Followers

Friday, October 10, 2014

Entri # 89: Tempahan Sulaman Tuala dan Tanda Nama Jawi serta rumi

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Salam Kasih Sayang. Salam Jumaat penghulu hari. Hari ini cik azue nak muat naik tempahan-tempahan yang sudah selamat sampai ke tangan para pelanggan. Terima Kasih ya atas sokongan yang diberi dan cik azue mohon maaf jika ada terkurang perhatian dalam menyiapkan tugasan tempahan kali ini.

Buat rakan-rakan yang lain, perkongsian kali ini diharap dapatlah menjadi panduan atau pun boleh lah komen jika anda rasa perlu penambahbaikan.

Tempahan pertama, tempahan sulaman tuala dewasa untuk hadiah pengantin katanya.
Warna sebenar tuala adalah Biru lembut, sekali ambil gambar, dah umpama warna kelabu pula warna tualanya. Maaf ya.


agak kecewa di sini. Warna pink itu dalam gambar ini tidak menyerlahkan tulisan tomyam di situ. Huaraagghhh

sumber: google

 yang di bawah ini adalah lukisan awal bagi imej sulaman. Jadi, untuk sebarang tempahan personal, yang memerlukan sentuhan peribadi, cik azue perlu menyediakan lukisan awal dulu (sama ada di minta lukis @ bayar pelukis atau lukis sendiri).
Untuk imej dibawah ini, cik azue yang tangan kejung ni dan kehabisan idea telah menempah lukisan ini dari kenalan terdekat. Jika kalian berminat nak khidmat jasa beliau, bolehlah hubungi beliau melalui fb: Syafiq Azhar


sengaja minta beliau sketch dalam hitam putih.
Pendek kata, bagi setiap sulaman tuala, cik azue boleh buat perincian tersendiri ya.
Bagi melihat lain-lain koleksi tempahan hantaran, kalian boleh jenguk ke BLOG Keraih Lengan Kuazue.

Tempahan berikut adalah tempahan bagi sulaman  tanda nama jawi.

S/O #: KSN00066
Nametag sulam (JAWI)
4 set nama,  berjumlah 40 keping

S/O#: KSN00064
5 set nama berjumlah 75 keping.
Maaf puan. Dah lama dah sepatutnya saya publish, tapi terlupa pula. Alhamdulillah jumpa gambar ini.

S/O#: KSN00067
7 nama, 7 keping

Bagi yang ingin mendapatkan detail untuk membuat tempahan sulaman tanda nama seperti di atas, bolehlah layari Blog Keraih Lengan Kuazue, melalui pautan di SINI.

Sampai sini dulu lah ya. Nanti cik azue cerita lagi. Ada lagi beberapa imej sulaman yang perlu cik azue siapkan segera bagi memulakan aktiviti 'test run' sulaman.

Hingga itu. Jaga HATI, jaga IMAN.

Wasalam

6 comments:

Anum said...

kreatif

Ainim Rashihah said...

pandai la cik azue buat. tulisan korea boleh buat tak?

Monalita Mansor said...

cantik sangat

Kuazue Mohamad said...

@Nurzakiah Hanum terima kasih

Kuazue Mohamad said...

@Ainim Suju boleh, in shaa Allah, bagi imej ya, tiada imej, tiada la... cik azue ni buta huruf KOREA.. lalalala

Kuazue Mohamad said...

@monalita mansor arrghh.. malu kita.. tq