Followers

Wednesday, August 3, 2016

Dalam proses

Entri: #167
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI



Sebenarnya, dah bertahun-tahun kain-kain terpotong ini kekal dalam status "dalam proses".

Kain rm10 untuk 4meter ini dibeli di Jalan Tar Kuala Lumpur sebelum dan selepas musim perayaan.

Dari masih bekerja bermajikan (dengan alasan tak menyempat) hinggalah sekarang ini barulah dapat mengadap. Ini pun sebab tahap bosan melampau tinggi dek tidak dapat buat apa-apa selain daripada tidur.

Tadi, buka balik bungkusan yang sedia ada dan terjumpa kain-kain yang sudah siap terpotong dan separuh daripadanya sudah pun dijahit tepi. Siap ada 'lining' lagi bagi setiap helai.

Oh ya, projek apa ya?
Kalau tak silap, ini projek baju 'maxi' atau gaun panjang. Untuk diri sendiri buat dipakai hari-hari sebagai baju basahan.

Oklah, kekejangan perut ini makin menjadi-jadi.
Nanti kita bersambung lagi.

Wasalam

#azuriyahmohamad
#ini_cerita_kami
#hikayatsangratu
#ratukematu
#workinprogres

posted from Bloggeroid

Cabaran Ogos ABDR

Entri: #166
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Syawal 29, 1437H
(3 Ogos 2016)

Salam kasih sayang.

Hari ini nak cerita tentang cabaran Ogos yang dibuat oleh cikgu Anys (Akademi Bekerja di Rumah - ABDR) di kelas beliau.



Sejajar dengan aspirasi cik azue nak mengaktifkan diri balik diblog kesayangan ini, elok sangatlah cikgu buka cabaran buat pemangkin semangat kami semua anak didik. Terima kasih cikgu.

Jadi, mohon doa kalian agar cik azue kuat dan boleh menulis setiap hari.

Oklah, sampai sini dulu.
Cik azue dari semalam kejung perut ini.

Kepada yang bertanya cik azue tentang gejala penyakit yang cik azue deritai ini, nanti cik azue tulis ya.

Buat masa sekarang, makan ubat dan cuba untuk tidur agar darjah kesakitan semakin berkurangan.

Hingga itu, wasalam

posted from Bloggeroid

Tuesday, August 2, 2016

Sakit Puan: Endometriosis dan Adenomyosis

Entri: #165
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI



Apa itu Endometriosis (endo) dan apakah pula Adenomyosis (adeno) itu?

Ni cik azue tulis mengikut apa yang doktor pakar sakit puan beritahu ya.

Endometriosis terjadi bila mana sel endometrium (lapisan yang patut keluar sebagai haid) telah tertumbuh ditempat diluar daripada rahem.

Cyst dan fibroid juga merupakan gejala endometriosis, namun ada juga pesakit tidak mempunyai cyst dan fibroid (cik azue lah tu).

Adenomyosis pula terjadi apabila sel endometrium itu telah tertumbuh masuk ke dalam jaringan otot rahem. Selalunya penderita adenomyosis adalah wanita yang pernah melahirkan atau pernah mengalami trauma pada dinding rahem seperti pernah menjalani prosedur Czer dan lain-lain operasi.

Adenomyosis juga adalah peringkat lanjutan bagi penderita endometriosis.

Kenapa ini terjadi? Masih dikaji. Ya pakar masih mengkaji. Dan hampir kesemua pesakit mempunyai sejarah rahem terbalik atau 'retroverted uterus'.

Gejala umum penyakit endo: sakit perut ketika sebelum, semasa atau selepas haid yang melampau.

Gejala umum adeno: penurunan darah haid berpanjangan dan melampau banyak. Boleh juga seiring dengan rasa sakit perut / kekejangan seperti saat melahirkan / kontraksi kelahiran

Gejala sakit kronik: sakit perut /kekejangan / kontraksi berterusan dengan atau tanpa haid setiap hari.

Rawatan: terapi hormon, terapi ubat penahan sakit atau buang rahem (kes kronik).

Penyembuhan : kawalan sakit sahaja dengan pil penahan sakit atau prosedur buang rahem.

Sekian.
Sila tambah info jika ada yang tertinggal.

Wasalam
posted from Bloggeroid

Ke manakah Cik Azue menghilang (bahagian 1)

Entri: #164
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Syawal 28, 1437H
(2 Ogos 2016)

Salam kasih sayang buat kalian yang masih sudi bertandang.

Maaflah, tiba-tiba sepi balik blog ini. Lebih kurang 10 hari jugalah tiba-tiba blog ini sunyi sepi.

Cik azue tidak ke mana. Hanya terlantar kat rumah melayan rawan sakitnya perut.
Makan ubat dan tidur.



Pil tramadol itu diambil hanya ketika sangat-sangat sakit.
Bila diambil, dalam jangkamasa 15 minit sahaja, terus pernafasan seolah-olah menjadi perlahan dan lepas itu, hanyut ke alam mana pun tak tahu.

Pertama kali doktor mulakan rawatan ubat ini di wad hospital, terasa macam "apakah hayatku akan berakhir di sini?"

Ngerikan. Tapi masa itu ada pantauan doktor dan jururawat. Ubat pula dimasukkan melalui salur darah. Sekarang ini, di rumah, hanya pil 50mg bila perlu.

Semoga cepat hari kesakitan ini berlalu. Banyak sungguh tertinggal sejak setahun dijengah dengan penyakit ini.

Nanti cik azue sambung lagi apa pula kata doktor di pertemuan bulan 4 yang lalu.


Hingga itu, Wasalam

posted from Bloggeroid

HUBUNGI SAYA

Entri: MELEKAT
(sila skrol ke bawah untuk entri terkini)

Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh rujuk ke link BERIKUT