Followers

Tuesday, April 15, 2014

Akademi Bekerja Di Rumah - Apakah itu?

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Akademi Bekerja Dari Rumah

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 


Salam kasih sayang buat semua. Siaran petang hari pula hari ini.
Sejak akhir-akhir ini, ramai pula yang bertanya cik azue apa itu akademi bekerja di rumah? Dan cik azue juga telah kongsikan sedikit mengikut pengamatan cik azue di sini pada awal pembabitan cik azue dengan akademi ini. Akademi ini adalah kumpulan sokongan buat cik azue setelah bergelar WAHM.
Jadi disebabkan masih ramai yang bertanya apa itu ADBR, cik azue tuliskan lagi tentang ADBR ini.


Ya untuk makluman kita semua, Akademi Bekerja di Rumah (ABDR) ini adalah suatu perkumpulan wanita yang diasaskan oleh Puan Masayu Ahmad yang mana  perkumpulan wanita ini ditubuhkan bagi memberi peluang kepada semua orang (kalau dulu kaum suri atau hawa sahaja, tetapi sekarang telah pun dibuka buat kaum ADAM juga) yang berhasrat untuk bekerja dari rumah, samada sepenuh masa atau pun separuh masa (sambil bekerja hakiki, namun jangan ada pula yang curi-curi masa buat kerja lain ketika masa sedang kerja hakiki, ya. Anda tahu risiko dunia dan akhiratnya. Kita tidak akan bincang di sini.) Khidmat latihan adalah melalui atas talian yang mana akhirnya kita dapat memulakan perniagaan di dalam talian yang mana merupakan fokus utama penubuhan ADBR. 

Siapa pula Puan Masayu Ahmad ini ya? Siapa dia yang berani mencetus ruang dan peluang sebegini dengan menghimpun begini ramai ahli yang terdiri dari mereka yang bekerja hanya dari rumah serta mereka yang sedang belajar untuk bermula dan bekerja dari rumah (yang buat separuh masa).
Anda tentu sudah kenal dan ada juga yang belum tentu pun pernah dengar nama beliau. Bagi diri cik azue, beliau dikenali dari dalam majalh mingguan wanita terlebih dahulu, baru kemudian mengikuti blog tulisan beliau, itu pun hanya secara serius beberapa bulan sebelum cik azue mengambil keputusan meletakkan jawatan. 
Oleh itu, disini cik azue kongsikan sedikit latar belakang pengasas ABDR ini buat rujukan anda yang masih tertanya-tanya ya.

Masayu Ahmad, merupakan graduan Universiti Sains Malaysia dalam bidang Komunikasi Massa dengan pengkhususan kewartawanan. Beliau menjalani latihan praktikal sebagai wartawan kedet di Karangkraf, majalah dewan kosmik. Dan setelah tamat pengajian, beliau terus bekerja/bertugas sebagai editorial bagi majalah Mingguan Wanita.Antara ruangan tetap yang dikendalikannya adalah bahagian cerpen/puisi, ruang diet sihat, ruangan kecantikan dan banyak lagi. Selan itu, beliau juga banyak menulis untuk kisah masyarakat, keusahawan, resipi, dekoras, personaliti dan sebagainya.Selepas di Mingguan Wanita beliau sempat bertugas di Majalah Rapi untuk terbitan pertama dan kedua yang mana majalah ini memberi fokus kepada kesihatan dan kecantikan. Antara buku yang telah diterbitkan ialah Jana RM Dari rumah terbitan Kumpulan Karangkraf, Buat Duit Dengan Salon terbtan PTS, Ebook Jana Wang Di Rumah terbitan klikjer.com, dan dua lagi yang terbaru, ialah Ebook Panduan Mula Bisnes Butik dan Ebook Super Wahm, Super Mom.

nak kenal lagi tentang beliau, anda baca di SINI

Apa pula yang ditawarkan oleh akademi ini ya? 
Akademi ini menawarkan kelas-kelas latihan seperti berikut bagi menyediakan platform buat semua dalam menceburi perniagaan dalam talian.

