Followers

Wednesday, July 9, 2014

Entri # 76 : Tempahan Bantal Bersulam

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Salam 11 Ramadhan buat semua. Hari ini nak buat tayangan koleksi tempahan bantal yang dah lama sampai ke tangan puan penempah. Minta maaf, cik azue terlupa. Ingat dah dimuat naik ke sini. Rupanya belum.

Baik entri laju-laju hari ini. Ada tempahan perlu disiapkan. Sila lah melihat hasil tidak seberapa ini. 


ini muka depan bantal selepas disulam dan sebelum dijahit cantum


Rupa bahagian bantal; bersulam nama 


Rupa bahagian depan bantal

Oh ya, bantal ini bersaiz 8inci x 8 inci (lebih kurang 20cm x 20cm)

Kata puan penempah, untuk dihadiahkan buat tuan punya yang masih bayi.

Apa pun, diharap puan sudi lagi menempah dengan cik azue di KERAIH LENGAN KUAZUE ya dan semoga puan berpuas hati selalu dengan hasil kerja tangan cik azue.

Oklah, sampai sini dulu ya. Lain kali cik azue cerita lagi panjang lebar.

Macam biasa, jika berminat nak mendapatkan khidmat cik azue, boleh lah menghubungi cik azue melalui sumber di bawah ini.

W/A: 013-2700020

Akhir kalam, di bulan yang mulia ini, marilah kita Tambahkan amalan dan semoga kita beroleh rahmat dan keampunan dari yang ESA.

Wasalam.

7 comments:

Anum said...

cantiknya

Kakzakie Purvit said...

Hasil yg cantik
Mesti happy yg menempah..

Ainim Rashihah said...

comel sgt cik azue

Kuazue Mohamad said...

@Nurzakiah Hanum terima kasih anum

Kuazue Mohamad said...

@Kakzakie terima kasih kak, moga2 begitu lah kakzakie, in shaa Allah..

Kuazue Mohamad said...

@Ainim Suju terima kasih, imej tu puan penempah yg bagi.. cik azue tolong transform kan ajer

Mrs pink said...

Bantal ni kakak saya tempah untuk anak saya.. Baby saya suka sgt sebab dia suka billy bambam tu.. Cantik bantal ni x sangka kakak saya tempah kt sini ;)