan mana bahan yang ada di rumah pada tika dan waktu itu.

Apa pun, ini kek coklat cheese kukus sebagai memenuhi impian hendak makan kek coklat. Oppss, kejadian kek setelah dipotong tak sempat nak ambil gambarnya. Minta maaf ya.

Resepi kek ini diambil dari FB: Resepi Ringkas. Terima kasih lah pada yang sudi berkongsi resepi yang mudah ini. Cik azue salin semula untuk rujukan sendiri dan kawan-kawan mana yang berkenaan.

Kek Coklat Cheese

Kek Coklat
4 biji telur gred A (cik azue guna 5 biji telur gred B)
1 cawan gula kastor
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan minyak jagung
1 cawan serbuk koko
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanila

Pukul telur dengan gula hingga kembang dan gebu. Masukkan susu pekat, pukul sebati. Masukkan susu cair dan minyak, pukul sebati lagi. Masukkan bahan-bahan kering yang telah diayak bersama dan kaup balik sebati. Curahkan separuh adunan dalam acuan dan kukus dalam 20-25 minit. Kukus dengan api kuat. Kemudian, curahkan adunan cheese dan kukus lagi 20-25 minit. Akhiri dengan baki adunan coklat dan kukus semula dalam tempoh 20-25 minit atau hingga masak. Sejukkan dan dihias ikut kreativiti.

Adunan Cheese
250gm cream cheese (cik azue guna jenama TATURA)
1/2 cawan gula castor
1 biji telur gred A (cik azue guna 2 biji gred B)
1 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar air
1 sudu teh esen vanila.

Pukul (mix) semua sehingga sebati.

Selamat mencuba, ya. Sedap!.

Oklah, cik azue nak buat imej sulaman dan menyulam lagi hari ini. Nanti cik azue kongsi lagi ya.

Wasalam


Tuesday, September 23, 2014

Entri # 85: 08-08-2014 - Selamat Hari Lahir Abang!

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Ini kisah lama dah.. baru nak muat naik sini. Si abang minta buatkan kek blueberry untuk hari lahirnya. Jadi, entri kali ini, nak cerita tentang kek je, hihihi, jangan marah ya.
Kek terhasil adalah kek kombinasi kek coklat dan kek oren dengan kream coklat dan bluberi.

kek coklat

kek oren sunquick
Kedua-dua kek ini cik azue gunakan resepi kek span ya dan di belah dua bahagian bagi kek coklat, dan 3 bahagian bagi kek oren  yang mana menjadikan 5 lapisan kek yang berselang-seli pada akhir nanti.
Resepi kek, Allah, terlupa sudah mana letak resepinya. Nanti dah jumpa cik azue salin semula ke sini ya.

Sesi Deco-deco untuk penuhi impian jejaka tersebut

lapisan pertama, kek coklat di lapisi dengan fresh cream dan coklat ganache


Lapisan kedua & ketiga, kek oren dan dilapisi dengan fresh cream dan blueberi



 Lapisan 4 kek oren dengan fresh cream dan coklat ganache dan kemudian dilapisi dgn kek coklat akhir sekali

disalut dengan fresh cream keseluruhannya dan hasil akhir seperti ini




 Selepas di potong, menjadi sebegini.



heheehe.. gini lah rupa kejadiannya. Tapi anak-anak suka dan buatkan ibu gembira.

Apa pun air tangan ibu. 

Oklah, sampai sini dulu. Nak menyulam tempahan nametag pula sekarang ini.

Wasalam

Monday, September 22, 2014

Entri # 84: Blok Tampal Cantum - "The Flock"

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam kasih sayang buat semua. Hari ini cik azue sambung menulis tentang kraf seni jahitan tampal cantum. Masih ingat akan entri INI? Ya kesinambungan dari entri itu. Cik azue nak menulis tentang bagaimana nak hasilkan blok tampal cantum yang diberi nama "The Flock" sebagai rujukan bagi yang bertanya.
Apa yang cik azue tulis di sini adalah bagaimana cik azue buat blok ini ya. Buat kawan-kawan yang mahir dengan seni jahitan tampal cantum ni, jika ada yang terkurang tu, mohon diperbetulkan lah ya. Cik azue hasilkan bersandarkan kenangan pada hobi mak aja.

Baik. Ini paten dari buku mak yang dah dipilih tempoh hari.



Oh lupa nak ambil 2 keping kain atas dan bawah yang dilapis dua (depan bertemu depan) dan dijahit seperti gambar di atas.

Hasil dari jahitan di atas menjadi seperti ini apabila kita potong di tengah antara dua jahitan lurus yang telah dibuat tadi (rujuk gambar di atas tadi). Setelah diseterika, dijahit sebelah menyebelah seperti gambar.

Kemudian dari dua (gambar di atas) dicantum dan dijahit menjadi seperti gambar.

Blok ini dibuat sama seperti blok pertama (lupa nak ambil gambar, minta maaf ya) di jahit dan di potong tengah. Selepas itu di seterika seperti hasil dalam gambar di atas.

Blok ini dibuat dengan mencantum blok dari blok ke 3 dengan blok ke 4. Selepas jahit, diseterika seperti gambar.

Ini blok siap. Cantuman 2 blok dari blok ke 5 di atas.

saiz muka depan selimut berbanding haziq.
ini proses letak border

ini hasil selepas diletak border.

ini adalah rupa penjuru border ya. Bagaimana cik azue buat? Begini.

Pertama: jahit dulu border ditepi dengan tinggalkan lebihan kain di hujungnya (agak-agak aje)


dari pandangan muka belakang


dari pandangan muka hadapan


Kedua: temukan sisi ke sisi seperti gambar 


tandakan menyerong seperti ini

 Jahit di atas tanda tadi



guntingkan 

dan terbalikkan. Tada!


 Dapat tak? Kalau ada yang musykil, bagi tahu ya.

 Yang bawah ini pula proses jelujur atas dan bawah sebelum dijahit tindih dengan mesin. Lain-lain sambungan rujuk entri sebelum ini ya. 



Kalau ada yang kurang faham, maaf, cik azue tak pandai nak buat tutorial. In shaa Allah nanti cik azue cuba buat lebih baik untuk blok-blok jahitan yang akan datang. Hanya untuk kawan-kawan, jangan risau, tiada cas bayaran dikenakan.

Oklah, cik azue nak kena beransur dulu. Esok in shaa Allah, cik azue sambung lagi ya.

Wasalam


Sunday, September 21, 2014

Entri # 83: Tempahan Sulaman

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam kasih sayang buat semua. Wah, hari-hari ada entri baru ya cik azue setakat hari ini. 
Kan cik azue dah kata, cik azue dah kembali bersiaran di alam maya ini. Menyambung kembali ukhwah yang terjalin selama ini di sini.
Ikutkan hati, banyak nak menulis, tapi satu-satu kita kasi muat naik ya. Harap-harap masa tidak mencemburui akan cik azue lah kan.
Tapi sebenarnya alasan sibuk tu tak boleh pakai, sebab sendiri yang sebenarnya tidak pandai urus masa. Muahahaha!

Baik, kembali kepada tempahan yang cik azue dah lama pos sebelum sakit mata menyerang tu hari.

1) Tempahan tanda nama rumi. 
S/O #: KSN00065
Jumlah: 12 pcs


Terima kasih ya puan. 

Tempahan kedua - tempahan bantal bersulam

S/O#: KCP00037
Saiz: 24 inci x 24 inci
Material: Flannel, loose fiber dan cotton 
(kain cotton - lapik di dalam kasi teguh dan kukuh gitu)
Harga: RM100 (termasuk cas penghantaran)


Terima kasih ya puan. 

Baik, jika ada yang berkenan boleh email di kuazue@gmail.com atau WA (sahaja) di 013-2700020 ya.
Terima Kasih.

