Followers

Wednesday, May 9, 2018

Malaysia Memilih Ini Kalilah!

Entri: # 230
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam kasih sayang.

Hari ini May 09, 2018, merupakan hari bagi pilihan raya umum kali yang ke 14 buat Malaysia ku yang dicintai.

Ramai rakan-rakan cik azue yang pulang ke kampung halaman masing-masing bagi melaksanakan tanggungjawab untuk mengundi.

Yalah kan, tanggungjawab yang hanya perlu dilunaskan bagi setiap 5 tahun sekali (satu penggal pemerintahan parti politik yang menerajui pucuk pimpinan negara ini).

Hati-hati memandu tau kau orang untuk pulang semula ke tempat kalian mencari rezeki.

Bagi cik azue dan suami, kami hanya mengundi di kawasan tempat tinggal kami ini sahaja.

Ya, kami mengundi untuk N14 - dun Rawang dan P097 - Parlimen Selayang.

Seawal 8 pagi, inilah suasana di tempat mengundi cik azue.




Terima kasih jiran yang berkongsi gambar ini.

Sudahnya, encik chenta keluar membuang undi dahulu sekitar jam 11am dan hanya pulang ke rumah sekitar jam 1 petang. Lama juga kan.

Cik azue dan encik chenta membuang undi di dua pusat mengundi yang berlainan (jarak antara dua pusat ini dalam 1.5 km sahaja, dekat sahaja, hahaha) walau pun kami ini tinggal sebumbung dek kerana beliau masih menggunakan alamat rumah mak angkat beliau.

Sudahnya cik azue pergi semula ke pusat mengundi sekitar jam 2 petang dan sungguh tak disangka, kurang dari 15 minit, segalanya siap sempurna, Alhamdulillah.


Lagi 5 tahun, jika umur panjang, boleh cik azue menulis lagi catatan pengalaman ini.

Malam ini berdebar-debarlah kita semua ya menanti keputusan pilihan raya kali ini.

Semoga Allah membantu kita semua walau apa jua keputusan yang diumumkan nanti.

In shaa Allah, selepas itu kita ramai-ramai buat sujud syukur ke hadrat Ilahi walau pun keputusan tidak menyebelahi pilihan kita.

Sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang kita perlu melebihi kemahuan kita ini.

Oh ya, malam nanti, tepat jam 12 am, cik azue akan kena berpuasa kembali. Esok cik azue kena pergi ke hospital Sungai Buloh untuk dipasangkan alat pengukur pH perut.

Berdebar-debar pula rasa hati ini. Doakan yang terbaik ya.

Wasalam
posted from Bloggeroid

4 comments:

paridah said...

ALHAMDULILLAH DH SELESAI TANGGUNGJWBYA YA AZU

aizamia3 said...

Alhamdulillah.. selesai apa yang patut kita buat semalam.

Dunia Zumal said...

Wah panjangnya beratur. Kat Perlis tak pernah tengok sepanjang tu maybe sebab setiap pusat tak ramai orang...

mrhanafi said...

sekarang kita sudah tahu ...

siapa jadi pembangkang dan siapa jadi kerajaan.

politik oh politik.