Followers

Thursday, January 2, 2020

Tukar Sekolah - Dak Haziq

Entri: # 245
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Koleksi Peribadi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam kasih sayang.

Hari ini, cik azue agak kurang sihat lebih sikit dari semalam.
Hari ini kepala pula rasa sakit. Telan paracetemol yang dibekalkan oleh hospital pun seolah-olah langsung tidak memberi kesan.
Alhamdulillah atas nikmat sakit yang Allah beri ini.

Kembali ke tajuk.
Pagi-pagi, ketika anak-anak lain sedang elok untuk memulakan sesi pembelajaran, cik azue dan dak Haziq menapak pula ke Sekolah Menengah Tun Perak bagi urusan pertukaran sekolah.

Gambar dari tepi saja, dari depan lupa nak ambil pula

Ya, dak Haziq sekarang ini sepatutnya memulakan sesi persekolahan tingkatan 1 di sekolah Menengah Tun Perak (SMTTP), hari ini.

Jumaat 27/12/2019 yang lalu, sebenarnya, dia sudah pun menghadiri sesi orientasi tingkatan satu.


Buku-buku tulis dan seluar sukan juga telah siap pun dibeli. Buku-buku teks pun dah dapat.
masa hari orientasi
Namun, pada lewat petang 27/12/2019 itu baru dapat tahu yang nama dak Haziq telah tersenarai dalam tawaran kedua yang mendapat tawaran belajar di Sekolah Agama Menengah Rawang (SAMER).

Apa lagi, dak Haziq pun terimalah tawaran tersebut dengan harapan dapat duduk di asrama nanti (kena buat rayuan sebab sekolah dekat dengan rumah).

Selesai urusan penyerahan surat tawaran dan buku teks ke pihak sekolah SMTTP, dak Haziq minta nak beli air bungkus dari kantin sekolah. Oklah, memandangkan nanti sudah tak bersekolah di sini, permintaan pun ditunaikan.

cantik kantin nya

Berakhirlah kisah dak Haziq dan Sekolah Menengah Taman Tun Perak. Nanti kita sambung dengan sekolah baru pula.

Kembali ke aktiviti sulaman cik azue pula.


Cik azue sebenarnya masih bercuti dari aktiviti sulaman untuk menyelesaikan urusan persekolahan anakanda berdua.

Walau bagaimana pun, aktiviti tempahan masih lagi berlangsung.

Tempahan sulaman masih diterima dan buku tempahan bagi tahun 2020 juga telah dibuka.
Terima kasih banyak atas sokongan kalian.


Oklah, sampai sini dulu.
Wasalam

#2/366

Wednesday, January 1, 2020

Selamat Tahun Baru Masihi 2020

Entri: # 244
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: SAMT KKB
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Salam kasih sayang.

Selamat tahun baru 2020 buat semua.
Hari ini merupakan hari pertama bagi tahun ini.
Hari ini juga cik azue kembali menghantar si anak bujang pertama ke asrama bagi memulakan sesi persekolahan tahun 2020.

gambar dari page SAMTKKB

Alhamdulillah atas nikmat nyawa yang dipinjamkan Ilahi buat kita semua.

Wahai anakanda yang amat dikasihi,
gambar ni pun gambar lama dari page SAMTKKB

Tahun 2020 ini, anakanda harus mempersiapkan diri anakanda sebaiknya bagi menghadapi peperiksaan PT3.

Ibu, abah dan para guru, hanya mampu berdoa dan memberikan tunjuk cara sebaiknya buat anakanda.

Selebihnya, semuanya bergantung kepada usaha anakanda sendiri dengan izin Ilahi.

Semoga anakanda dan rakan-rakan seperjuangan dipermudahkan Ilahi atas urusan pembelajaran sepanjang tahun ini hendaknya.

Sampai sini dulu untuk hari ini.
Semoga cik azue mampu untuk kembali menulis lagi seperti di awal-awal tahun pembukaan blog ini.

Terima kasih buat kalian yang sudi kembali ke blog ini.

Banyak nak diceritakan, nanti in shaa Allah, cik azue tulis cerita 'throw back' ya.

Wasalam


*hari 1/366*









Saturday, September 21, 2019

Alhamdulillah...Dan hujan pun Turun...

Entri: # 243
Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Kisah jerebu lagi.



Alhamdulillah, akhirnya hujan juga pada jam 4pm, dimana bacaan ipu adalah 151 pada pencerap Batu Muda,



Kemudian, berbalik pula pada kisah kesihatan cik azue.

Sebenarnya, malas dah nak menaip cerita tentang sakit ini. Tetapi bila cik azue google cari ilmu/panduan tentang sakit ini, langsung tidak jumpa satu blog pun dari tanah air kita, bercerita tentang sakit tulang belakang, sakit saraf akibat cervical spondylosis ini. Jadi, cik azue ambil keputusan untuk menulus kembali.

Moga-moga tiada lagi dapat mesej suruh cik azue jangan menulis, bercerita tentang sakit, umpama tidak redho dengan ujian.

Kalian, bukan menulis ini minta simpati. Menulis ini sekadar untuk memberi gambaran bagaimana sakit ini dan lagu mana cara perubatan.

Yang terasa apa yang cik azue menulis ini beri impak negatif, sila jangan baca, ya.

Baik. Sebenarnya, cik azue ni sakit kepala. 
Sudah banyak hari sakit kepala ini mengganggu diri.
Sakit kepala hingga sakit pada bola mata dan kali ini sakit ini menekan dibahagian mata kiri.
Tidur dek sakit kepala dan bangun tidur pagi pun sakit kepala.

Lepas asar, lepas hujan reda tadi, sakit pada kaki kanan dan tricep bisep tangan ini menjadi-jadi.

Tengkuk mula rasa kejang yakmat.

Bawa diri baring tidur, tak boleh lena kerana terjadinya gangguan seperti renjatan electrik dihujung-hujung kaki dan tangan. 

Betis di kedua kaki rasa bagai otot tertarik-tarik, macam nak cramp. Pain score pada skala 5/10.

Jam 6.45pm
Pain score pada skala 7@8/10.
Kaki rasa sejuk yang mencengkam tulang. 

Sakit.
Tak boleh kontrol. Air mata mengalir.

Ya Rabb,
Sakit sungguh kaki kanan dan kaki kiri serta dua tangan. Sakit umpama seluruh limb kena toreh.

Ya Rabbi,
Sujud lama di sujud terakhir solat maghrib, moga Allah ampunkan dosa.

Bawa baring sambil nangih dan sebolehnya tak mahu ambil ubat tahan sakit sebelum isya, sbb nanti takut tak sempat solat tertidur dan mati???

9pm
Magic, torehan tadi macam menghilang sendiri. Terus badan rasa berpeloh, panas semacam pula.

Tika ruku' solat isya', bagai ada satu tikaman di antara tulang cervical lalu rasa yang tadi itu hadir beransur pergi.
Alhamdulillah.
Sekarang yang tinggal sakit bahu dan tengkuk + sedikit di bahagian thoraxic vetebra.

Sebelum pejam mata, ambil norgesic 2 biji dan nantilah cik azue sambung lagi ya.


Sekian, terima kasih.

Wasalam


#cervicalradiculopathy



Wednesday, September 18, 2019

Tahun 1441H dan Cerita Jerebu bab 1

Entri: # 242
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Koleksi Peribadi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Salam Kasih Sayang.

20 Muharram 1441H.
Selamat tahun baru Islam ya korang, maaf baru hari ini ucapkan menerusi blog ini.


Sihatkah awak orang semua tika dan waktu ini? 
Di musim jerebu kembali ini, harapnya agar kalian sihat-sihat belaka.

Apa khabar indeks pencemaran udara di tempat kalian? Moga-moga kita semua dapat bersabar dalam menempuh ujian jerebu kali ini. 

Ok jom tengok laporan cik azue pula untuk jerebu kali ini.
Pencerap indeks pencemaran udara terdekat dengan Rawang adalah di Batu Muda, Kuala Lumpur.

Waktu gambar diambil, bacaan tercatat di pencerap Batu Muda adalah 144.

jajaran bukit tepi

sambungan jajaran bukit tadi

Ni bukit-bukit yang berada di kawasan belakang taman perumahan yang didiami cikazue sekeluarga.

Sebenarnya, semalam, cik azue dan dak Haziq, keluar sekejap pergi beli ikan kat tepi lombong sana tu.





Gerai jual ikan basah ni baru je beroperasi di situ. Hanya ada pelbagai ikan, sayur mayur dan ayam daging, katanya, In syaa Allah, minggu depan baru dijual.
Baiklah, cik azue layankan dak Haziq, beli seekor ikan pari dan 2 ekor ikan cencaru saiz sederhana.

Kembali ke kisah jerebu.
Pagi ini, bacaan di pencerap Batu Muda adalah 164 pada jam 7 pagi.


Kelam je rasa. 
Dari malam tadi, walau OPA (operasi pembenihan awan) dilakukan oleh pihak terbabit, di sini hujan yang turun adalah gerimis sahaja, sekejap sangat dan akhirnya berlalu di tiup angin, pergi mana pun entah lah.
Sama juga pada jam 7 pagi tadi.

Apa pun, Alhamdulillah atas rezeki gerimis itu. Semoga ianya memberi manfaat buat kita semua.

Baiklah, sampai sini dulu ya, nanti cik azue menulis lagi.

