Followers

Friday, March 25, 2016

Hari 268 - Panaskan Enjin

Entri: #158
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Jamadil Akhir, 17, 1437H
(25 March 2016)

Alhamdulillah. Hari ini dapat bangun dengan rasa perit kerongkong ya amat.
Namun perit sementara sahaja. Selepas bergelas air suam diteguk, keadaan kembali seperti sediakala.



Sesi pagi, cik azue menyambung jahitan ini. Ini bukan tempahan. Buat saja-saja untuk anakanda penama di kuilt tersebut. Dah lama patutnya siap, tapi dek kerana badan yang lesu, terkubur sahaja di tepi mesin.





Dah lama tak buat muffin. Jadi ambil kesempatan buat untuk anakanda berdua dan chenta hati. Cari punya cari, bekas besar itu sahaja yang ada dalam simpanan. Maklumlah, hampir setahun cik azue tak usik langsung oven di dapur.

Petangnya dari jam 3pm hingga 5pm, cik azue di sekolah agama anakanda Hazim.
Mendengar taklimat tentang peperiksaan UPKK yang pertama kali diambil oleh SRA ini. Pertama kali buat sekolah dan pertama kali juga dalam sejarah keluarga kecil cik azue ini.

Tika dan waktu inilah terasa perut itu bagai ditoreh-toreh.
Huwaa, nangis dalam hati.
Allah sabarkan daku. Terasa nak guling disitu. Zikir-zikir dan ubah titik fokus. Alhamdulillah, Allah izin keringanan.



Lewat petang, selain tangan kanan terasa kejung dari siku ke bawah, tiba-tiba sahaja mata dan hidung pun berair. Mengalir pula tu. Sudah, mahu demamkah atau selsemakah?

Untuk nota tambahan. Pengidap endometriosis dan adenomyosis (sesetengahnya) memang ada sedikit masalah rendah sistem imun dan senang sakit.

Kesimpulan hari ini, Alhamdulillah, walau masih terasa kesan sakit, tapi Allah izin hidup lebih sihat dengan gejala yang lebih ringan.
In shaa Allah, sampai masa sembuhlah ia.

Hingga di lain masa, maafkan cik azue dan doakan cik azue. Terima kasih.


Wasalam

~Azuriyah Mohamad @ 11.30pm~
posted from Bloggeroid

No comments: