Followers

Friday, October 24, 2014

Entri # 96: Pengalaman Cik Azue berniaga

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi & Carian Google

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam kasih sayang. Hari ini sementara nak tunggu malam, kita buat entri petang-petang pula. Kepala masih lagi serabut dengan beberapa tempahan yang belum selesai. Banyak design yang masih beratur untuk dijadikan imej sulaman. Terima kasih para pelanggan yang begitu setia menanti sentuhan cik azue. Terharu kita.

Sambil-sambil merehatkan otak kiri, mari kita melayan otak kanan (ya kah? otak kiri buat kerja kreatifkan, sila betulkan kalau cik azue tersalah ya).

Cik azue dibesarkan sebenarnya dalam kalangan peniaga sebenarnya, Peniaga makanan. Seingat cik azue, masa umor cik azue 6 tahun, cik azue tinggal duduk dengan nenek dan mak saudara di Pantai Remis, Perak. Bertadika di situ. Masa ni nenek dan makcik meniaga kuih pagi dan berjualan di kantin sekolah - jual laksa, itu yang ingatnya.
Pernah makan laksa beras yang dibuat sendiri? 
sumber: http://fuzzymazing.blogspot.com/2013/06/homemade-laksa-noodle.html
Ya, nenek memang berjualan dengan buat sendiri laksa berasnya. Dia kata, "..cap laksa..." Doh laksa akan ditekan melalui acuan dan diletakkan di atas daun pisang dan tak ingat dikukus atau direbus sebelum dimakan dengan kuah laksa. 

Itu cerita masa umur 6 tahun. Masa darjah satu, cik azue jual bedak sejuk pula. 

sumber: http://anakmama89.blogspot.com/2011/01/homemade-bedak-sejuk.html
Mak yang buat dan dipek dalam plastik-plastik kecil. Tak ingat berapa rm yang cik azue jual pada kawan-kawan. Aktiviti ini berlanjutan sehingga cik azue masuk sekolah menengah. Jual bedak sejuk kerana ramai yang tanya, kenapa muka daku halus mulus, Bila dijawab hanya dengan pakai bedak sejuk yang mak buat, maka berduyonlah yang menempah ketika pulang dari asrama. Kikiki.. lawak juga bila diingat. Berjualan sambil bermodelkan muka sendiri yang tiada sebarang jerawat ketika itu (ker kes tak cukup hormon mungkin). Apa pun yang pasti, dapat juga duit poket untuk belanja di asrama ketika itu.

Itu kisah bedak sejuk. Kisah jual kuih jajaan dan menolong mak dan ayah berniaga di pasar ramadan belum lagi. Disebabkan mak meniaga lauk utama adalah yang berasaskan arnab, jadi cik azue pula ketika itu dipanggil dengan gelaran kak Nab atas singkatan arNab. Stress tau abang-abang peniaga ni. Suka sangat panggil daku macam-macam nama. Ya, masa sekolah rendah, cik azue juga meniaga kuih bekal yang diberi mak. Sengaja bawa banyak dari rumah. Dengan alasan kawan dan cikgu suka minta. Ya, ada satu cikgu ni suka 'paw' bekal cik azue. Katanya "mak masak sedap.." Sebab cikgu ini lah cik azue mula menjual kuih bekal. Terima kasih cikgu. Kalau bukan kerana cikgu yang suka buat 'TOL' sudah tentu cik azue tidak terfikir nak berjualan kuih bekal. Walau hanya mungkin 10 sen sahaja nilai jualan bagi setiap kuih, tapi itu jualan yang tidak pernah bermodal, malah keuntungan menjadi 100% milik diri sendiri. Terima kasih mak dan ayah. Sengih-sengih tulis kenangan. Apa lah cik azue ni kan.

Itu cerita tentang makanan. Selain berniaga makanan, mak juga mengambil upah menjahit baju. Pada awalnya, mak menjahit baju untuk kami adik beradik sahaja. Ya lah, anak ramai, harus la ibu rumah tangga ada kemahiran macam-macam kan. Cik azue dan adik beradik selalu menjadi model kepada jahitan yang mak buat. Dari sini kemahiran berniaga itu terpupuk secara tidak langsung. 

Masuk universiti pula, cik azue berniaga jeruk buah-buahan dan acar buah. Mak juga yang buat, cik azue pek dan letak di desasiswa. Lepas la duit belanja bagi setiap kali pulang ambil stok.
Bila lama-lama di universiti, kekangan masa menjadikan cik azue tidak sempat nak pulang ambil stok. Habis la perniagaan diambil alih oleh orang lain. Redha aja lah.

Awal tahun berkerjaya sebagai jurutera, keadaan sangat sibuk. Tidak sempat itu dan ini. Dalam pada sibuk itu, dapat juga beli mesin jahit lurus di awal perkahwinan dengan bermodalkan rm1000 pada ketika itu. Sampailah dah mempunyai anak dan selepas itu barulah cik azue mula menjahit sikit-sikit pakaian kami sekeluarga, baju raya mak dan ayah (baju raya yang selalu ayah pakai sehingga ke akhir hayatnya). Hanya jahit untuk sendiri dan kegunaan sendiri.
Bila ayahanda dijemput Ilahi, mak duduk dengan cik azue. Melayan jiwa mak dengan menjahit dan secara tidak langsung, cik azue belajar seni jahitan kreatif yang diminati mak, yang pernah mak jahit ketika kami adik beradik kecil dahulu.
Selepas mak pula dijemput Ilahi, jiwa cik azue kosong, melayan kekosongan dengan menjahit kembali apa yang pernah mak jahit bagi mengubati rindu dihati. Bermula dengan menggunakan apa sahaja barang yang ada hingga lah sekarang ini cik azue sudah memiliki satu mesin sulam sebagai aset bagi perniagaan cik azue.
Hasil kerja cik azue kalian boleh layari di SINI

Kalau mengikut pengalaman berniaga ONLINE pula, cik azue bemula dengan perniagaan online; pembuatan coklat di rumah. Hasil karya coklat buatan tangan cik azue boleh dilihat di SINI. Kalau nak tempah, sila lah mampir untuk membuat pesana. In shaa Allah, hajat akan dipenuhi sebaiknya.
Masa ini cik azue buat secara sambilan sahaja, Masih lagi bekerja dengan syarikat swasta di hari biasa. Bermula dari kisah buat coklat untuk anak-anak, (boleh baca di sini dan juga sini) membawa kepada pergi berguru untuk menambah ilmu dan membuka kedai maya.
Sayang, ketika tempahan tidak putus masuk, cik azue jatuh sakit. Dan dari situ, en chenta, minta cik azue berhenti dan buat semula bila sihat. Namun, entah kenapa, rezeki tiada di sini. Jadi cik azue beralih arah. Tidak boleh ambil lagi tempahan pukal, hanya memenuhi tempahan kecil-kecilan sahaja.
Dek kerana kebosanan, cik azue mengasah semula bakat yang direndam selama ini. Gosok-gosok skil menjahit dan menyulam. Jahit buat adik dan kawan-kawan sehingga lah cik azue membuka pula kedai jahitan kreatif secara ONLINE. Tapi macam biasa, kena berpada-pada, tidak mahu sakit kembali menyerang. Jadi, untuk hasil tangan bab jahitan, kalian boleh jenguk pula ke SINI

Woha! Banyak betulkan cik azue berniaga. Semoga cik azue sentiasa sihat untuk mencari rezeki Ilahi melalui alam maya ini. Cerita tentang pahit manis bergelar usahawan online pula, kalian yang terlupa, boleh jenguk kembali ke entri ini.

Jadi, kawan-kawan pula bagaimana? Apa pengalaman kalian pula? Sudi-sudikan lah berkongsi dengan cik azue ya.

Terima kasih sudi baca. Terima kasih pada yang telah sudi berurusniaga dengan cik azue selama ini.
Buat pelanggan yang kembali ('return customer') hanya sedikit sumbangan diskaun dapat cik azue beri sebagai tanda hati buat masa kini. Terima kasih juga buat kalian yang sudi menjadi peng'iklan' tanpa bayaran secara tidak sedar buat cik azue. Hanya Allah yang bisa membalas jasa kalian.

Oklah. Cik azue undur diri. Jangan lupa doa akhir tahun dan awal tahun. Cik azue dah kongsikan di SINI.
Moga-moga tahun mendatang lebih menjadikan kita hamba Allah yang dikasihi NYA.
Moga-moga terampun dosa selama ini hendaknya.

Ampun dan maaf dipinta.

Wasalam.





2 comments:

imm said...

wahh memang darah bisnes la ni..good luck cik azue, semoga bisnes maju ye..
saya pulak baru nak belajar bt bisnes :)

rostina76 said...

semoga cik azu terus succes walau apa jual hasil jualannya. Yang penting usaha berterusan ;)