Followers

Sunday, October 12, 2014

Entri # 91 : Gerhana Bulan Berdarah atau Mentari Jerebukah?

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam kasih sayang dan selamat berhujung minggu. Esok hari Isnin @ Senayan kata orang tua dulu-dulu di Kedah. Jangan nak Isnin yang biru atau Isnin yang Haru sudah na. Kalau ada sikit rasa tidak enak, ingat, junjungan besar kita, Nabi Muhd SAW dilahirkan pada hari ISNIN. Jadi, best apa hari isnin tu kan.

Berbalik kepada tajuk entri. Walau lewat, (sebab baru teringat yang gambar ini belum lagi cik azue 'publish' kan dalam blog ini) cik azue tetap nak tepek masuk dalam blog ini. Sebagai kenangan dan rujukan jejaka-jejaka ini nanti, jika takdir mendahului cik azue dari yang kita rancangkan.
Ini yang sempat cik azue rakam guna talifon tak berapa nak canggih. Nampak tak bulan yang berwarna merah @ 'pinkish' itu dalam gambar di bawah ini. Itu sebab dinamakan sebagai bulan berdarah. Tapikan.... dah malam-malam hari.. baru cik azue tetiba musykil..sila baca sampai habis, ya.

Gambar ini dirakamkan sekitar jam 18.50 ~ 19.05 di Taman Jati, Rawang, Selangor.

Sapo tu ehh naik motor di situ.. maaf!!

Masa ini, dah semakin tak nampak dah... 

Barisan penangkap gambar di jalan 3F.

Mulanya, cik azue lupa akan fenomena bulan berdarah ini. Mengikut sumber yang diwar-warkan di kaca televisyen, fenomena ini boleh dilihat bermula seawal jam 18.45 hingga 19.15. 
Sibuk-sibuk siapkan juadah makan malam, cik azue pergi buang sampah dan ternampak lah abang-abang dan kakak-kakak jiran tersayang sedang perhati sesuatu di seberang jalan sana. 
Kemudian, mereka mengingatkan "Gerhana Bulan" sedang berlaku.
Apa lagi, cik azue pun masuk rumah, ambil talifon dan tumpang dua kaki ambil gambar juga macam di atas sambil-sambil tunggu anak-anak teruna balik sekolah.

Kemudian, anak-anak balik dan buat itu ini terus terlupa. Bila tengok semula talifon, baru cik azue terfikir. Ini bulan kah atau matahari ha? Adoi lah.. hahahhaha.. sampai sekarang, cik azue masih keliru. Bulan kah atau matahari yang diselaputi jerebukah? Kenapa cik azue boleh terfikir begitu, sebab, jika bulan, sepatutnya naik ke atas, tetapi kenapa dia semakin menghilang disebalik bangunan apartmen di situ. Kah, kah, kah.  Siapa nak tolong cik azue ha?

Apa pun, gerhana itu telah terjadi. Yang pasti, cik azue juga terlupa nak buat solat sunat gerhana. Apa da. Walau pun ia sunat muakkad, tetap terasa rugi juga tidak membuatnya. Jadi lain kali mesti ingat, ya cik azue ya.

Ok lah, siapa yang boleh rungkai misteri bukan nusantara ini, boleh lah komen jawapan ya. Terima kasih daun keladi. Cik azue nak sambung menyulam lagi. Wasalam.

4 comments:

monalita mansor said...

matahari kot...nama aje gerhana bulan...(pandai2 aje aku)

Min Aina Ila Aina said...

kat rumah saya pun tak nampak apa-apa masa gerhana tu..malap dengan jerebu.

http://minaina-ilaaina.blogspot.com/

Kuazue Mohd said...

@monalita mansor hahaha..kita rasa pun...

Kuazue Mohd said...

@Min Aina Ila Aina tu la.. hari tu memang jerebu kemain hebat nya kan...