1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Pendaftaran pengurus online
6. Pendaftaran kelas urus akaun wahm soho
7. Tempahan blog bisnes/blog penulisan-siap 3 hari
8. Beriklan bersama kami di http://sohodirectory.blogspot.com/
10. Sertai seminar terkini anjuran kami http://bengkelbranding.blogspot.com/
11. kelas blog fanpage borong telekung solat.

Kenapa kelas ini diadakan? Inilah sumbangan kami terhadap wanita dan suri rumah baik yang bekerja di luar mahupun di rumah saja. Kami sedia membantu anda untuk menyampaikan ilmu di blog atau berniaga online melalui blog dengan teknik yang betul. Blog adalah medium percuma dan akan menjadi luar biasa hebat apabila bergabung dengan teknik content writing yang tepat.

Bagi cik azue pula, cik azue memilih untuk kelas no 1 walaupun cik azue sudah tahu berblog, namun cik azue kosongkan minda dan kembali menimba ilmu. Bukan mudah nak berjaya dan bukan susah nak susah.
Percaya dengan prinsip "Makin banyak belajar, makin banyak tidak tahu", maka betullah tu. Ada benda macam tahu, tapi hakikatnya, cik azue belum-belum tahu. Dan ada juga yang memang cik azue betul-betul tidak tahu dan juga ada juga yang telah pun tersalah konsep.
Bersyukur dengan pertemuan walaupun hanya di alam maya. Banyak yang dapat cik azue pelajari dan perolehi bagi menghadapi kehidupan sebagai seorang WAHM.
Sungguh bukan mudah nak jadi senang dan jangan ingat hidup sebagai WAHM ini mudah. Salah percaturan, maka kita akan terperosok jatuh jauh ke bawah, mungkin bangun, mungkin juga terkubur terus.

Alhamdulillah, berkat ukhwah yang terjalin sesama rakan pelajar dan guru-guru online yang tidak pernah jemu mendidik, cik azue dapat merasai nikmat sebagai pengurus online bila mana cik azue berjaya membawa rakan untuk turut serta bergabung dengan cik azue dan rakan-rakan lain di akademi.

Jadi, jika anda yang membaca kurang jelas, anda boleh email cik azue untuk lebih makluman.

Akhir Kalam, ilmu perlu dicari. Ilmu tidak mungkin akan datang sendiri tanpa perlu kita cari. Ada ilmu tanpa amal pula seumpama pokok tanpa daun, lambat laun kan mati jua. Begitu lah kita sebagai umat manusia. Kalau tidak, masakan Junjungan SAW juga menyuruh kita menuntut ilmu hingga ke negeri China kan.

Tepuk dada, semak iman. Semoga kita sentiasa dalam petunjuk kebenaran.

Wasalam.


************************************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue 

 Nak Belajar Cara Asas Urus Akaun, Lawati sini: 

3 comments:

HijrahKuKeranaMu said...

adoiii... kita antara org yang sambil2 buat kerja sambailan disamping kerja hakiki... terasa bersalah tapi memang takde kerja sangat pun...(means masa lapang diofis) camna yer? (tanya jugak walaupun cik kuazue takmo diskusi lebih2 hihi)

Kuazue Mohamad said...

@HijrahKuKeranaMu
awak, takut kita nak komen, cuma kita juga terbuat satu ketika dahulu dan seriyus selepas kita diberi teguran secara indirect dari Ilahi melalui satu title majalah SOLUSI atau al ustaz, masa last day kita nak berenti tu.. kita pergi jumpa tokey besar dan minta halal semua nya.. jangan ulangi lagi, rasa bersalah itu adalah teguran Ilahi sebenarnya, apa yg boleh dikatakan, kesimpulan yang kita dpt dari teguran itu, perbuatan itu dikatakan seolah-olah kita MENCURI .. wallahu'alam

mungkin nanti saya bawa masuk semula kopipes teguran itu dalam blog.. Jom berubah untuk mengubah..lillahi taala!!

HijrahKuKeranaMu said...

@Kuazue Mohd

mungkin skit jer cik kuazue sentuh kat dlm entry ini tapi ianya besar bagi saya.. terasa mcm kena muhasabah diri nih. TQ TQ