Terima kasih dan wasalam


Wednesday, July 24, 2019

Temujanji dengan Klinik Pembedahan Am Hospital Sungai Buloh

Entri: # 241
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Koleksi Peribadi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Salam Kasih Sayang buat semua.
Terlebih dahulu, cik azue mohon maaf ya sebab tersepi pulak beberapa hari ini. Sibuk cuti hujung minggu dan temujanji hospital.

Hari ini, baru ada kesempatan buka komputer riba cik azue ini untuk kemaskini blog kesayangan cik azue ini. Buka sahaja komputer ini, tiba-tiba komputer ini berubah pula tarikh dan waktunya, kembali ke tahun 2010. Haiiaahhss!



Jadi, cik azue kena tukar balik semula tarikh dan waktu terlebih dahulu, baru boleh melayari intenet.




Kurang pasti pula kenapa boleh jadi tertukar macam ni sekali. 

Ok, sekarang cik azue kembali kepada cerita asal yang cik azue mahu tulis dan simpan sebagai kenangan diblog ini.


22 July, 2019.

Hari ini, temujanji pertama tahun 2019 dengan klinik pembedahan am hospital sungai buloh, selepas temujanji terakhir 8 bulan nan lalu.


Orang pertama bagi bilik no 5. 


Alhamdulillah. Jumpa doktor, bincang lagi tentang kondisi 'refluks' dan tahap kesakitan akibat 'hiatal hernia' yang di alami sekarang ini. Dan seperti 8 bulan nan lalu, solusi kepada masalah ini samada ubah cara hidup, cara pemakanan dan yang terakhirnya adalah melalui pembedahan pembetulan.

Dan cik azue sekali lagi memilih untuk tidak mahu dibedah, dan mahu mencuba lagi dan lagi dengan perubahan gaya hidup serta corak pemakanan.

Sebelum balik, cik azue minta doktor bagi panduan cara untuk cik azue ambil ubatan jika gastrik dan refluk ini kembali menyerang.

Tulisan doktor tu, bukan tulisan cik azue. Lupa pula nak tanya doktor nama apa? Maaf na tuan doktor.

Yang atas tu sirap MMT - sirap gastrik tak kisah lah jenama Gaviscon atau yang dibekalkan oleh klinik kesihatan yang warna putih tu, ambil sebanyak 15ml, 3 kali sehari (doktor tulis TDS), selepas makan, selama seminggu. 

Ada orang yang kena ambil 30 minit sebelum makan. Cik azue jemu oh minum sirap ini, rasa dia payau, tapi berkesan kalau perut kembung macam gendang, minum ni, mudah sikit untuk sendawa atau kentut (cik azuelah masa menderita endometriosis dulu, sirap inilah di ambil jika perut rasa kembung hingga tak boleh nafas)

Yang bawah tu adalah tablet Ranitidine 150mg BD (maksud 2 kali sehari). Di ambil jika langkah pertama selepas 2 hari tidak memberi sebarang kesan pada cik azue. Kalian jangan pula cuba ya, dos ubat tak sama serta simptom kesakitan tak sama. Yang level pertama tu kalau kalian gastrik, boleh lah kalau nak cuba, yang level bawah ni, tak boleh lah ya, melainkan pernah didignose dan diberi ubat yang sama oleh doktor bertauliah.

Cik azue juga boleh mula ambil tablet ganaton pada tahap ini. Kalian? Sila dapatkan nasihat doktor dahulu ya.

Yang tak tertulis di kertas ini adalah langkah lebih 'advance', jika sekiranya kedua-dua langkah di atas telah diambil, tetapi masih tidak memberi kesan pada skor kesakitan, maka cik azue boleh ambil ubat dari kategori PPI, iaitu ubat perencat perut dari mengeluarkan asid perut. 


Kemudian, temujanji seterusnya pada 

27 Julai 2020, setahun lagi kut...muahahaha...yabedabedu

Akhirnya, cik azue keluar hospital dan kembali ke rumah menggunakan perkhidmatan grab.


 Baik orangnya, tinggal kat lorong 1F, cik azue lorong 3F, kiranya jiran setaman lah pemandu grab ini. Alhamdulillah atas nikmat Allah. 

Siap cerita 22 Julai. 

Ni cik azue tambah pula dengan tarikh temujanji akan datang. Temujanji masuk wad untuk buat ujian tidur macam yang cik azue tulis dalam entri sebelum ini.


Tarikh kemasukan wad dan kertas arahan yang perlu dibawa/buat sebelum dan semasa kemasukan wad nanti

Nanti In shaa Allah, lepas selesai kes ini, cik azue tulis pengalaman dia macam mana ya.


Sampai sini dulu ya, lain kali cik azue menulis lagi.

Wasalam