Followers

Monday, June 3, 2013

Panduan bagi Tempahan Sulam Tuala

As Salam....

Dear Readers....

Atas beberapa permintaan...dengan ini cik azue sertakan kat sini serba sedikit panduan untuk tujuan tempahan sulam tuala...

Bagi tuala2 yang ingin disulam...selain dibekalkan oleh para pelanggan yang budiman...cik azue juga ada sediakan beberapa saiz tuala untuk kemudahan para pelanggan...

Manakala bagi kanak-kanak / baby ada dua saiz yer...saiz 1 (untuk 6 tahun ke bawah) dan saiz 2 (untuk 6 tahun ke atas).. sila pilih berdasarkan keadaan fizikal baby/kanak2 yer....sila rujuk picture ya...
In shaa Allah..di masa akan datang...cik azue tambah lagi lain-lain saiz tuala sedia ada ya..(might be kena tunggu cik azue jadi penjahit/penyulam tegar sepenuh masa lah kut)..


Berikut adalah harga bagi tuala sahaja berdasarkan saiz tuala
Tuala kanak-kanak (1) = RM7.00/pc
Tuala kanak-kanak (2) = RM10.00/pc
Tuala Muka (a) = RM3.50/pc

Tuala Dewasa 
1) Saiz 27inci x 54inci = RM15.00/pc
2) Saiz 30inci x 60inci = RM20.00/pc
3) Saiz 40inci x 60inci = RM25.00/pc


Harga yang terpapar di atas adalah harga bagi tuala sedia ada di tangan cik azue...
Harga sulaman pula bergantung kepada jenis tulisan, saiz tulisan dan jumlah stitches dan warna benang yang digunakan serta Imej yang diingini...

Walau bagaimana pun..jika mempunyai kelapangan cik azue akan sediakan contoh2 sulaman tuala sebagai rujukan anda yang berminat ya...

Cik azue juga menerima tempahan secara pukal..tetapi harus lah mematuhi MOQ (minimum order quantity) sebanyak 10 helai per design di mana anda akan layak mendapat tawaran harga pukal bagi tuala n sulaman.. dan harga pukal adalah bergantung kpd jumlah kuantiti tempahan anda....

Bagi yang berminat untuk menempah secara pukal..anda haruslah menghubungi cik azue selewatnya 3 minggu dari tarikh dikehendaki bagi mengelakkan dari sebarang masalah...

cik azue harap panduan ini dapat memberikan sedikit penjelasan pada yang bertanya ya..
apa pun.. semua nya boleh dibawa berbincang..don't worry..cik azue leh custom ikut budget korang...especially yg bulk order tu ya...
kat bawah ni cik azue kasi pic supaya korang lebih clear...ok..

berminat..sila berkunjung ke FB: Keraih Lengan Kuazue

or hantar email pada : kuazue@gmail.com

tata...wasalam...

*postage adalah bergantung berat n jenis perkhidmatan atas persetujuan pelanggan. Harga di paparkan adalah tidak termasuk postage charge*



2 comments:

Nurul 'Aqilah Bt Roslan said...

Sulaman jubah ambil tak? Secara pukal

Kuazue Mohamad said...

@Nurul 'Aqilah Bt Roslan in shaa allah boleh.. tapi saya tak boleh ke blog cik/puan..namun saya ada tinggalkan email pada email kiekie.lala ya