Followers

Thursday, January 8, 2015

Entri #: 113: Diary WAHM - 2015 - Perangkaan dan Formula Menarik Rezeki

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam sayang buat semua.

Asyik sekarang ini terbabas petang sahaja kemaskini blog kesayangan ini.
Begitulah WAHM, jadual kerja yang sentiasa beranjak dari semasa ke semasa mengikut keadaan tika dan waktu semasa.

Hari ini sudah 8 hari kita di tahun baru 2015. Apa sudah kalian buat untuk diri sendiri, keluarga dan juga perancangan kita untuk jangka masa pendek serta jangka masa panjang.

Oh pening kepala sudah cik azue bila fikir-fikirkannya.
Guru online cik azue ada memberi makluman kepada kami, para pelajar beliau. Beliau berkongsi format untuk mereka bentuk azam terbaik buat diri kita yang mana ianya merupakan perkongsian daripada kelas Dr Azizan.
Bolehlah untuk kita semua guna pakai bagi menentukan hala tuju terbaik, buat dunia dan akhirat, in shaa Allah.
Mengikut beliau, seeloknya, keazaman kita berpaksikan kepada 6 perkara berikut:


                                    1) Spiritual (Kerohanian)

                                    2) Emosi

                                    3) Fizikal

                                    4) Kekeluargaan

                                    5) Karier
                                    6) Kewangan

Tersenarai di atas adalah formatnya, tapi cik azue ubah susunatur berdasarkan apa yang cik azue rasa paling kritikal di pemikiran cik azue.

Kenapa cik azue meletakkan elemen spiritual yang paling utama? Ini kerana tanpa pegangan, kita mungkin boleh menjadi seperti layang-layang terputus talinya. (Amboi, berfalsafah sekejap ya).
Di sini, bukan hanya untuk diri sendiri, malahan juga in shaa Allah akan cik azue tekankan juga pada anakanda berdua itu.

Apabila no 1 sudah seimbang, maka yang lain-lainnya akan menjadi mudah dalam kehidupan ini. Percayalah.

Tanpa no 1, no 2 akan celaru, kemudian akan effect pada no 3. Bila no3 sudah lemah, no 4 akan ada masalah. Bila no 4 ada masalah, no 5 akan huru hara dan akhirnya no 6 akan jadi entah ke mana.

Percaya? Percayalah.

Jadi berdikit-dikitlah kita dalam memperbaiki kesempurnaan spiritual kita. Bagaimana mahu perbaiki? Nah, di sini, cik azue kongsikan satu ebook yang boleh kalian buat rujukan. Walau tajuknya umpama menarik rezeki, tetapi sebenarnya ebook ini merupakan pembuka cara kita kembali kepada TUAN YANG EMPUNYA rezeki itu sendiri.

Terima kasih buat puan penulis. Cik azue berkenalan dengan penulis hebat ini secara tidak sengaja atas seorang sahabat yang suka kongsi status beliau di FB. Suka dengan ayat penyata yang dikongsi bersama, yang mana kekadang itu menjentik emosi bahawa betapa aku sering meremehkan perkara yang sudah selama ini tahu, lantas menjadikan diri cik azue pengikut FB beliau dan seterusnya menjadi di antara kawan maya beliau. Alhamdulillah.

Banyak yang digarap oleh puan penulis melalui ebook beliau ini.



Ada masa, cik azue kongsi lagi ya.

Tetapi kalau kawan-kawan rasa tidak boleh nak berlama-lama untuk tahu apa isi kandungan ebook yang 'best' ini, kawan-kawan boleh layari di sini untuk memiliki nya.
Dan selepas itu mungkin kita boleh nangis bersama melihat akan kealpaan diri kita selama ini.

Sila klik pautan: FORMULA MENARIK REZEKI


Akhir kalam, semoga tahun 1436 @ 2015 ini memberi seribu erti buat kita semua. Semoga tahun ini dan tahun mendatang semakin mendekatkan kita pada yang Esa memandangkan usia dan kematian umpama kembar yang berpisah tidak.

Jaga diri, perbaiki peribadi melalui iman dan amal.


*********************************************

pssstt.. cik azue tengah buat satu blog tentang Formula Menarik Rezeki. Di situ akan dikumpulkan dan dikongsi segala testimoni mereka-mereka yang dah baca dan juga testimoni diri cik azue sendiri selepas membaca bait-baik tulisan garapan puan penulis ini. 
Sudi-sudikanlah yer mengikuti perkongsian tersebut. 
Terima kasih ya. 

2 comments:

babYpose said...

salam 2015, betul kena ada formula rezeki. yang penting berimankan percaya krpada doa, baru ditunjuk jalannya..kuazue lama tak singgah umah cheq no. :))

Kuazue Mohamad said...

@babYposecek sebuk ampun.. segera cek p jenguk na...