Followers

Monday, May 7, 2018

Cerita di belakang tabir tempahan

Entri: # 228
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam kasih sayang.

Hari ini cik azue tunjukkan serba sedikit apa yang berlaku di sebalik sebuah tempahan dan hasil kraf ya.




Ini proses sulaman tempahan sulaman tanda nama jawi yang secara pukal oleh sekolah. Berbaki 3 darjah lagi. Dan nampak gayanya, kena kerja lebih masa lah minggu ini untuk selesaikan segera tempahan ini. 

Selepas ini, ada satu lagi tempahan pukal tempahan sulaman tanda nama jawi dari sekolah agama juga. Cadangnya, mahu diselesaikan selewat-lewatnya minggu pertama Ramadhan ini.



Ini pula adalah kain lebihan atau perca kain yang dibuat sulaman tanda nama di atas. Hampir penuh sudah satu bekas ini. Nampaknya, ini juga akan menjadi kerja buat cik azue. 

Ya, selain menyulam, cik azue juga menjahit selimut tampal cantum. Cadangnya, mahu dijahit sebagai stok sedia jual bersaiz selimut bujang aka selimut saiz 'single'.

Namun, kita merancang, Allah juga merancang. Dan pastinya perancangan Allah itu lebih baik buat hambanya.

Jumaat minggu lepas, 4 Mei 2018, cik azue ada temujanji di klinik pakar bedah am hospital sungai buluh berkaitan perut dan gastrik cik azue. Nampaknya, cik azue kena buat kajian pH asid perut pula pada hari khamis dan jumaat nanti, in shaa Allah.

Nanti cik azue sambung kisahnya lagi ya.
Cik azue nak sambung potong dan bakar tepi nametag dulu ya.

Wasalam.

7 comments:

fizalinolie said...

Walaupun sibuk kak. Kesihatan kena jaga tau. Semoga akak dan keluarga sentiasa dimurahkan rezeki. Aamiin...

paridah said...

RAJIN AZU MNYULAM...JAGA DIRI N KESIHATAN JUGA

encikhafiz.com said...

salam blogwalking puan. semoga rezeki puan melimpah. bulan ramadhan pun dah nak dekat

Kuazue Mohamad said...

Sis Fiza linolie,
Baiklah dan terima kasih untuk doanya itu.
Aameen

Kuazue Mohamad said...

Kak Paridah
In shaa Allah. Saya berusaha untuk kekal sihat. Menyulam ni mula-mula hobi. Last-last jadi sumber pendapatan pula

Kuazue Mohamad said...

Encikhafiz.com
Salam dan terima kasih berkunjung ke sini.
Aameen.
Terima kasih atas doanya itu

Lawn Care Champaign said...

Thaanks for sharing this