Followers

Tuesday, October 14, 2014

Entri # 92 : Menyulam dan Kerja-kerja 'digitizing'

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam kasih sayang. Buat apa tu? Cik azue baru siap 'edit' imej untuk sulaman.

Pasangan orang lidi. Macam comel jer.
Tapi itu lah, bila kadang kala tu, semua kerja tidak menjadi seperti yang sepatutnya, atau adakah cik azue mencari suatu kesempurnaan.
Sempurna? Harus! Pengalaman sebagai Jurutera Kawalan Mutu, kalau tidak digunakan sehabis baik, alamat rugilah pengalaman yang berbelas tahun dibina itu.
Oh ho, cik azue harus meninggalkan kenangan lalu, cuma mengambil sikap kawalan mutu sahaja dalam etika bekerja seorang WAHM, bagi memastikan kepuasan hati bakal pelanggan.

Susah ker kerja membuat imej sulaman ni? Tak susah sebenarnya. Cuma yang susahnya, bila pembuatnya (cik azuelah tu) mempunyai suatu sikap mencari kepuasan yang agak tinggi. Maafkan duhai bakal pelanggan, jika sesuatu itu tidak 'molek' kejadian di mata cik azue, cik azue akan mengulang membuat semula. Semoga kalian faham dan semoga kalian juga faham kenapa  cik azue tidak menerima tempahan segera @ 'urgent'.
Apa lagi nak dikata, imej orang lidi itu sudah selesai disulam, nanti malam atau esok pagi (bergantung kepada anakanda berdua malam nanti) cik azue akan mula menyulam hasil akhir.

E! Tak sabar nak sulam hasil akhir. Bukan pelanggan sahaja yang tertunggu dan tak sabar nak tunggu, cik azue sendiri pun dup dap nak menunggu hasil siap nanti.

Oklah, cik azue nak siap sedia untuk juadah makan malam sementara anakanda berdua belum pulang dari sekolah.

Akhir kalam, jaga hati, jaga iman ya.
Wasalam


6 comments:

Farah Waheda Wahid said...

wah seronoknya bila dapat sulam menyulam macam ni, saya minat tapi tak reti...

AMIIZAA@Mieja said...

salams ptg azue...

MONALITA MANSOR said...

terer cikazue - org lidi pun boleh pakai sulam aje. kalau saya, forever jadi orang lidi la...

Kuazue Mohamad said...

@Farah Waheda Wahid jom-jom kita belajar .. ada software digitizing tak? kalau ada boleh share.

Kuazue Mohamad said...

@AMIIZAA salam petang awak.. :)

Kuazue Mohamad said...

@MONALITA MANSOR kikikiki.. apolah cikgu mon nih. Mesti boleh punyalah bila dah belajar.. nak belajar tak? beli mesin sulam sekali software eekk...