Followers

Wednesday, July 24, 2019

Temujanji dengan Klinik Pembedahan Am Hospital Sungai Buloh

Entri: # 241
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Koleksi Peribadi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Salam Kasih Sayang buat semua.
Terlebih dahulu, cik azue mohon maaf ya sebab tersepi pulak beberapa hari ini. Sibuk cuti hujung minggu dan temujanji hospital.

Hari ini, baru ada kesempatan buka komputer riba cik azue ini untuk kemaskini blog kesayangan cik azue ini. Buka sahaja komputer ini, tiba-tiba komputer ini berubah pula tarikh dan waktunya, kembali ke tahun 2010. Haiiaahhss!



Jadi, cik azue kena tukar balik semula tarikh dan waktu terlebih dahulu, baru boleh melayari intenet.




Kurang pasti pula kenapa boleh jadi tertukar macam ni sekali. 

Ok, sekarang cik azue kembali kepada cerita asal yang cik azue mahu tulis dan simpan sebagai kenangan diblog ini.


22 July, 2019.

Hari ini, temujanji pertama tahun 2019 dengan klinik pembedahan am hospital sungai buloh, selepas temujanji terakhir 8 bulan nan lalu.


Orang pertama bagi bilik no 5. 


Alhamdulillah. Jumpa doktor, bincang lagi tentang kondisi 'refluks' dan tahap kesakitan akibat 'hiatal hernia' yang di alami sekarang ini. Dan seperti 8 bulan nan lalu, solusi kepada masalah ini samada ubah cara hidup, cara pemakanan dan yang terakhirnya adalah melalui pembedahan pembetulan.

Dan cik azue sekali lagi memilih untuk tidak mahu dibedah, dan mahu mencuba lagi dan lagi dengan perubahan gaya hidup serta corak pemakanan.

Sebelum balik, cik azue minta doktor bagi panduan cara untuk cik azue ambil ubatan jika gastrik dan refluk ini kembali menyerang.

Tulisan doktor tu, bukan tulisan cik azue. Lupa pula nak tanya doktor nama apa? Maaf na tuan doktor.

Yang atas tu sirap MMT - sirap gastrik tak kisah lah jenama Gaviscon atau yang dibekalkan oleh klinik kesihatan yang warna putih tu, ambil sebanyak 15ml, 3 kali sehari (doktor tulis TDS), selepas makan, selama seminggu. 

Ada orang yang kena ambil 30 minit sebelum makan. Cik azue jemu oh minum sirap ini, rasa dia payau, tapi berkesan kalau perut kembung macam gendang, minum ni, mudah sikit untuk sendawa atau kentut (cik azuelah masa menderita endometriosis dulu, sirap inilah di ambil jika perut rasa kembung hingga tak boleh nafas)

Yang bawah tu adalah tablet Ranitidine 150mg BD (maksud 2 kali sehari). Di ambil jika langkah pertama selepas 2 hari tidak memberi sebarang kesan pada cik azue. Kalian jangan pula cuba ya, dos ubat tak sama serta simptom kesakitan tak sama. Yang level pertama tu kalau kalian gastrik, boleh lah kalau nak cuba, yang level bawah ni, tak boleh lah ya, melainkan pernah didignose dan diberi ubat yang sama oleh doktor bertauliah.

Cik azue juga boleh mula ambil tablet ganaton pada tahap ini. Kalian? Sila dapatkan nasihat doktor dahulu ya.

Yang tak tertulis di kertas ini adalah langkah lebih 'advance', jika sekiranya kedua-dua langkah di atas telah diambil, tetapi masih tidak memberi kesan pada skor kesakitan, maka cik azue boleh ambil ubat dari kategori PPI, iaitu ubat perencat perut dari mengeluarkan asid perut. 


Kemudian, temujanji seterusnya pada 

27 Julai 2020, setahun lagi kut...muahahaha...yabedabedu

Akhirnya, cik azue keluar hospital dan kembali ke rumah menggunakan perkhidmatan grab.


 Baik orangnya, tinggal kat lorong 1F, cik azue lorong 3F, kiranya jiran setaman lah pemandu grab ini. Alhamdulillah atas nikmat Allah. 

Siap cerita 22 Julai. 

Ni cik azue tambah pula dengan tarikh temujanji akan datang. Temujanji masuk wad untuk buat ujian tidur macam yang cik azue tulis dalam entri sebelum ini.


Tarikh kemasukan wad dan kertas arahan yang perlu dibawa/buat sebelum dan semasa kemasukan wad nanti

Nanti In shaa Allah, lepas selesai kes ini, cik azue tulis pengalaman dia macam mana ya.


Sampai sini dulu ya, lain kali cik azue menulis lagi.

Wasalam

2 comments:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Semoga dipermudahkan segala urusan Dan dikurniakan kesembuhan yg segera buat Kuazue..

Puan Kutu said...

Semoga terus sihat, jgn lupa makan ubat amal gaya hidup sihat ya.oh ye sekarang perkhidmatan grab mudah sgt kan.nak kemana2 klik2 je