Entri: # 123
Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
12 Feb 2015,
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI
Salam kasih sayang, muah, muah, muah buat kalian yang rajin bertandang. Minta maaf, cik azue tidak sempat hendak menjengah ke blog kalian, membalas kunjungan. Berlari-lari mengurus masa bagi mempersiapkan tempahan sulam tanda nama yang masih berbaki dalam senarai.
Sakit tekak, telinga, tangan kanan urat membengkak kembali, perkara biasa. Demam, reda, batuk dan selsema pula menghampiri. Alah bisa, tegal biasa. Yang pelik nya, alhamdulillah, walau sedikit ujian sakit, MC nya tidak seperti tatkala kerja bermajikan dahulu kala. Lagi cepat sembuh dek kerana sembuhnya jiwa itu dahulu barangkali.
Pagi ini meneruskan kembali misi sulaman, bagi 'batch' ke berapa pun tak tahu buat pelanggan personal. In shaa Allah, Sabtu kita buat pengeposan.
Alhamdulillah, tempahan sulam tanda nama masih berkunjung tiba, namun, suka nak ingatkan kalian, tempahan yang masuk hanya bagi pengeposan/ambil pertengahan MAC sahaja ya. Mana-mana yang berminat boleh mula beratur ya.
Sambil itu juga, minda sedar berfikir sejenak.
"Jika cik azue tawarkan kelas asas menyulam dan sebagainya mengikut permintaan, secara online atau offline, akan adakah nanti insan-insan yang sudi menjadi anak murid cik azue yang agak garang ini ha?"
Cakap-cakap kosong di batu jemala sahaja, moga-moga Allah rahmati dan berkati, mana tahu suatu hari nanti, cik azue tawarkan servis kelas pula kan?.
Oklah teman sekalian. Sikit masa lagi, anakanda haziq akan pulang dari sekolah agama sesi pagi dan bersiap pula ke sekolah kebangsaan sesi petang.
Bonda mahu selesaikan tugasan pagi menyulam, memotong, memanas lauk pauk, membentuk bento dan lain-lain.
Lijah Gedik hari ini merajuk kembali. Sedari jam 7 pagi memboikot tidak mahu bekerja. Alhamdulillah. Terima kasih Lijah. Jasamu ku kenang.
Hingga ini. Jaga diri, jaga Iman.
Wasalam
1 comment:
Kenapa tidak Azue. Kakak percaya bab belajar tak kira bidang apa pasti ada saja yg nak ikut..
Post a Comment