Sampai sini dulu lah yer untuk hari ini. Hari ini cik azue ada tetamu yang sudi bertandang. Nak bersiap-siap dulu ya. Ada rezeki, cik azue cerita di sini ya.

Hingga itu, wasalam

Saturday, September 20, 2014

Entri # 82: "Selimut Mak Tok" @ Selimut Tampal Cantum

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam Kasih Sayang. Entri tengah hari rembang, kata orang tua-tua masa cik azue kecik-kecik dahulu.
Hari ini cuaca nampak tidak begitu bagus. Entahkan hujan, entahkan tidak. Kain basuhan, baru sahaja mesin berhenti basuhnya. Masih belum cik azue sidai ke ampaian. Tunggu sekejap lagilah, biar mentari tengahari bersinar galak dulu ya (oh, daku malas betul nak sidai jemuran sebenarnya).

Hari-hari mendung tak bererti hujan ni, mari jamu mata dengan selimut tampal cantum ni. Dah lama siap pun, baru ni sihat nak wat entrinya.
Sebelum terlupa, ini adalah kesinambungan dari entri yang  INI dan yang INI

 Tada!
Muka depan
Keseluruhan muka depan (macam yang mak suruh buat tu) segala tampal cantum itu dibuat dengan perca langsir. Aduhai, kalau nak tahu, sangat terbeban menjahit perca yang tak sama jenis kainnya. Satu kejung, satu senang memeri, tak tarik pun boleh memanjang, pulak tu dah namanya percakan, bukan boleh pilih nak potong ikut ira kain atau tidak, belasah aja ikut semaksima kain yang boleh. Alhamdulillah, siap juga. 
Masa cik azue 'basting' (jelujur) kain atas dan bawah ni, masa ni bulan puasa, tetiba terperasan macam mak duk atas sofa sedang pandang cik azue buat. Mula-mula cik azue buat tak tahu je, tapi bila macam tiap kali tunduk jahit, di ekor mata daku ternampak-nampak beliau, daku katup semua, ambil wuduk dan baca Al-Quran  terus dan sedekahkan buat mak. Oh sungguh satu perasaan yang tidak boleh kugambarkan tika dan waktu itu. Moga-moga itu hanyalah mainan emosi cik azue sahaja. Sudahlah daku seorang-seorang dirumah waktu itu (anak-anak sekolah dan chenta hati kerjakan, hari bekerja), sudahnya, dua hari selepas itu baru daku menyambung semula tugas yang terhenti. dan 'border' biru muda itu guna kain tetron jer dari nagoya. 

Muka belakang
Yang belakang pula, mak kata, tak kisah, kalau depan guna kain licin, belakang guna kain cotton atau kain panas. Disebabkan dirumah cik azue ada bergulung-gulung kain flannel @ kain panas ni, maka, cik azue pun guna kain ini sahajalah buat muka belakangnya. Sedap juga kalau kena ke kulitkan.

Sedang dijahit tindih
 Ini time jahit tindih depan dan belakang. Cik azue guna 2 lapis kain sahaja (kain muka depan dan muka belakang). Ini pun dah berat. Sakit bahu jugalah nak sudahkan jahitan tu. Alhamdulillah dengan pertolongan cik JACK, cepatlah juga berbanding kalau guna cik SINGER tu, mahu meraung dia jahit selimut ni.

Sedang dijahit "binding"
 Yang ni pula masa jahit bindingnya. Lupa lah nak ambil gambar penjurunya. Maaf ya. Moga-moga cik azue tidak lupa untuk projek akan datang. Dalam gambar ni boleh nampak la cik azue jahit lurus sahaja untuk lekatkan kain atas dan bawah tu. Oh kalau ada otai-otai patchwork yang baca, selain jahit lurus, jika guna mesin industri, ada paten apa lagi boleh kita jahit untuk lekatkan kain atas dan bawah ini ya? Terima kasih ya, jika sudi kongsi maklumat.

sudah dipek
Ini dah siap. Selimut ini dah dibasuh tapi malas digosok. Hahaha! Bertuah punya adik kan. Maaf lah abang chu ya. Ini anda yang punya. Minta mem anda gosok jika benci akan kedutan seribu yang ado yer.

Kata mak, "hang nanti tolong mak jahit untuk depa yang dah kawin, selimut tu muat untuk kelamin la, sat lagi depa bergaduh tak muat sat gi. Hat adik tak pa la, tapi buat juga lah kelamin, mana nak tau, sementara nak jahit, kawin pi dia pun.."

Tidak boleh lupa! tidak boleh lupa! kalau lah mak boleh baca, ADIK dah kawin pun mak, selimut dia belum lagi di potong pun perca-perca ikut paten yang mak suruh buat, huhuhu.

Jadi, selimut terhasil di atas bersaiz 66 inci X 80 inci. Moga-moga muat lah kut ya.

Sampai sini dululah ya entri tengahari ni. Nanti cik azue cuba buat totorial untuk macam mana cik azue jahit paten tampal cantum ini.

Berikut detail untuk selimut tampal cantum ini sebagai kesimpulan nya.

Selimut Mak Tok #:1 (Paten used: "The FLOCK")

Saiz: 66 inci x 80 inci 

Kain Top: Perca Langsir + Tetron

Kain Bottom: Kain Flannel 

Status: Sudah Berpunya




Sekian, wasalam


*ppsssttt.... senarai penempah untuk selimut tampal cantum juga sudah mula panjang. Sesiapa berminat, boleh masuk dalam status KIV ya. Nanti lepas selesai projek unfullfill wishes ini, cik azue hubungi anda semula. Harga bergantung saiz, paten, material tau. Harga bermula RM100 dan ke atas ya.

Friday, September 19, 2014

Entri # 81: Ahurm! Cik Azue dah kembali

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam Kasih sayang. Dah petang baru cik azue update blog ni. Rindu ke awak semua dekat cik azue BAM BAM ni.. hihihi, perasan retis sekejap.

Kenapa hilangkan diri. Aduhai la kawan-kawan, cik azue sakit mata lah. 

mata hari ke berapa ya waktu ini?? lupa sudah daku..Allah...!!

Ntah mana punya virus pun tak tahu lah yang menyerang. Atau mungkin mata ni dah lama tak menangisi dosa-dosa saban hari, maka Allah utus kesakitan mata, sampai berjujuran air mata tak henti. Alhamdulillah.
Di sebabkan ini, terpaksalah cik azue menutup segala urusan yang menggunakan mata sehingga mata ini benar-benar sembuh. Alhamdulillah, hari ini dan saat ini, hanya mata kiri ajer yang kekadang tu mengalir air mata nya bila agak stress dengan cahaya.
Jadi, segala urusan blog, FB, Page dan segalanya telah beroperasi sepenuhnya hari ini. Dan sedang pecah kepala nak design konsep ucapan buat pengantin ada tulisan tomyam, imej periuk, belanga dan senduk.
Ada idea?

Oklah, cik azue berundur dulu ya. Senang-senang malam hari cik azue auto publish sahaja ya.

wasalam 


Thursday, September 4, 2014

Entri # 80: Bento aka Bekal Anak

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam kasih sayang.
Dah hampir 6 bulan cik azue bergelar WAHM. Banyak lagi yang masih perlu diperbaiki, especially tentang diri sendiri dan bagaimana nak menjadi seorang pengurus keluarga yang baik.
Sebagai memenuhi janji buat kanak-kanak riang ria ini

Gambar Aidilfitri 2014 yang lalu

ibu pun merajinkan diri menceburi FB geng BENTO, demi mu anak, tara !


Nasi putih, kurma ayam dan kentang.

Bekal makan waktu rehat. Mereka berdua sekolah sesi petang.
Pagi tidak berbekal.

Oklah, nanti kita kongsi lagi ya.

Wasalam