Followers

Tuesday, February 10, 2015

'Wrap' Roti untuk Bento Anakanda



Entri: # 122
Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Salam kasih sayang.
Entri laju-laju. Tidak boleh membuang masa, ada kali tempahan sulam tanda nama yang perlu cik azue selesaikan.

Tempahan personal juga tempahan pukal.
Alhamdulillah atas sokongan kalian. Semoga Allah melimpahkan rezeki yang melimpah ruah buat kalian kerana memanjangkan rezeki cik azue sekeluarga serta anak asnaf di bawah tanggungan cik azue.

Baik, berbalik kita pada tajuk entri hari ini. Dah lama cik azue tak berkongsi kisah-kisah bekal / bento anakanda dan chenta hati.

Hari ini cik azue kongsikan idea bento yang diambil dari rakan maya dari group bekal/bento malaysia, cik puan Zam Zariah


Bento ini menggunakan roti 'sandwich' sahaja. Intinya ikut suka hati - pilihan kita tentukan.

Orang kata nama menu ini 'wrap' tapi cik azue nampak macam ais krim calong sahaja.

Baik, bagaimana nak membuatnya?

Pertamanya, gelek kepingan roti sehingga betul-betul penyet. Kemudian, di 'gril' sehingga agak garing di permukaan.

Satu keping roti untuk 'wrap' dan satu keping lagi untuk dipotong memanjang menjadi tali pinggang.

Intinya, boleh kalian pelbagaikan. Untuk kali ini, cik azue guna daging masak lada hitam + karot + salad + mayonis + sos lada hitam. Gaul semua dan diletak di tengah roti.

Lipat roti pada sisi kiri dan kanan dan pakaikan gegelang roti sebagai tali pinggang, macam gambar. Boleh dicucuk dengan lidi atau tidak mengikut kesesuaian.

Ok, itu sahaja. Senangkan.

Terima kasih cik puan Zam Zariah atas perkongsian idea.

Selamat mencuba kawan-kawan ya.


Wasalam.



2 comments:

Cik Nor said...

sdap je nampak..:)

cksabihah said...

arghh...azam tahun baru nak buat bento anak...smpai lani, baru 7kali je anak dapat bawak bento...alasan paling best, lambat bangun...hikhikhik