Followers

Thursday, March 20, 2014

Tok! Tok! Tok! Ada Orang tak?

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi & Carian Google
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 



Salam kasih sayang. Beberapa hari ini, ada sahaja yang mengetuk pintu kaca rumah ini. Pada mula nya cik azue ingat hanyalah disebabkan oleh goncangan angin sahaja, almaklumlah, di sini jika musim kering dan angin kencang, boleh tahan juga hebatnya tiupan angin itu. Habis bergegar pintu kaca gelongsor semua. Namun bunyi yang terhasil adalah amat berlainan sekali. Seolah-olah bagai ada tangan yang mengetuk kaca nya. Hairan, pintu ini di balkoni atas. Mana mungkin ada manusia yang boleh panjat dan ketuk pintunya memandangkan tiada tangga dari bahagian luar.
Jeng, jeng,jeng, misi mengendap cik azue lakukan. Dari hari ke hari masih tidak juga ku ketahui siapa yang mengetuk saban waktu. Akhirnya, semalam, cik azue bertemu juga jawapan nyer.
"Hahahahaha, sidia ni rupanya, ingatkan siapa".

Nak tahu siapa? Ya, dia yang dimaksudkan adalah si Burung Kunyit Besar atau "Black Nape Oriole" dan nama saintifik nya adalah "Oriolus Chinensis", mengikut kata abang cik azue yang hobinya mengambil gambar burung.
Nah lihat aksi nya dari lensa kamera talifon sahaja


ha, dapat pun si pengetuk cermin ku.Ni aksi nya. Bersiul lantas mengetuk cermin. Macam gaya orang datang ketuk rumah dan bagi salam pu n ada. Terhibur sebentar. Apa mahu dia ya? Makanan, air atau mahu bermanja?


 Ampun, pemandangan kabur dek jerebu dan hujan dan malas cuci cermin. Nanti cik azue buat tempat makan dan minum mereka disitu seperti saranan abang kesayangan.

Oh  ya, tidak jelaskan. Burung ini berwarna kuning raja, dengan sayap dan ekor ada garisan warna hitam serta sekitar matanya juga ada tompokan hitam, seperti gambar di bawah ini.


Subhanallah! Mereka datang kerana ada rezeki buah jambu batu yang berada di hujung dahan yang tinggi-tinggi. Riuh sangat. Dan pemandangan itu sangat menarik.
Nanti jika cik azue sudah siap tempat burung singgah hinggap, cik azue kongsikan dengan anda semua ya. Terima kasih Allah akan hiburan yang satu ini di kala hati agak tidak tenteram.


*notakakitangan cik azue*
~Solat taubat dan hajat buat warga MH370 dan keluarga serta umat Islam umumnya ~

*******************************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue

2 comments:

Anum said...

keep pray for mh370

nurbijen said...

Akhirnya terungkai juga siapa gerangan tetamu misteri tu.. comel pula tu... kalau saya pun selalu terhibur bila perhatikan gelagat burung :)