Followers

Thursday, February 16, 2012

Kawan….

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
IN THE NAME OF ALLAH AR RAHMAN AR RAHIM….





Alangkah susah mendapat kawan..
Bukan kenalan di zaman ini..
Berpunca dari hati yang rosak..
Kerana dunia memaut nya…
Alangkah susah mencari kawan..
Kebaikan kita disoroknya…
Bahkan di dengkinya pula..
Kejahatan di canang merata….
Salah yang sikit di besarkan…
Yang besar apatah lagi…
Alangkah sepi dunia ini….
Walaupun hidup di tengah ramai…
Kerana KAWAN tiada lagi..
Yang ada hanyalah dijalanan…
Kerana KAWAN tiada lagi…
Yang ada hanyalah dijalanan..

Ini adalah lirik nasyid Dunia yang Sepi dendangan Kumpulan Hijjaz….. kenapa eeehhh cik azue keluarkan lagu n lirik nie di sini..???
Sbb sehari dua nie.. ada adik2 opis duk mengadu tentang perangai A dan B.. ntah la adik2 … mengikut kata cikgu/ustaz/mak… kalau org wat kita.. sama ada berpunca dari diri kita sendiri or as sebab sebagai ujian utk menguji darjah keimanan kita… berbaik sangka lah dengan ILAHI.. dan cuba2 salahkan diri sendiri…betul2 kan diri sendiri dulu…  dan jangan sekali-kali salahkan orang lain…maybe.. ini adlh salah satu cara YANG MENCIPTA menengur kita dan kelakuan kita…
Dan sedikit nasihat cik azue… dalam hidup nie.. sila lah lupakan kejahatan orang… dan selalulah tengok pada kebaikan orang tu.. kalau kita dipihak yang benar.. kebenaran akan bersuara lambat laun…tapi…. kalau betul kita di pihak yang salah… sila lah memohon ampun dari manusia.. kalau salah dgn manusia.. dan seterusnya dengan ILAHI…noktah…
Mungkin sesetengah orang tak boleh terima apa yang di tulis disini.. tapi percayalah.. api kalau dijirus air.. sikit2 lama2.. padam lah ia.. tapi kalau di beri api / minyak….. bertambah marak la ia…ingatlah cerita peristiwa Nabi S.A.W di Thoif.. kalau tak silap.. betapa kelembutan BAGINDA menentang kekerasan itu memberi kesan.. nanti ada pula kata.. kita bukan NABI S.A.W… so selalu lah berdoa berlindung dari sifat mazmumah nie… Insya Allah…
Cer cuba kawan2 tengok baik2 lirik2 yang ditulis… ini adalah reality…
Kawan ketawa senang dicari… kawan menangis.. ????
Pernah tak kita merasa kawan menikam kita??? Kenapa eeehh??? Mungkin kerana sikap kita sendiri or mungkin juga kerana sikap kawan kita tu sendiri.. tapi nak salahkan kawan tu.. mana boleh kan.. sbb ada pepatah mengatakan… “kawan2 adalah cerminan diri kita.. walau tak 100%.. sedikit sebyk …??” yer la.. kita… termasuk cik azue akan selalunya mencari kawan .. cari kawan yang sekepala dulu.. kalau yg kurang kepala or cam skema sikit dari kita… selalunya kita tak get along sangat.. just kawan2 mcm tu ajer shj… BETUI tak???
Pernah tak kita ubah persepsi kita.. kita berkawan KERANA menyambung silaturrahim???? Ntah la.. cik azue sendiri pun tak pasti.. kut2 memula duk senyum.. bila org tu.. wat muka endah tak endah.. esok2 nya.. tak senyum dah kut… or … segan la.. malu la.. nak mulakan perkenalan.. or ada yg nak berkenalan.. kita lari terus.. Ca alip but… di zaman skrg nie.. kekadang.. seminggu .. jiran sebelah pun tak menyempat nak bertegur sapa,.. ntah la Cik azue kan…cik azue sendiri pun kekadang tu alpa…
So buat kawan-kawan n adik2 … kalau ada rasa tak puas hati dgn kawan2 kita.. jgn lah kerana sedikit sebal.. seluruh dunia nie tahu kesah anda… knp cik azue kata seluruh dunia?? Skrg nie.. kat FB, twitter… dan lain2.. kita semua boleh express expression masing2 dgn taip dan click ajer…
Daripada boleh baik.. langsung putus silaturrahim…. Kemudian… ada pulak penokok penambah nyer… so… semua yang terlibat akhirnya kan share SAHAM.. memutuskan silaturrahim.. berdosa BESAR yer kawan-kawan.. bagi yang memutuskan silaturrahim…mungkin cerdik pandai AGAMA leh share sama nanti…
Oklah… disebabkan kita nie adalah seorang kawan bgi kawan-kawan kita… sepatutnya lah pada cik azue.. kalau kita rasa kawan kita nie lain sikit.. sila2 lah tegur secara berhikmah face to face…or kalau susah sangat nak tegur.. apa kata kita tegur dia melalui contoh perbuatan yang baik2… dan tolong ya.. kalau tak tahan juga nak BERCERITA.. carilah seorang pendamai yang boleh dipercayai shasiah budi pekerti nya untuk menjadi hakim.. jgn lah korang duk bercerita kat dia tu n dia nie.. pastu si pendengar cerita kekonon tu… tercerita pulak.. n tertokok tambah laks.. last2.. mcm2 lah jadinya.. boleh perang besar tau…
Bab pakai org tengah nie.. aka hakim.. bukan hanya terlibat utk pasangan suami isteri.. bahkan meliputi skop persahabatan disini.. dan seorang kawan aka sahabat.. sila2 lah tutup aib kawan2 kita yer.. jgn pulak kita yang menjadi si tukang buka aib kawan2 kita.. nanti aib kita laks yang terbuka.. sapa laks nak cover??? Tak guna kalau kita duk solat 5 waktu sehari semalam.. duk baca doa antara 2 sujud sebanyak 8 kali sehari… yang mana salah satu doa nya adalah tutupilah aibku…. Tapi kita sendiri duk bagi aib diri sendiri terbuka.. so amacam.. boleh tak doa kita nie diperkenan kan???? Tepuk dada.. Tanya lah IMAN yer..

Oklah panjang sudah… kesimpulan nyer.. Jadilah kawan2 sejati.. dan berkawan lah kerana ILAHI…

Hingga ituew..

Adios hasta la vista..

Wasalam..
~kuazue Mohd ~

No comments: