Followers

Wednesday, August 3, 2016

Dalam proses

Entri: #167
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI



Sebenarnya, dah bertahun-tahun kain-kain terpotong ini kekal dalam status "dalam proses".

Kain rm10 untuk 4meter ini dibeli di Jalan Tar Kuala Lumpur sebelum dan selepas musim perayaan.

Dari masih bekerja bermajikan (dengan alasan tak menyempat) hinggalah sekarang ini barulah dapat mengadap. Ini pun sebab tahap bosan melampau tinggi dek tidak dapat buat apa-apa selain daripada tidur.

Tadi, buka balik bungkusan yang sedia ada dan terjumpa kain-kain yang sudah siap terpotong dan separuh daripadanya sudah pun dijahit tepi. Siap ada 'lining' lagi bagi setiap helai.

Oh ya, projek apa ya?
Kalau tak silap, ini projek baju 'maxi' atau gaun panjang. Untuk diri sendiri buat dipakai hari-hari sebagai baju basahan.

Oklah, kekejangan perut ini makin menjadi-jadi.
Nanti kita bersambung lagi.

Wasalam

#azuriyahmohamad
#ini_cerita_kami
#hikayatsangratu
#ratukematu
#workinprogres

posted from Bloggeroid

2 comments:

Rizziela said...

saya baru nak belajar buat baju

Kuazue Mohd said...

Hihihi, jangan tak tahu, baju yang siap terpotong ni, mcm mana buat pun dah tak ingat dah.
Nanti kita pun nak g belajar buat baju balik.