Followers

Wednesday, February 4, 2015

Panduan Memulakan Bisnes Menjahit Sulaman



Entri: # 120
Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Carian Google

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Salam kasih sayang.

Beberapa minggu nan lalu, Cik Azue dihujani email dan 'whatsapp' pertanyaan tentang bagaimana untuk memulakan bisnes menjahit sulaman. Terima kasih atas pertanyaan kalian.


Baik, apa yang cik azue bakal kongsikan adalah panduan berdasarkan pengalaman cik azue sendiri.

Dari bagaimana bermula sehinggalah sekarang ini, semata-mata untuk memberi garis panduan secara kasar dan hanya akan memfokuskan kepada bekerja sambil berada di rumah sahaja dan menjalankan bisnes menjahit sulaman.


Terlebih dahulu, adalah baiknya kita pecahkan dahulu istilah bisnes menjahit sulaman itu kepada beberapa cabang atau bidang.

Bisnes Menjahit Sulaman terbahagi kepada dua.
Pertama, sulam manual atau sulam menggunakan khidmat dua tangan dan dua kaki serta sepasang mata sebagai aset TERBESAR.

Kedua, sulam AUTO atau sulam Mesin yang mana aset TERBESAR adalah MESIN sulam dan perisian komputer yang dipanggil 'digitizing software' sebagai bonus.


Untuk menjadi seorang penjahit sulaman yang mahir, sebaiknya kita bermula dari menyulam menggunakan tangan kerana disini terdapat beberapa perkara asas yang sebenarnya dirujuk semasa kita menyulam dengan teknologi, iaitu menggunakan mesin dan perisian.

Ini bagi membiasakan kita dengan jenis sulaman dan teknik jahitannya.
Contoh sulaman yang boleh dirujuk adalah jahitan sulaman applique atau sulam tampal hias.  

Walaubagaimana pun, jika kalian yang berhasrat untuk terus melompat ke dalam arena sulaman mesin berkomputer, aset terbesar yang kalian perlu ada adalah seperti mesin sulam berkomputer dan jika benar mahu menjadi penyulam tegar, disarankan agar memiliki satu perisian mengedit / membina imej sulaman sendiri.

Berikut dikongsikan senarai harga pasaran mesin sulam yang diambil dari perkongsian di Google.


Kalian boleh rujuk ke alamat web tertera di imej untuk maklumat lanjut.


Ok, secara ringkasnya di sini, apa yang kita perlu ada sebelum memulakan  bisnes Menjahit Sulaman adalah

1) minat dan kesungguhan
2) jenis sulaman yang ingin kita terokai
3) aset yang perlu untuk memulakan bisnes ini
4) peruntukan wang modal perniagaan


Dalam kontek cik azue dan pertanyaan kalian, bagi memulakan bisnes menjahit sulaman mesin berkomputer seperti cik azue, apa yang kita perlukan sebagai aset atau modal adalah seperti berikut.

1) Mesin Sulaman berkomputer
terdapat beberapa jenis dan modal ada dipasaran bermula dari RM3,000 hinggalah mencecah RM50,000 sama ada termasuk perisian membuat imej sulaman atau tidak. Pilihan adalah mengikut bajet dan pengkhususan yang bakal kalian pilih nanti.

2) Benang dan peralatan menyulam mesin

3) Fabrik

4) Design sulaman

5) Minat dan kesungguhan

6) tambahan - perisian membuat imej sulaman.


Bagi menentukan pilihan bagi aset no 1 di atas, iaitu mesin sulam berkomputer, terlebih dahulu, suka untuk mengingatkan, kalian harus menentukan hala tuju terakhir perjalanan bisnes menjahit sulaman ini. Adakah ianya bersifat suka-suka, memenuhi hobi atau pun bakal menjadi kerjaya tetap (walau secara sambilan) yang boleh menjana pendapatan.

Ini kerana setiap mesin yang kita laburkan akan sedikit sebanyak mempengaruhi hasil karya akhir nanti. Jika ingin bermula secara sambilan dengan modal yang sedikit kecil, carilah mesin-mesin sulam dalam lingkungan harga bawah RM5K sebagai permulaan. Cari juga jika boleh yang didatangkan dengan perisian memproses imej sulaman bagi menjimatkan kos modal permulaan.

Selepas menolak bajet bagi membeli aset paling besar, kita perlu sekarang ini memperuntukkan sebahagian modal untuk membeli benang-benang sulaman dan fabrik-fabrik termasuk tuala untuk mula membuat latihan sulaman sebelum bersedia menerima tempahan nanti.

Kemudian, bagi yang tidak ada perisian memproses imej untuk imej sulaman, kalian juga perlu mengeluarkan sebahagian modal untuk membeli design-design yang terdapat dipasaran atau bagi menempah design-design pilihan daripada pembuat imej sulaman. Harga design pula adalah bermula dari serendah RM10 dan ke atas, bergantung jenis design sulaman.


Selepas itu adalah minat kalian. Tanpa minat, kadang kala apa yang kita hendak buat akan berakhir di tengah jalan. 

Bisnes menjahit sulaman mesin berkomputer adalah satu bisnes yang memerlukan modal yang agak besar untuk memulakannya.
Walaubagaimana pun, jika kalian memang mempunyai minat, kalian boleh berhubung dengan pihak EPAL dan boleh bekerjasama dengan TEKUN bagi mendapatkan pinjaman mesin.

MARA juga ada membuat pinjaman bagi memulakan perniagaan. Tetapi dua-dua pinjaman ini ada pra syarat nya.

Cik azue tidak boleh kongsi di sini kerana cik azue menabung bagi membeli aset mesin jahit cik azue.

Cik azue bermula secara manual, menghasilkan produk sulaman secara manual, kemudian barulah memiliki mesin sulam secara berkomputer.


Nanti kita sambung lagi.

Cik azue nak siapkan tempahan berbaki.

Jika ada sebarang pertanyaan, boleh berhubung dengan cik azue melalui applikasi 

WhatsApp: 013-2700020


Bagi yang nak mendapatkan makluman tentang tempahan sulaman juga boleh WA ke nombor di atas.


Oh ya, beberapa hari lagi cukuplah setahun cik azue bersama ABDR, nanti cik azue kongsikan ya pengalaman dan perasaan.

Mana-mana kalian yang ingin tahu lebih lanjut tentang ABDR, jemput ke FB Azuriyah Mohamad



Akhir kalam, semoga entri ini memberi sedikit info dan manfaat buat kalian yang bertanya.

Entri ini akan cik azue sambung tentang cabang-cabang bisnes menjahit sulaman nanti.



Hingga itu,


Wasalam





No comments: