Followers

Thursday, September 28, 2017

Kemas blog dan kemas rumah

Entri: #205
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

Assalamualaikum dan salam kasih sayang.

Hari ini cik azue menulis tentang berkemas.
Selain kemas blog-blog yang dah lama terbiar sepi, cik azue juga harus mula kembali rutin mengemas rumah.

Selama 2 tahun, cik azue tidak ambil kisah tentang keadaan sekeliling. Cukuplah sekadarnya sahaja semenjak cik azue bergelar penderita endometriosis kronik.

Alasan yang cukup besar. 360 darjah kehidupan terus berubah arah. Asyik hidup dengan pil penahan sakit dan keluar masuk hospital.

Alhamdulillah, tahun ini cik azue agak lebih sihat berbanding tahun-tahun lalu. Nanti cik azue tulis macam mana kesakitan itu merubah segalanya.

Hari ini cik azue menulus tentang berkemas dahulu.

2 tahun kebelakangan ini, bukanlah langsung tak berkemas, cuma tidak menjadikan ianya rutin harian. Buat bila rasa perlu sahaja, samada dilalukan oleh encik chenta atau pun si jejaka Megat berdua.

Sakit mata, pejamkan sahaja. Mahu bangun dan buat, langsung kederat tenaga tiada. Jadi, atas nikmat sihat sikit ini, cik azue mengambil peluang mulakan kembali rutin yang dah lama ditinggalkan ini.



Kita sapu sawang, sapu kipas syiling, vakum lantai dan segalanya yang berterabur di ruang tamu.

Tak banyak pun nak dikisahkan. Cumanya rumah cik azue ni banyak habuk. Dua hari sahaja tidak vakum dan mop, boleh lihat nanti debu-debu di lantai dan kabinet tv.

Oh ya, kawasan rumah cik azue ni adalah berhampiran dengan kilang simen Lafarge Rawang. Jadi faham-faham sajalah bagaimanakah keadaan habuk dan debunya itu.

Nampak gayanya, cik azue kena kembali cergaskan diri sama seperti 7, 8 tahun yang lalu. Waktu anak-anak masih kecil. Waktu itu, cik azue sangat kuat, sihat. Hari-hari mop dan vakum dek kerana anak kecil masih kuat merangkak. Sungguh jika dikenang, balik kerja, masih mampu buat itu ini, atau jika tertidur, masih mampu bangun awal pagi semata-mata untuk berkemas, basuh baju dan masak bekalan makanan anak-anak ke taska.

Rindu sungguh waktu itu. Tapi apakan daya, masa tidak akan menunggu kita. Cik azue sudah kurang tenaga tika ini. Jadi sempena tahun baru, cik azue ingat akan membuat satu jadual mengemas buat rujukan diri sendiri. Semoga cik azue mampu kembali kuat bertenaga macam dulu-dulu hendaknya.

Oklah, jom sambung berkemas di sudut cik azue berkarya pula.

Sekian
~azuriyahmohamad~
Muharram 07, 1439H ; 1145am

No comments: