Followers

Monday, September 22, 2014

Entri # 84: Blok Tampal Cantum - "The Flock"

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam kasih sayang buat semua. Hari ini cik azue sambung menulis tentang kraf seni jahitan tampal cantum. Masih ingat akan entri INI? Ya kesinambungan dari entri itu. Cik azue nak menulis tentang bagaimana nak hasilkan blok tampal cantum yang diberi nama "The Flock" sebagai rujukan bagi yang bertanya.
Apa yang cik azue tulis di sini adalah bagaimana cik azue buat blok ini ya. Buat kawan-kawan yang mahir dengan seni jahitan tampal cantum ni, jika ada yang terkurang tu, mohon diperbetulkan lah ya. Cik azue hasilkan bersandarkan kenangan pada hobi mak aja.

Baik. Ini paten dari buku mak yang dah dipilih tempoh hari.



Oh lupa nak ambil 2 keping kain atas dan bawah yang dilapis dua (depan bertemu depan) dan dijahit seperti gambar di atas.

Hasil dari jahitan di atas menjadi seperti ini apabila kita potong di tengah antara dua jahitan lurus yang telah dibuat tadi (rujuk gambar di atas tadi). Setelah diseterika, dijahit sebelah menyebelah seperti gambar.

Kemudian dari dua (gambar di atas) dicantum dan dijahit menjadi seperti gambar.

Blok ini dibuat sama seperti blok pertama (lupa nak ambil gambar, minta maaf ya) di jahit dan di potong tengah. Selepas itu di seterika seperti hasil dalam gambar di atas.

Blok ini dibuat dengan mencantum blok dari blok ke 3 dengan blok ke 4. Selepas jahit, diseterika seperti gambar.

Ini blok siap. Cantuman 2 blok dari blok ke 5 di atas.

saiz muka depan selimut berbanding haziq.
ini proses letak border

ini hasil selepas diletak border.

ini adalah rupa penjuru border ya. Bagaimana cik azue buat? Begini.

Pertama: jahit dulu border ditepi dengan tinggalkan lebihan kain di hujungnya (agak-agak aje)


dari pandangan muka belakang


dari pandangan muka hadapan


Kedua: temukan sisi ke sisi seperti gambar 


tandakan menyerong seperti ini

 Jahit di atas tanda tadi



guntingkan 

dan terbalikkan. Tada!


 Dapat tak? Kalau ada yang musykil, bagi tahu ya.

 Yang bawah ini pula proses jelujur atas dan bawah sebelum dijahit tindih dengan mesin. Lain-lain sambungan rujuk entri sebelum ini ya. 



Kalau ada yang kurang faham, maaf, cik azue tak pandai nak buat tutorial. In shaa Allah nanti cik azue cuba buat lebih baik untuk blok-blok jahitan yang akan datang. Hanya untuk kawan-kawan, jangan risau, tiada cas bayaran dikenakan.

Oklah, cik azue nak kena beransur dulu. Esok in shaa Allah, cik azue sambung lagi ya.

Wasalam


5 comments:

Monalita Mansor said...

mak saya minat buat kerja-kerja gini. nanti saya tunjukkan kat dia. Dia mesti suka. Terima kasih Cik Azue.

Anum said...

cantiknya

Wasima Omar said...

Assalammualaikum saya sungguh suka tengok jahitan tampal yang Puan Azue share kat blogger ni tapi utk patern jenis ni agak susah saya nak belajar buat😅

Kuazue Mohamad said...

waalaikumusalam cik puan Wasima Omar

Terima kasih sebab suka hasil jahitan saya.
nanti saya cuba buat tutorial yang lebih mudah gabungan nya. In shaa Allah

Kak Monalita
Terima kasih tau. Nanti share lah hasil kerja mak kak

Nurzakiah Hanum,
Terima kasih ya

Dunia Zumal said...

Bila tengok step by step ni terasa macam nak cuba buat sendiri jer..