Followers

Wednesday, October 8, 2014

Entri # 87: Rahsia Khidmat Pelanggan, Usahawan Online; Ulasan E-book

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi ABDR
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Salam Kasih Sayang tidak terhingga buat semua teman di alam maya ini. Selamat Hari Raya Aidiladha cik azue ucapkan. Minta maaf, kekangan masa menyebabkan terpaksa menyepikan diri (oh adakah sebenarnya daku ada masalah emosi?)
Hari ini cik azue nak buat ulasan e-book yang ditulis oleh pengasas Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR), Puan Masayu Ahmad.
Dapat percuma disebabkan memberi maklum balas tempoh hari atas pertanyaan puan mas di FB. Terima kasih Puan Mas ya.


Walau pun cik azue ni bolehlah dikatakan dah berkecimpung dengan urus niaga online secara serius hampir 4 atau 5 tahun juga, tetapi cik azue suka juga membaca garapan yang ditulis oleh puan penulis. Bagi anda rakan-rakan yang baru hendak berjinak-jinak dengan urus niaga online ini, terutama kepada bakal para usahawan online, e-book ini boleh kalian dijadikan sebagai buku panduan permulaan.
Bercakap tentang E-book ini, secara amnya, mempunyai 8 bab dengan satu bab Bonus:Perkongsian Pengalaman untuk dijadikan panduan.

Disenaraikan bab-bab yang terkandung di dalam e-book ini beserta serba sedikit ulasan berkaitan.

Bab 1 - Urusniaga Online
Menerangkan apa itu urusniaga online dan perbezaannya dengan urusniaga offline, siapa pelanggan online serta juga terdapat istilah-istilah yang sering digunapakai ketika urusniaga online.

Bab 2 - Menggembirakan Pelanggan
Diterangkan bagaimana cara bagi menggembirakan pelanggan yang membuat urusniaga online dengan kita serta bagaimana juga harus kita mengawal emosi yang menguasai seseorang usahawan online terbabit.

Bab 3 - Membina Keyakinan Pelanggan
Ebook ini menceritakan beberapa perkara perlu dan sampingan yang boleh dilakukan bagi menambah keyakinan pelanggan terhadap seseorang usahawan online itu. (oh, ho! ada beberapa perkara yang perlu cik azue perhalusi disini bagi memantapkan perusahaan online cik azue - sebab itu cik azue suka membaca banyak-banyak, lagi banyak dibaca, lagi baca yang perlu dibaca untuk lebih banyak ambil tahu)

Bab 4 - Menawan Hati Pelanggan
Disenaraikan 11 perkara yang boleh dilakukan bagi memastikan kita (pengusaha online) dapat menawan hati para pelanggan - ya, beberapa perkara sudah cik azue buat, dan ada beberapa perkara yang perlu cik azue perbaiki lagi selepas ini.

Bab 5 - Menghargai Pelanggan
Ada 10 panduan yang berguna yang boleh diguna pakai bagi memperbaiki mutu khidmat pelanggan yang dipraktis selama hari ini. Selalunya cik azue lakukan apa yang difikir akan menggembirakan hati sendiri, jika berada di pihak pembeli.

Bab 6 - Kuasa Khidmat Pelanggan
Percaya atau tidak, khidmat pelanggan yang baik menjaminkan pulangan kesetiaan pelanggan. Ini juga ditonjolkan dalam ebook ini seperti mana yang cik azue pernah rasai sebelum ini.

Bab 7 - Khidmat Pelanggan Profesional
Melalui bab  ini, kita dapat mempertingkatkan skil khidmat pelanggan sedia ada.

Bab 8 - Tingkatkan bilangan Pelanggan Setia
Terdapat juga saranan yang boleh dilakukan bagi menambah bilangan pelanggan setia sedia ada melalui beberapa panduan.

Tepuk dada tanya Nawaitu. Apa mahu kita menjadi salah seorang usahawan online.
Ebook ini, sejujurnya, adalah garapan beberapa buah buku motivasi perniagaan yang telah cik azue baca (baca tanpa buat ulasan di blog- penyakit 'M' telah melanda). Menariknya, dengan hanya membaca satu ebook yang dikira agak lengkap ini, sudah memadai sebenarnya untuk anda jadikan panduan, jika benar-benar mahu terjebak dalam perusahaan online ini. 
Melalui beberapa perkongsian yang dimuat di dalam ebook ini juga dapat memberi tunjuk ajar pada anda yang buka mata hati untuk belajar.

Pendek kata, sebab entri hari ini pun sudah panjang, maka, sebagai kesimpulannya, bagi cik azue, ebook ini dapat membantu menambah baik mutu khidmat pelanggan yang sedang cik azue lakukan sekarang ini.
Anda, usahawan online, khususnya, macam mana? Bagaimanakah mutu khidmat pelanggan yang ditawarkan? Jika ingin menerokai ebook ini, anda boleh hubungi cik azue bagi mendapatkan naskah berharga ini untuk dijadikan panduan.

Akhir kalam, benarlah kata orang bijak pandai, semakin banyak yang kita tahu, maka akan semakin banyak lah yang akan kita tidak tahu. Solusinya adalah dengan belajar tanpa henti, dari buaian, sehinggalah ke liang lahad.

Macam biasa, nak hubungi cik azue:
email: kuazue@gmail.com

No comments: