Followers

Monday, November 16, 2015

Bila diri teruji dan diuji

Entri: #143
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Safar 5, 1437H
(16 November 2015)

Salam kasih sayang buat kalian yang masih sudi bertandang.

Alhamdulillah, atas kesempatan bernyawa di bumi ini.

Terima kasih atas ingatan.

Cik azue tidak ke mana. Alhamdulillah dicabar ujian bencana badan.

Bermula Julai 2015 hingga kini dan Alhamdulillah semakin pulih, Bi iznillah.





Gambar di atas bertarikh 3 Julai 2015. Ramadhan yang sangat menguji keimanan diri dan keluarga.

Sungguh tidak menyangka, tarikh itu menjadi titik bermula.
Sungguh tidak menyangka ia memaksa diri menjadi hidup seperti 'zombi'.

Sakit umpama diri ditoreh belati hidup-hidup. Sakit umpama melalui lagi sekali fasa kelahiran anakanda Megat Hazim, 10 tahun yang lalu.
Sakit bila mana ubat bius ketika operasi pembedahan 'C-zer' tidak berfungsi.





Ogos 2015, kembali menghuni katil hospital.
Terapi ubatan mula diaktif. Cara ambilan pil penahan sakit mula dirombak.

Syukur Allah beri rasa sakit ini.
Syukur Allah hisab ketika hidup ini.
Sekurangnya masih ada insan buat mengadu rasa.

Tentu kalian tertanya, kenapakah cik azue?



Alhamdulillah cik azue hanya disahkan hadapi 'Adenomyosis' dan 'Endometriosis' dengan endometrioma bersaiz 4cm.
3 benda macam sama tapi tak serupa pada satu masa dan ketika.

Alhamdulillah. Jika itu takdir Ilahi, siapa kita untuk menghalanginya.

Sampai sini dulu.
Esok-esok cik azue sambung lagi.
Pening pula kepala ini.

Maafkan cik azue, doakan cik azue, terima kasih.

Wasalam
posted from Bloggeroid

2 comments:

Aisy Nasiha said...

Saya kurang faham penyakit cik azue ni..namun bila membayangkan kesakitan menanggung sakit pembedahan tu, terasa kecut perut saya. Moga cik azue tabah menghadapi dugaan ni. Miga cepat sembuh. Moga diampun segala dosa2 cik azue dengan kesakitan ini..

Kuazue Mohamad said...

nanti boleh tengok kat blog azuriyah.blogspot.my ye aisy. cik azue tulis nanti kat sana serta bagaimana cik azue jihad untuk mencari penawar kesakitan