Foto: Carian Google
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI
Sumber: Klik imej |
Salam ceria buat pengunjung setia. Maaf, cik azue tidak bernafsu untuk menulis dan menulis.Namun hari ini cik azue memaksakan diri ini menulis, agar semua kegusaran yang berada di hati ini terungkai. Berat! Berat mata memandang, berat lagi hati yang memikul.
Hilang nya dia MH370 bersama 239 orang membuatkan hati cik azue bagai dicarik-carik.Hilang nya dia seperti membawa semangat cik azue sekali. Hilang nya tanpa perkhabaran membuatkan hati ini walang. Allah Hurabbi. Bukti apakah yang ingin engkau tunjuki kami...
Seminggu yang lalu cik azue menulis, selepas itu cik azue tidak menulis, perasaan menjadi tidak enak untuk menulis, entah macam ada sesuatu yang bakal terjadi. Bawa-bawa baca Al-Quran, menenangkan hati, sudah nya malam jumaat, 7/3/2014, hampir jam 3am barulah mata ini mahu terlelap.. walau sebenarnya kepala pada ketika itu sangat sakit, mungkin kesan cuaca panas.
Dan bangun paginya lalu mendapat perkhabaran yang MH370 ini hilang. Hilang dari radar dan tidak dapat dikesan. Allahuakbar, tetiba hati ini menjadi walang. Siapa mereka yang berada di atas sana yang mendapat tempat dihati cik azue. Sayu nya bila dah masuk hari ke-lima ini, tiada perkhabaran sahih yang diterima. Di mana dia dan di mana mereka semua.
Hampir setiap ketika persoalan yang bermain di minda adalah kemanakah TERBANG nye mereka semua ini.
Benar, ketika entri ini cik azue taip, air mata bertubir, bergenang di kelopak mata. Cukup-cukup sudah airmata ini tumpah. Tidak tahu kenapa air mata ini murah sangat untuk ditumpahkan atas insiden ini. Siapa mereka yang terasa sangat dekat dengan hati cik azue ini? siapa dia diantara mereka yang berjaya sentuh hati ini pun tidak cik azue ketahui. Cuma mungkin pertalian saudara seagama menyebabkan naluri ini terkesan barangkali, Wallahu'alam.
Kawan-kawan, kita semua dijemput untuk berdoa. Berdoa agar mereka yang hilang ini dijumpai selamat, berdoa agar semua yang terlibat dengan usaha mencari ini diberi kekuatan dan inayah. Namun sebenarnya, disebalik jemputan berdoa ini, berapa ramaikah diantara kita yang benar-benar berdoa seikhlas hati ke hadrat ILAHI memohon bantuan sehingga menitiskan airmata? Berapa ramaikah yang bertaubat atas dosa yang pernah kita lakukan hingga doa kita terhijab dan mereka juga terhijab dari pandangan kita? Pernah tak kita terfikir, mungkin yang terjadi ini adalah atas dosa kita, maka DIA lenyapkan mereka dari pandangan kita agar kita kembali ke pangkuan NYA?
Allahurabbi, besarnya dugaan Mu, hebatnya maghfirrahmu, tak terjangkau di akal kami dan tidak tergapai oleh usaha kami.
Astagfirullahal'azim, Astagfirullahal'azim, Astagfirullahal'azim, ampunilah kami dan bantulah kami. Rungkaikan lah persoalan kami dan berilah petunjuk kepada kami akan permasalahan ini. Jika ini kerana dosa-dosa kami, ampunikan kami dan rahmati lah mereka (penghuni MH370 dan keluarga).
marilah kita memohon ampun atas segala keterlanjuran kita. Bersangka baiklah kita dengan ZAT nya. Mungkin Allah sedang mendidik hati kita semua supaya kembali kepada ZAT nya yang satu. Mungkin usaha kita belum benar-benar usaha atau pun mungkin keyakinan kita akan kebesaran ZAT ALLAH belum benar-benar maka ALLAH turunkan ujian ini bagi menguji tahap keimanan kita. Dan ingatlah kita, Ujian atas keimanan itu adalah tanda kasih sayang ALLAH kepada hambanya.
Sujud syukurlah kita nanti bila mendapat berita tentang MH370, walau baik mahupun buruk tanda terima kasih kita atas pertolongan Ilahi. Allahurabbi.
Allahurabbi. Allahhurabi.
Buat keluarga yang terlibat, kami berkongsi hati dan perasaan anda. Dan semoga kita kuat dengan menggantungkan hati kita pada ZATnya melalui istikharah, taubat, dan hajat selain doa yang tidak putus-putus.
Buat pasukan pencari dan penyelamat, terima kasih atas usaha anda dan hanya ALLAH sahaja yang dapat membalas nya.
*notakakitangan: cik azue menulis dari hati kecil seorang insan berkongsi nama negara yang di bawa pesawat MH370*
******************************************************
Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue
3 comments:
Amin, take care Kuazue.
Sama2lah kita berdoa agar MH370 ditemui... memang sgt terkesan di hati insiden ini walau tiada seorang pun ada pertalian dengan kita...
haih.. lmenye x jenguk belog nih.. agaknye igt lagi ke kat IF.. hihi
Post a Comment