Followers

Wednesday, March 4, 2015

Persediaan Asas Bisnes Menjahit Sulaman Mesin Berkomputer


Entri: # 126
Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi / Carian Google


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Apa khabar kalian pengunjung yang sudi bertandang ke blog cik azue.
Maafkan cik azue terpaksa menyepi dek kekalutan menyiapkan tempahan sulam tanda nama sekolah-sekolah.

Baru-baru ini, cik azue acapkali dihujani SMS, WA dan PM di 'Facebook' berkaitan tentang "bagaimana nak memulakan bisnes menjahit sulaman seperti cik azue?"


Baik. Terima kasih buat kalian yang sudi bertandang dan bertanya pada cik azue.

Di sini cik azue senaraikan mengikut pengalaman kerjaya sulaman cik azue ya.


Pertama, 1: Aset Mesin Sulaman

mesin sulam cik azue model Brother NV1500

frame sulaman yang didatangkan bersama mesin


Gambar mesin di atas adalah kepunyaan cik azue. Terdapat banyak model dipasaran sekarang ini bermula dari RM3K ke atas bergantung fungsi dan jenama.

Ada mesin yang didatangkan dalam pelbagai fungsi - jahitan lurus dan jahitan sulam atau hanya jahitan sulam semata.
Tepuk poket kira duit sendiri ya.



2 -  Komputer dan perisian edit


Ini adalah aset kedua dalam bisnes sulaman mesin berkomputer. Ini sebenarnya jantung bagi memproses segala tempahan yang diterima kerana di sini terdapat perisisan mengedit imej sulaman yang mana lebih kita kenali sebagai 
'Digitizing Software'.
Bagi cik azue, cik azue menggunakan perisian bernama 'EMBIRD' yang didatangkan bersama pakej mesin sulaman di atas.

Oh nilai semasa perisian 'EMBIRD' adalah lebih kurang RM5K.
Namun begitu sekarang ini terdapat juga lain-lain perisian seperti 'ICLIQ' bernilai RM1500, 'PE' dan 'JANOME' - maaf cik azue kurang pasti - pengguna mesin Janome dan perisian mohon betulkan yer jika silap.

Dimana kalian boleh beli perisian ini? Sebaiknya, semasa membeli mesin, pilih sekali yang menawarkan perisian mengedit imej dalam pakej bayaran. Lagi berbaloi memandangkan harganya yang agak mahal jika dibeli secara berasingan. Dan juga pilih sekali agen yang menawarkan kelas pembelajaran sehingga pandai guna perisian tersebut.
Lagi sekali, tepuk poket, kira wang di bank yang ada.



3- Benang Sulaman

sumber: http://littlehanagallery.blogspot.com/2010/07/apa-yang-perlu-ada.html

Benang sulaman terdapat dalam pelbagai saiz bergantung jenama. Jenama benang popular adalah jenama Fufu, Dolphin dan Senorita.
Benang sulaman jenama Dolphin dan Senorita mudah didapati dikedai-kedai membekalkan alat jahitan manakala benang sulaman jenama FUFU hanya popular pada penyulam tegar atau pada industri sulaman mesin.
Harga benang sulaman sehingga entri ini ditulis adalah dari serendah RM2.80 sebuku dan ke atas bergantung berat dan panjang (meter) benang dalam segulung benang.


4 - Fabrik 'Stabilizer' dan plastik sulaman

Fabrik ini digunakan semasa menyulam bagi menetapkan kain dan mengemaskan hasil sulaman.
Perkara ini akan cik azue sentuh di entri akan datang.
Fabrik ini dijual pada harga bermula rm1.80 semeter bergantung ketebalan.


5 - Imej Sulaman





Cantek tidak imej sulaman di atas? Ya, imej itu cik azue buat menggunakan perisian 'EMBIRD'.
Namun bagi kalian yang tidak mempunyai perisian memproses imej sulaman, sekarang ini terdapat ramai 'digitizer' yang boleh bantu kalian dalam memproses imej sulaman yang kalian hajati.
Disini juga terdapat peruntukan RM yang harus kalian asingkan. Harga bagi setiap imej adalah bergantung design dan ketelitian dan sekurang-kurangnya harga bermula RM10 bagi satu imej.


Rasanya cukup sampai sini dulu perkongsian cik azue kali ini.
Nanti cik azue sambung lagi.
Sekarang nak bersiap untuk persediaan makan malam anakanda dan chenta hati dan kemudian menyambung tugasan menyulam dan men 'digitize' nama bagi tempahan sulaman nametag.

Kepada yang ingin bertanya cik azue, boleh PM di FB atau watsap cik azue ya.

Hingga itu

Maafkan cik azue dan doakan cik azue.

Wasalam

8 comments:

suhailarahim said...

Terima kasih cik azue kerana sudi berkongsi. Saya memang bercita-cita untuk memulakan bisnes sulaman. tengah mengumpul modal yang ada. In shaa Allah

Sallenaz said...

Mesin da ada ...marketing out

Unknown said...

Assalam Cik Azue, terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu. Saya sedang mencari penjual benang bobbin Fufus. Rasa macam susah nak jumpa. Boleh Cik Azue share dari mana Cik Azue dapat stock?

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Kuazue Mohamad said...

suhaila Rahim, In shaa Allah, cik azue doakan yer.

Sallenaz, meh join cik azue dengan ABDR, kita bantu susun semula untuk bina penjenamaan diri dan seterusnya.

Farra Madeena,
boleh wassap cik azue di no 013-2700020.
Entri tentang benang fufus ni nanti cik azue letak di blog
http://azuriyahmohamad.blogspot.com

Unknown said...

salam kak azue, saya baru membeli mesin sulam. tapi tak disediakan software pun... dimana boleh dapatkan software embird tu kak azue. tq

Kuazue Mohamad said...

salam inni akhfullah,
Boleh dibeli terus dari embird website atau boleh juga cuba contact syarikat nama LSN di http://www.lsn.com.my

Unknown said...

Assalammualaikum wbt..
Cik azue... ada biat kelas utk software Embird ke