Followers

Tuesday, November 17, 2015

Hujung tahun dan Musim Nametag pun Bermula

Entri: #144
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Safar 5, 1437H
(17 November 2015)

Salam kasih sayang.

Sekejap sahaja musim berlalu. Terasa pekerjaan menyulam nametag ini tidak pernah selesai.
Sekarang musim bakal berganti.
Putaran tempahan nametag rumi mahu pun jawi kembali lagi dari pihak sekolah-sekolah.



Alhamdulillah atas nikmat rezeki.
Moga-moga cik azue mampu bertahan dan melupakan kisah episod kesakitan demi mencari rezeki serta memenuhi hajat para pelanggan yang dikasihi.

Terima kasih kerana memanjangkan rezeki kami melalui tempahan yang dibuat.

Hari ini kita mulakan dengan aktiviti sulam tanda nama di petang hari.

Berjujuh nama sudah berbaris. Rumi mahu pun Jawi.

Buat kawan-kawan geng sulam, bersiap siagalah, cik azur bakal memetik nama kalian bila tiba saat itu nanti.

Doakan moga Rezeki Allah buat kita diturunkan bersama Keberkatan agar kita beroleh Keredhaan dalam mencari Cinta Ilahi dan Cinta Rasul Junjungan.

Hingga itu, maafkan cik azue, doakan cik azue.

Wasalam.

*Nota kaki: Kalian yang berhajat untuk menempah bolehlah hubungi cik azue melalui applikasi whatsapp ke nombor 013-2700020*
posted from Bloggeroid

5 comments:

Mila@Rimbun said...

abang kena berkerja keraslah akhir2 tahun ni yer... walaupun org lain bercuti hihihi.. kesian abang

Kuazue Mohamad said...

ha ah la cik mila oii... bertambah kerja abang satu ni

Nur said...

Hebatnya mesin jahit dia. :)
Selamat menyiapkan tempahan dan semoga sihat, cik azue.

naaisyah said...

semoga diberi kesihatan tubuh badan untuk melakukan segala tugas dan dimurahkan rezeki :)

Kakzakie Purvit said...

Syukur Alhamdulillah... inilah rezeki yg ditunggu pastinya
Biasalah hujung tahun nametag memang diperlukan utk budak sekolah khasnya. Kalau satu budak biasa macam anak kakak perlu 3 rumi 3 jawi.