Followers

Wednesday, October 8, 2014

Entri # 88: Usahawan Online; suka duka membeli dan menjual

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam Kasih Sayang.
Kali ini cik azue nak berkongsi pengalaman cik azue pula. Pengalaman sebagai pembeli/pelanggan online dan pengusaha / usahawan online.
Banyak suka dari duka, alhamdulillah.

Baik, mari berkongsi sebagai pelanggan/pembeli online dulu.
Kali pertama berurusan secara online, cik azue tidak ada online banking. Tidak tahu kenapa, bila merujuk ke bank terbabit, selalu sahaja ada masalahnya (alhamdulillah, masalah telah dapat diatasi dengan jayanya, kecuali dengan satu bank sahaja lagi yang sehingga ke hari ini tidak dapat dibuat online banking). Disebabkan cik azue ni bukan selalu membeli belah secara online, jadi sesekali membeli tu, terpaksalah ke ATM atau bank dan buat bayaran pada pengusaha/penjual online. Kadang-kadang atas beberapa sebab, duit yang ingin dibayar tidak dapat di masukkan pada waktu yang sepatutnya. Atau jika perlu, terpaksalah memohon jasa baik en chenta hati tolong buat bayaran dahulu dan dipulangkan bayarannya kemudian secara tunai. Selalunya, nak minta tolong beliau, perlulah ada penjelasan yang munasabah kenapa nak beli itu dan ini. Hihihihi, biasalah tu. Alah bisa tegal biasa, kata orang.

Berbalik kepada pengalaman membeli secara online buat pertama kalinya. Seingat cik azuelah, cik azue membeli barangan kraf - beli barangan berasaskan felt. Dari siapa? oh minta maaf, terlupa sudah cik azue. Namun yang memberi kesan dihati adalah akan sikap penjual itu sendiri yang mesra pelanggan yang pertama kali membeli secara online seperti cik azue. Dari beliau (terima kasih puan), cik azue belajar bagaimana nak buat pembelian secara online ini, bagaimana nak tunjuk bukti bayaran dan sebagainya. Berdebar-debar juga hati, walaupun nilai belian tidak pun mencecah RM30 pada ketika itu, sehinggalah barangan yang dibeli sampai ke tangan cik azue. Alhamdulillah, dari situ cik azue mula pandai membeli apa yang perlu secara online. Mudah juga ya.
Itu cerita suka. Cerita duka, oh tuan/puan pengusaha, sila lah jawab pertanyaan bakal pelanggan dengan sebaik mungkin, walau anda rasa dia tidak akan layak membeli barangan yang anda tawarkan. Ya, memang, berhari-hari tunggu jawapan dan ada satu dua tu sampai sudah pun tiada jawapan. Apa nak buat, kita berhajat, tapi orang tidak mahu menjual kepada kita. Hihihihi.

Apabila cik azue membuat keputusan untuk menjadi pengusaha / usahawan online, walau pun secara sambilan, cik azue telah membuka dua buah akaun bank bagi kemudahan bakal pelanggan untuk melakukan transaksi jualan. Pelbagai ragam yang cik azue terima, dari seteruk-teruk pelanggan sehinggalah sebaik-baik pelanggan. Biasalah tu adat orang berdagang kan. Dan cik azue cuba menjawab dan memberi perkhidmatan sebaik mungkin seperti mana yang cik azue pernah rasa dari pengalaman pertama membeli secara online dahulu. Cuma bila kita berurusan secara online ini melalui PM di akaun FB atau email, kekadang, pesanan yang diberi oleh bakal pelanggan tidak dapat dibuka atau dibaca oleh cik azue. Selalunya, cik azue akan menjawab secepat yang mungkin supaya bakal pelanggan tidak tertunggu-tunggu sebaik sahaja pesanan dapat dibaca oleh cik azue.
Paham-paham sahajalah, kadang-kadang, FB ada masanya, semua pesanan tidak boleh dibuka. Begitu juga dengan email, ada yang termasuk ke dalam kotak 'spam'. Oleh sebab yang demikian, cik azue selalu nasihatkan kepada bakal pelanggan untuk menghantar dua pesanan makluman samada melalui PM diikuti WhatApps atau email supaya tiada berlaku terlepas pandang.
Selain daripada masalah kecil ini, cik azue juga pernah di 'ganggu' oleh pelanggan yang telah selesai urusan pembelian. Dari perihal perbincangan tentang produk jualan, membawa ke persoalan berbaur peribadi yang akhirnya, cik azue terpaksa memberi kata putus kepada beliau. Oleh sebab itu, kesemua perkara melibatkan urusniaga adalah melalui PM di FB atau WhatApps atau email sahaja bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang.

Seperti yang kawan-kawan sedia maklum, cik azue menawarkan servis jahitan kreatif, dalam penghasilan bantal hiasan dan sulaman mesin. Masa cik azue memberanikan diri untuk memasuki dunia seni jahitan kreatif dan seni sulaman mesin ini, apa yang terlintas difikiran cik azue adalah bagi memberi kemudahan kepada bakal pelanggan membuat pesanan berdasarkan budget yang ada ditangan. Dan kerana itu, setiap produk yang dihasilkan akan menggunakan sebaik mungkin bahan-bahan asas (kain) yang sedia ada di dalam Malaysia, bagi mengawal kadar kos bahan.
Namun, bergantung kepada pelanggan, setiap produk yang terhasil, adalah memang bergantung sepenuhnya mengikut kehendak pelanggan dan tiada istilah produk siap sedia dibeli.
Untuk ini, setiap tempahan akan mengambil masa dari 1 minggu ke 3 minggu bergantung jenis ketelitian perincian yang dikehendaki.

Secara kesimpulannya, Keraih Lengan Kuazue menawarkan perkhidmatan dalam pembuatan  imej sulaman dan jahitan kreatif sebagai hadiah atau cenderahati serta kami juga menerima tempahan secara peribadi atau secara pukal bagi tempahan jahitan kreatif atau sulaman. 

“We specialize in embroidering and sewing craft as a gift 

/ signature items and we do receive customize 

craft order 

for embroidering and sewing in personal or bulk order”

Perkhidmatan yang ditawarkan

 Bantal hiasan bersulam
Sulaman Patches

Sulaman Nama

Selimut Mak Tok (Selimut Tampal Cantum)

Sulaman di Tuala


Jika berminat, cik azue boleh dihubungi melalui
Email: kuazue@gmail.com
WA: 013-2700020

Oppss.. kawan-kawan, apa pengalaman kawan-kawan dalam urusniaga online ni yer? Jom kita kongsi bersama.

Wasalam


4 comments:

babYpose said...

salam kuazue, lama tak nampak :), online business kena upload and marketing, shopping pula indah kabar dari rupa kalau baju la sebab saiz ke. over all menyenangkan lagi dari live :)

Kuazue Mohd said...

babYpose: biasa lah..bila emosi mengatasi rasional...tenggelam timbul lah cik azue mencari arah blog ni kembali...haaaiihhss..byk nor kisah sedih yg perit untuk dikongsi...alhamdulillah...sinar sudah menjelma..moga kepahitan semalam terbenam dilipatan kenangan

Mila@Rimbun said...

memang ada mcm2 pengalaman dgn customer dan juga sbg pembeli.. tidak dinafikan kekadang salah sendiri jugak (ngaku dengan sejujurnya)

Kuazue Mohd said...

@Mila@Rimbunha betui tu mila.. kikikiki...