Followers

Sunday, October 19, 2014

Entri # 93: Muharam Menjelma Lagi

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Carian Google
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam Kasih Sayang buat semua. 
Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut tahun baru bagi kalendar hijriah.
Apa macam? 

sumber: http://premium.wpmudev.org/blog/get-cool-with-both-custom-and-default-wordpress-smilies-and-emoticons/

Bagaimana dengan matlamat sepanjang tahun ini. 

sumber: http://www.smileysymbol.com/2012/07/14-cool-smileysemoticons-my-collection.html

Tercapai atau tidak, kita yang tentukan sendiri kan.

Sekejap betulkan masa pergi meninggalkan kita. Banyak kisah yang terjadi sepanjang perjalanan kita dalam tahun 1435 ini. Apa pula kisah kita dalam tahun-tahun kan mendatang.

Bagi diri cik azue, alhamdulillah, beberapa perkara sudah tercapai, namun BANYAK lagi perkara yang perlu dicapai. Berusaha! Berusaha! Selagi nyawa dikandung badan kan.

Kawan-kawan macam mana pula. Tahun baru bakal menjelma. 
Apa persediaan dan apa pula azam yang hendak kita capai pada tahun akan datang.

sumber:http://galleryhip.com/animated-confused-smiley-faces.html

Jangan lupa, selepas asar hari terakhir, pada 24 October ini, baca Doa Akhir tahun ya. Dan selepas maghrib, baca DOA AWAL tahun ya.
Moga-moga hidup kita lebih dirahmati.
Kalau tak tahu juga nak baca sendiri, boleh juga buka TV1, selalunya, siaran langsung dari masjid. Atau lagi baik, jom pergi surau atau masjid, mengimarahkan hari-hari terakhir dan saat-saat awal tahun baru bermula.
Tapi kadang-kadang kita ni banyak sangat alasannya. Alasan terakhir yang diberi, "ala, LUPA lah.."
Jangan, jangan, jangan! Jangan kita sengaja membuang saat-saat berharga ini. Mana tahu, tika dan saat itu, doa kita terpilih di antara jutaan doa ummat yang naik ke langit.

Oklah, cik azue tak mahu tulis panjang. Sakit jejari dompot ku. Barangkali sudah tua, barangkali menunggu masa.
Disertakan juga imej doa buat tatapan pada mana-mana yang lupa. Selebihnya, buat tatapan mata tua cik azue ni sebenarnya.

klik untuk tumbesaran


Jaga Diri, jaga IMAN, Wasalam

No comments: