Foto: Carian Google
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI
Salam kasih sayang buat semua.
Cik azue menyepi kerana berkejaran menyiapkan tempahan. Terima kasih atas sokongan kalian yang tidak jemu berkunjung tiba bertandang ke mari.
Melewati 3 bulan pertama menjadi seorang WAHM (Working at home Mom), banyak suka duka yang harus cik azue perhalusi.
Nawaitu berhenti dari makan gaji dan memulakan tugasan sebagai WAHM harus dikaji semula. Apa yang didapati setelah 3 bulan bergelar WAHM dan dimana lagi harus memperbaiki kekurangan diri ini.
Fokus utama bekerja sendiri bagi cik azue adalah dua anak-anak amanah itu. Alhamdulillah, pemilihan bahasa keduanya agak sedap di telinga cik azue. Tiada lagi gaya-gaya bahasa kurang ilmu pengetahuan dipertuturkan oleh keduanya. Syukur ya Allah. (ooppsss.. solat sunat syukur belum cik azue buat atau mungkin baik kita lazimi pula solat sunat syukur selepas ini akan kurniaan sepanjang hari).
Cuma cik azue sekarang ini sedang belajar cara untuk mentarbiahkan diri sendiri agar dapat mengawal emosi yang kadang kala menggila dek karenah anak-anak syurga ini.
sumber: http://pinwheelsandpoppies.wordpress.com/2011/05/20/the-wee-ones-vs-my-sanity/ |
Wehaa! Urut-urut dada bawa istighfar. Mungkin ada dosa tanpa sedar kita lakukan maka kita diuji sedemikian. Melepasi fasa cuti penggal persekolahan pertama mereka berada dirumah, kehidupan WAHM menjadi tonggang langgang. Kejutan budaya. Bangun dan boleh buat apa sahaja duduk dirumah tanpa perlu ke taska dan kena bebelan si pengasuh. Tidak mengapa, lama-lama biasalah anak-anak itu. Cuma sekarang ini, latihan mendisplinkan diri buat cik azue dan anak-anak untuk duduk selepas maghrib sementara isya' untuk mentadabbur Al-Quran. Semoga Ramadhan yang akan menjelma dapat mencapai impian ini dan menjadi titik mula perubahan cik azue dan anak-anak.
Apa lagi. Ya, tentang kerja tangan cik azue, alhamdulillah, kerana fokus utama bukan di situ, namun ada juga rezeki kurniaan Ilahi. Terima kasih juga buat ABDR terutama cikgu Anys Idayu Zakaria yang sudi menabur budi mengajar cik azue yang kekadang tertewas dek emosi. Hahaha.
Oh.. menjadi WAHM bukannya mudah dan bukan juga terlalu susah. Namun, kesemua ini ada seribu satu cabaran yang kadang nampak susah di mata kita, namun senang di mata orang lain. Lain orang lain persepsi tentang sesuatu itu.
Bagi yang bercita-cita mahu menjadi WAHM, carilah kumpulan sokongan agar kita tidak tersasar di saat emosi menjunam. Hidup sebagai WAHM, bukan setakat fizikal yang kuat, namun mental juga kena kuat.
Banyak yang mahu diperkatakan, namun, kita kongsi kemudian nantilah ye, in shaa Allah.
Kepada yang berkunjung datang, nanti cik azue berkunjung balas yer.
Akhir kalam.
Wasalam
2 comments:
A fren of mine kan azu.... bukan WAHM.. tapi SAHM, dia kata mmg takmo fikir pasal nak cari duit, focus pada anak2 jer. Lagi pun now dia dah ada 5 org anak dah... Tapi katanya tetap ada cabaran, mana2 pergi ler.. tetap ada cabaran kan.
@Mila@Rimbun betul mila.. sangat betul, cabaran ada di mana-mana ...azu pun sikit jer WAHM, banyak nyer SAHM.. hahaha.. janji anak2 tu terbela dan terjaga dunia dan akhiratnya. Amanah yang satu tidak boleh bertukar tgn bila dipersoalkan nanti.. hahah.. tacut wey..
Post a Comment