Followers

Thursday, July 18, 2019

Projek Burung Hantu ('The Owl Project')

Entri: #240
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Koleksi Peribadi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Salam kasih sayang.

Hari ini cik azue nak kongsi aktiviti yang sedang cik azue buat. 

Sebenarnya projek ini cik azue bermula di sekitar penghujung tahun 2015 atau 2016 yang lalu, masa itu cik azue sedang berjuang dengan rasa kesakitan, kononnya, aktiviti ini bagi membantu cik azue melupakan rasa sakit itu. 

Alhamdulillah, sekarang baru cik azue sedaya upaya pulun untuk segera siapkan projek ini sebelum cik azue nak bermula pula dengan projek 'Reksasa dalam Gerobok', hihihi, ada berani? hahaha.. tengok lah nanti, reksasa atau kekuda atau dinasor atau si cantik manis tuan puteri, tengok nanti macam mana, ya. Kalian doakan ya.

Ok, mari kita lihat ternakan yang sudah siap disulam dahulu.

TaraaaAAA!

Ini yang telah siap cik azue sulam, menanti untuk kemasan akhir pula.

Yang ini pula menanti untuk disulam sikit hari lagi.





Hihihi, ada lagi

yang ini pula belum siap, baru tengah dalam kerangka kerja. Hahaha, macam-macam aksi ada.

Doakan cik azue sihat ya kalian semua. Semoga dengan izin Allah, cik azue dapat siapkan semua projek yang dalam angan-angan ini menjadi realiti.

Nanti kalau dah siap semuanya, cik azue kongsi semula dengan kalian. Ada 18 'artwork' burung hantu ini kesemuanya bagi projek burung hantu ini.

Doakan ya.

Oklah, sampai sini dulu ya, lain hari cik azue menulis lagi untuk kalian.

Wasalam.




13 comments:

I am LZ said...

Assalamualaikum,
Cantik hasil projek burung hantu Kuazue..

Mrs Pip said...

Mrs Pip balas lawatan, hehe. Follower #335, yeay.

Nor Azimah Ali said...

Salam kuazue..salam kenal😍
Cantiknya semua sulaman tu, boleh dikomersialkan ni.

Ahmadi said...

Serius sangat cantik dan halus seni buatannya. Ada ambil tempahan tak? Seius Nak kumpul dana untuk dapatkan satu hasil sebegini untuk blog saya.

Kuazue Mohamad said...

I am LZ
waalaikumusalam. Terima kasih banyak ya.

Kuazue Mohamad said...

Mrs Pip
Terima kasih. Yeay!

Kuazue Mohamad said...

Nor Azimah Ali
Terima kasih. Salam perkenalan juga

Kuazue Mohamad said...

Ahmadi
Alhamdulillah. Terima kasih. Ya saya terima tempahan sulaman.
Saya doakan agar dana tuan segera diperolehi hendaknya. Boleh mudah untuk berkarya.

mrhanafi said...

semoga terus sihat dan terus seronok menikmati aktiviti harian

fizalinolie said...

Serius cantik cik Azue. Apa² pun cik Azue kena jaga kesihatan. Fiza doakan semoga cik Azue sentiasa sihat. Aamiin...

Hernee Nazir said...

alahai comelnya.. suka la ada geng2 kreatif ni..

Dunia Zumal said...

Zumal ada bantal burung hantu jer. Suka tengok designnya.

Sheila Wahid said...

Cantiknya si burung hantu