Followers

Sunday, June 8, 2014

Entri # 62: Eksperimen cinta

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Jangan marah. lagi satu ulasan novel ya kawan-kawan.
Lama juga habiskan bacaan ini.


Judul: Eksperimen Cinta
Pengarang: Anjeli
Terbitan: Karya Seni
Muka Surat: 843m/s (71 bab)
Harga: RM30

Hero: Tengku Aaron Shah
Heroin: Damia Farisha

Kisah cinta kena paksa. Bukan dipaksa keluarga, tapi terpaksa kerana tempat kerja diperjudikan oleh yang memaksa.
Memula baca, Haaihhss, teruk sungguh la tengku-tengku di luar sana yang digambarkan oleh novelis-novelis. Terasa hati tau kita. Tak pa. Itu persepsi masyarakat berdasarkan sikap segelintir tengku yang dijumpai.
Baik, berbalik kepada cerita. Kalau cik azue di tempat Damia, harus ku beritahu pada seluruh alam tentang pertaruhan tengku aaron tersebut.
Sungguh, cerita menjentik emosi tidak puas hati. Lemah sangat Damia tu sebagai perempuan. Kikiki itu cerita.

Lain. Oklah, menarik untuk anda sekalian baca bagi mengisi masa lapang. Bila baca? lama sudah, hari-hari dan mingu-minggu pertama bergelar WAHM dulu. Sekarang baru buat ulasan. itu sebab sudah lupa.
Hahaha. apa la cik azue nih kan.

Baik selamat beristirehat ya kawan-kawan. 

Mode: sedih dah 3 bulan kepergian tanpa berita. Di mana pun dikau berada ku tunggu kamu, hidup atau mati, semoga Allah beri ketenangan pada mereka dan mereka yang dipilih untuk merasai nikmatnya ujian kena tinggal ini.

Wasalam

No comments: