Followers

Monday, October 20, 2014

Entri # 94 : Kosong dan kekosongan

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Carian Google
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Salam kasih sayang.
Sejak dari minggu lepas, hati bagai dipagut satu perasaan sayu. Sayu, sayu yang membawa kepada luruhnya air jernih dari tubir mata yang semakin tua, dan semakin kabur sinarnya.

sumber: http://www.clipartbest.com/smiley-face-crying
Entah kenapa, bagai menjadi-jadi perasaan sayu dan pilu. Rindukan ayah dan mak yang tak mungkin kembali, rindukan kenangan yang hilang sebelum sampai masanya (matilah tu, ya). Rindukan zaman anak-anak yang macam tiada masalah langsung yang melanda walau bumi dilanda gelora.
Aduhai, kenapa lah hati. Atas palitan dosa silam atau pun nikmat ketenangan telah sedikit ditarik Ilahi.

Allahu, Maha Suci Allah yang maha mengetahui. Pujuk-pujuk hati bawa mengaji dan bermunajat. Mungkin as sebab ke alpaan diri.
Bawa-bawa menyibukkan diri dengan segala design yang menunggu untuk di'digitize' menjadi satu hasil kreativiti.

Moga-moga ada sinar disebalik mendung yang tetiba berarak ini. Moga-moga korang sudilah kiranya sedekahkan Al-Fatihah buat diri cik azue semoga beroleh ketenangan dab rahmat Ilahi. Dan terima kasih pada yang sudi menyedekahkan Al-Fatihah tadi.

Wasalam.

*ooppss cikgu Monalita, kita ada tanjak tak untuk jadi novelis kampungan? Tapi yang kutulis adalah lakaran jiwa yang sedang sarat sekarang ini.*

4 comments:

Farah Waheda Wahid said...

al-fatihah, semoga beroleh ketenangan yer...

Kuazue Mohd said...

@Farah Waheda Wahid terima kasih. Moga Rahmat Ilahi jua tertimpa ke atas Farah dan keluarga

Nurzakiah Hanum said...

al fatihah

farhana abdullah said...

al-fatihah buat mereka...azue..bertuah dapat juga sedekahkan al-fatihah..kita sama je azu..saya pun selalu teringat n menangis rindu. Cuma beza kita, orang yang saya sayang bukan seagama dengan kita. Tapi apa nak buat ketentuan Allah.