Followers

Friday, November 14, 2014

Entri # 99: Tangan Kanan Kurang Beraksi

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Maaf ya, lama cik azue tak menulis. Tangan kanan, tangan bekerja ini tetiba sahaja sakitnya Allah yang tahu. Terus bengkak dan tak boleh nak pusing-pusing. Macam mana nak guna nak menaip dan menjahit.
Pegang gunting pun tak boleh, nak menaip apatah lagi. Harapkan satu jari telunjuk sahaja yang boleh. Boleh tidur sahaja la..
Tapi itu perihal dunia. Yang mencairkan hati bilamana nak angkat takbir solat pun serasa tangan ni tak sampai ke telinga. Nak tekan sujud pun masya Allah, sakit sungguh. Tetiba terfikir, bagaimanalah seorang yang kudung sebelah tangan solat dan sujudya. Allahurabbi! Baru sedikit nikmat yang ditarik, cik azue dah mengelupur tak ketahuan. Bukan tak redha.. tapi tak redha la kalau dalam hati boleh berkata kenapa la boleh sakit kan. Astaghfirullah.
Bila sakit kena lah ikhtiarkan. Pergi jumpa doktor perubatan, ubat penahan sakit sahaja yang diberi. Oh tak boleh jadi, cik azue mencari-cari si tukang urut taraf bidan kampung.
Alhamdulillah, Allah takdirkan cik azue berjumpa dan rupanya dia adalah kenalan selama ini yang dah memulakan kerjaya urutan secara sepenuh masa sekarang ini. Apa lagi hulur badan lah pada yang arif. Terjerit-jerit sakitlah cik azue. Sakit atas sakit. Alhamdulillah, sakit sudah beransur lega sikit. Tapi masih tidak dapat selincah dahulu. Berpada-pada dengan usia dan tahap kesihatan sekarang ini.
Tapikan dalam terhegeh-hegeh menahan sakit, cik azue bermula juga untuk memenuhi salah satu faktor yang menyumbang kepada traffic blog cik azue.


tengok yang barisan akhir tu, tutorial jahit beg sekolah. Ya cik azue sedang usahakan untuk menjahit kembali "backpack" atau beg galas belakang.


Sambil-sambil jahit, sambil-sambil ambil gambar. Tapi maaf la lambat sikit, gaya orang sakit tangan kan. Doakan tangan ini kembali sihat sepenuhnya.
Doakan cik azue selamat buat tutorial jahitan beg ini ya,
Pada yang email atau watsap tu, kalian nantikan lah ya.
Hingga itu, jaga diri, jaga iman

Wasalam

7 comments:

AMIIZAA@Mieja said...

salams azue,
kenapa dengan jari azue? akak mieja doakan moga azue cepat sihat...take care ya...

Kuazue Mohamad said...

@Nurzakiah Hanum morning to u too darling

Kuazue Mohamad said...

@AMIIZAA kak mieja.. huhuhu.. bukan jari masalah nyer.. lengan tu yang masalahnya... ghupa2 nyer belikat puncanya.. terover sudah guna tangan tuu.. apa pun terima kasih kak atas doa..

Nur said...

kena banyak rehatkan tangan tu, cik azue. Semoga cepat sembuh. :)

Kakzakie Purvit said...

Azue sedang diuji Allah tapi redha dan berusah utk menyembuhkannya. Alhamdulillah pelan-pelan dah nak beransur sembuh tu... mak bidah kata apa? Salah urat atau angin..

Moga cepatlah sembuhnya.

Kuazue Mohamad said...

@Yati kalau le jenis boleh duk dendiam.. sure duk dendiam.. ni tak boleh.. hhuhuhu...terima kasih no

Kuazue Mohamad said...

@Kakzakie tq kak zakie... huhuhu mak bidan kata urat sakit.. dah kronik.. kena ulang2 tiap bulan urut nya.. mungkin kesan xcden lama dulu.. tapi memang siksa la bila tangan bekerja ni tak dapat guna